Monday, May 4, 2009

INDAHNYA BERSAHABAT...

Mempunyai sahabat atau rakan tak kira rakan sekerja, rakan sejawat, teman berbual atau apa sahaja..semuanya mempunyai tujuan yang serupa..Menjadikan mereka sebagai orang yang dipercayai, tempat mengadu dan sebagainya..Tapi lain pula mempunyai sahabat baik..Kita percaya dan menyayangi mereka seperti saudara (adik-beradik)sendiri..Tempat meluahkan rasa, berkongsi kegembiraan, suka juga duka malah tempat bermanja dan sebagainya..Itulah dia sahabat2ku..Kak Mazidah, Wazir dan Kak Su..Bahagia rasanya diberi peluang bersahabat dengan mereka..Bukan sahaja berkongsi cerita tapi adakalanya berkongsi barang, harta benda, makanan malah kami juga berkongsi minat serta keazaman yang sama iaitu untuk berjaya..Caiyok2...
Sahabatku dari tahun pertama posting di SMK SKI..Kak Su peneman setiaku..

Tun Teja dan Hang Jebat menggayakan pakaian rasmi hari rabu..Orange Club..
Hari ini aku cukup gembira kerana menerima pemberian dan ole2 dari sahabat2ku yang ku anggap seperti kakak dan abang sendiri..Memang benar harta dan benda bukan pengukur keikhlasan hati seseorang..Tapi kadang-kala ianya dapat membuktikan lagi betapa mereka ingat dan kasih kepada kita..Syukur alhamdulillah mereka tak lupa..Mulanya malu nak terima, tapi dah orang nak beri..Rezeki jangan ditolak..Ambil jela..Lagi2 pemberian dari sahabat baik sendiri..Siap ingat nak beri untuk Si Kenits berdua tu pulak..Tu yang rasa terharu..Ini dah cukup untuk membuktikan keikhlasan mereka dalam bersahabat..Berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan sahabatnya bahagia dan gembira..Insyaallah aku tak akan persiakan jalinan persahabatan yang terbina antara kita..Walaupun usia persahabatan kita baru setahun jagung (tak sampai 3tahun), tapi macam dah seabad lamanya kita bersahabat..Syukur aku diberi peluang..Biar hilang 1000, tapi jangan 3 sahabat baik ku ini..Wahai Jebat dan Teja..ingat janji kita..akan tetap bersama walau apa pun yang terjadi..Tak akan ada yang ditinggalkan dan ada yang meninggalkan..
Masih lagi tema orange..Pemberian Tun Teja tersayang..buat aku..Pandai pilih saiz..
Orange lagi..macam berjanji lak..Pemberian Hang Jebat untuk aku..Cantik..Pandai pilih
Pemberian Uncle Wazir untuk anak2ku..Comelnyer..
'Papa..Uncle Wazir bagi..comel tak??..'Kata Ika dan Alya pada papanya..
Aku sentiasa berdoa agar sahabat2ku ini senantiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Yang Maha Esa..Biarlah mereka selalu gembira tak kira masa..Kerana aku tak rela melihat mereka berduka..Dan seorang lagi sahabatku yang paling setia, berkongsi segala2nya..Itulah dia suami tercinta..Terima Kasih kerana menjadi sahabat yang paling2 setia, memahami dan menyayangi yan seadanya..Biarpun mulutmu tidak berbicara, hatimu tidak berkata2..Kerana adakalanya kau menyembunyikannya..Aku tetap dapat membacanya..Kerana kau insan istimewa dalam hidupku..Anak2..anda berdua juga adalah sahabat baik ibu yang paling manja, mencuit hati dan menghiburkan..Terima Kasih sekali lagi kerana anda2 semua melengkapi hidupku..Dari gembira kepada gembira kuasa 3, dari seronok kepada seronok kuasa 3 dan semua yang indah2 kepada kuasa 3..Moga Allah merestui dan meredhai hubungan persahabatan yang terbina antara kita..Amin..Itulah sahabat...
You are my HERO..

No comments:

Post a Comment