Aku telah mula kembali kepada kehidupan dan rutinku seperti biasa..Balik ke rumah tidaklah selewat yang dulu..seronok dapat balik awal dan lihat reaksi suami melihat isterinya dan pulang dari bekerja setelah setengahari tak berjumpa..Selalunya, kalau tak mencecah pukul 4 atau 5petang untuk sampai di rumah, bukan Aryantilah namanya..Kini masa untuk berehat dan bermesra bersama suami dan anak2 lebih banyak..Kira sekarang ini jugalah masanya untuk meng'qada'kan masa yang telah ku habiskan di sekolah yang nyatanya lebih banyak berbanding di rumah..
Tak sabar rasanya nak tunggu 2 minggu lagi untuk cuti persekolahan pertengahan penggal..tak larat pun, laratkan juga..Dah mula bosan pun, layanlah juga..Macam itulah manusia biasa..Cepat merasa tak betah bila berada di satu tempat yang lama..Lagi2 kalau kenangan dan hari2 yang dilalui banyak diselitkan dengan kisah duka..rindu benar rasanya nak balik kampung.. Jauh daripada tempat sendiri..Teringin juga rasanya nak bercuti..Biar dapat relax badan dan minda sekali..Sambil tu dapatlah luangkan lebih masa bersama keluarga tercinta..Tengoklah kalau ada rezeki cuti nanti..Ke mana?? Bila?? Ikut sahajalah ketentuan dan keizinan masa...Insyaallah..
Esok tinggal lagi sehari..Ikutkan hati dah ku luahkan pada kekanda Mazidah tadi, nak aje aku ambil M.C..Tapi tak apalah, esok pun bebudak 5p4 tu dah mula menduduki peperiksaan.. Dapatlah berehat sedikit berbanding selalu..Lagi pun, rugi tak dapat jumpa kawan2..Kak Su hari ini pagi2 dah sms kata tak dapat hadir kerana sakit kepala..Jadi makan hari ini kurang berselera kerana tak dapat berkongsi.. Lagi2 Si Teja tak berapa sihat..Semput..Sayu aku tengok keadaannya..Kalau dia boleh gagahkan dirinya untuk datang ke sekolah walaupun minda, badan dan hatinya tak berapa sihat, demi anak2 di sekolah, dia turutkan jua..Aku pun boleh kerana dialah sumber inspirasiku..Terima kasih juga kerana hadir memerhati mesyuarat panitia seni tengahari tadi walaupun tinggi Bilik Seni yang perlu didaki....5P4 tungguuuuu..Esok Cikgu datang....
Untuk Abang dan anak2..sabar ye..Tinggal sehari sahaja lagi..Weekend ni..kita luangkan lebih banyak masa lagi bersama..Nak ke mana?? Katakan sahaja..
Abang dan anak-anakku....Terima kasih atas segalanya....
Papa,Ika dan Alya..Terima Kasih untuk segala-galanya..
Crescent Moon Photos for 1 Safar 1446 AH
-
The month of Safar is the second month in the islamic calendar or hijri
calendar. This year, most muslim countries enter the first day of the month
of Safa...
3 months ago
No comments:
Post a Comment