Saturday, May 9, 2009

YANG KU SAYANG..

Antara insan-insan yang ku sayang kerana mereka juga menyayangi aku seperti mana aku menyayangi mereka sepenuh hatiku..Syukur alhamdulillah ku panjatkan kehadrat Allah kerana memberikan aku peluang dikesempatan hidup di dunia yang fana ini dengan diselubungi serta dilimpahi kasih sayang daripada mereka semua..Merasai apa itu nikmat cinta, sayang dan sebagainya..Aku berdoa semoga insan-insan istimewa di hatiku ini semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat dari-NYA..Ku pohon jua permudahkanlah perjalanan hidup mereka di dunia agar mereka dapat menikmati hidup dengan selesa.. Abah yang sentiasa berkorban dahulu dan sekarang untuk kebahagiaan aku.. Mak yang tak pernah jemu mendidik dan memberikan sepenuh perhatian dikala aku memerlukan..
Along...banyak berkorban untuk membantu keluarga dan memastikan aku bersekolah tanpa kekurangan.. Im yang ku harap untuk menjaga dan juga membahagiakan Abah dan Mak..
Adik..insan manja yang sangat menyenangkan hati seluruh ahli keluarga..

Alam perkahwinan sangat mendewasakan dan memberikan kebahagiaan dunia dan akhirat kepadaku..Perkongsian hidup selama hampir 7 tahun bersama insan tersayang banyak mengajar aku erti bertolak ansur, saling menyempurnakan dan berkorban apa sahaja demi memastikan ikatan yang terbina terus utuh dan bertambahnya kasih, sayang dan cinta sesama kita..Abang..yan bahagia dipertemukan oleh Allah insan hebat sebagai pemimpin dalam keluarga kita..Ika dan Alya..anak2 adalah penyeri dan penambah ikatan kasih dalam hidup ibu dan papa..Terima kasih Ya Allah atas nikmat pinjaman sementara sebagai penawar dalam syurga duniaku..Semoga akan bertambahnya kasih sayang sesama kita dan ikatan yang terbina sentiasa di bawah peliharaan-NYA..
Abang yang sentiasa mengisi kekurangan yang ada dalam diriku..Kaulah yang terbaik buatku..
Ika dan Alya permata hati ibu..Semoga menjadi anak2 yang solehah dan berjaya dunia&akhirat.. Terima kasih Mak, Abah, Long, Ngah dan adik2 kerana hadir dalam hidupku untuk menambahkan lagi seri dan kegembiraan yang ada..Terima kasih juga kerana melahirkan insan istimewa dan menjaganya hinggalah dia dipertemukan jodoh denganku..

Buat teman-teman..Tanpa sokongan anda, langkahku pasti terhenti..Gaya jalanku pasti tak secantik sekarang ini..Kerana anda semua selalu memimpin tanganku dan memandu aku ke arah yang betul supaya aku dapat melakukan yang terbaik dalam hidupku..Terima kasih semua..Budi baik anda tak terbalas olehku..Hanya Allah yang mampu membalasnya..Ya Allah..berikanlah mereka kebahagiaan dunia dan akhirat serta permudahkanlah urusan seharian mereka.
Kak Mazidah yang banyak berkorban dan menjadi pendorong untuk memastikan aku terus bangkit dan berjaya..Kaulah idolaku..
Si Peneman setia yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan Si Dia jugalah ibarat tangan kiriku kerana sentiasa bersama2 dan membantu aku memudahkan urusan kerjaku..
Kak Su..pendengarku yang paling setia dan sentiasa berada di sebelahku saat aku memerlukannya..

Terima Kasih semua...Anda semualah yang terbaik dan perkara paling istimewa juga hebat pernah berlaku dalam hidupku..Syukur Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment