Thursday, May 21, 2009

SALAM...I'M BACK..

Lega dapat kembali lap top aku yang dah dihantar kepada kak Mazidah untuk ditengok2kan oleh suaminya abang aminur rashid..Terlebih dahulu, nak ucapkan kepada kekandaku itu dan suaminya kerana sudi godek2..belek2 laptop aku yang tak bermasalah tapi pening2 sikit kot..Terima kasih banyak2..Kadi semalam tak dapatlah buat catatan..Serba tak kena jadinya..Inilah dia penangan bila dah pandai sikit2 main komputer..sehari tak menghadap, serba tak kena dibuatnya..
Pagi2 aku tengok beg berisi laptop dah ada kat atas meja..Si pembawanyanya pula tak nampak pulak kat depan mata..Mana dia..Siapa lagi kalau bukan kak mazidahku...Rupa2nya di tak datang ke sekolah hari ini..Laptop aku pun dikirimkan oleh suaminya kepada wazir untuk disampaikan kepada aku..Ntahlah sedih dan hiba pulak perasaan aku hari ini..Bercampur pulak dengan rasa rindu..semalam kakakandaku itu ada appointment dengan doc. Nape ye..Tak sempat nak tanya..Masing2 nak balik cepat..Nak tenung wajahnya lama2 pun tak sempat..Sms pun tak berbalas..Telefon pun tak berjawab..Risau aku dengan situasinya..Ok ke tak??
Balik dari sekolah tadi, ke sana ke mari mengalahkan menteri..Pergi bank, sain tu sain ni, minta tandatangan orang tu, isi borang ni..PENING.... Balik rumah ambil anak terus pergi rumah abang ipar. Ayah mentua dan adik ipar yang bakal melanjutkan pelajarannya di UiTM datang dari kampung untuk mendaftar sabtu ini..So, si abangnya ni nak bawa adiknya pergi beli apa2 yang patut sebagai keperluan sepanjang di UiTM nanti..Tak jauh perginya..TESCO je..On the balik hantar ayah mentua dan adik ipar ke Bukit Kapar tadi, lalu pulak depan jalan utama ke rumah Kak Mazidah..Ikutkan hati nak je menyinggah..Tapi takut mengganggu pulak..Manelah tau di perlukan rehat dan masa untuk bersendirian atau bersama keluarga..So, batalkan jelah niat kau tu yan..Kecewa lagi..
Sampai2 je di rumah, lepas layan anak nak tidur, nak minum susu dan makan ubat kerana kurang sihat, terus on kan laptop dan pasang internet..Yang utama aku nak tengok dan baca, blog kak Mazidah..Sekali lagi aku kecewa..sebab semalam dan hari ini tak ada catatan lagi..Aku cuma nak tahu keadaannya..Ok ke dia..tak pe..Insyaallah semuanya ok kerana Allah sentiasa merahmati dan melindungi Kak Mazidah dan keluarganya kerana dia sentiasa memudahkan kerja orang lain dan banyak membantu..Untuk akak kalau terbaca blog yan..i just want to say that i miss u..hope to see u tomorrow..


Riangnya menjadi kanak-kanak..Suci dan putih tanpa dosa..kalaulah masa boleh diundur..
Dalam hati ni berkata seronoknyelah jadi kanak2..Tak perlu fikir ape2..Penting ke tidak, tak payah ambil pusing..Yang kanak2 tahu, main, makan, tidur..tak macam orang dewasa ni, balik nak kena buat tu, uruskan ni..dan macam2 lagilah sebelum masuk tidur..sebenarnya badan dan kepala ni dah penat sangat hari ini..Untuk esok diharapkan akan bertambah baik daripada hari ini..Semalam hanyalah tinggal kenangan..Selamat malam semua...zzzzzzz....

No comments:

Post a Comment