Saturday, May 2, 2009

HARI BAHAGIA MENJELANG SUDAH....

Alhamdulillah... majlis berjalan seperti yang dirancang..Syukur ku panjatkan kehadrat Yang Maha Esa kerana memberikan rahmat dan lindunganNya untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar..Rombongan pihak lelaki sampai tepat seperti masa yang dijanjikan..Penuh halaman rumah mak dengan kereta yang bermacam warna..Ramainya..itulah yang mampu dikatakan..Penuh jugalah khemah..Menu yang disediakan untuk hidangan para tetamu sangat menyelerakan..Ayam goreng berempah, nenas masak lemak cili padi, kerabu ulam dan macam2 lagi..Semuanya diuruskan oleh kakak sepupu dan saudara terdekat..Kalau tak kerana chef yang diamanahkan oleh mak tu..mungkin makanan tak sesedap rupanya..Ramai juga yang datang menyumbang. Ada yang bawa agar2, bubur pulut, tembikai dan banyak lagi..alhamdulillah...semua tu rezeki..Tak lupa air buat penghilang dahaga hasil buatan air tangan adik lelaki aku 'Im'..(Air asam)Sedap..sebiji seperti yang dijual kat pasar malam..Habis licin..Macam tong air tu bocor pulak..Well done..u did a good job..Pas ni lehla kita niaga kat pasar malam..Cari rm lebih.He2..Dipermulaan majlis (pertunangan) semua berjalan dengan baik dan diakhiri juga dengan baik diambang majlis perkahwinan..INSYAALLAH...Dengan penat dan letih yang masih berbaki ini..aku gagahkan juga untuk membuat catatan harian dalam blog ini..Sebagai memenuhi janji kepada kawan2 untuk menyisipkan 9,10 keping gambar hasil 'snap'an camerawomen hemtan sajalah ni..Lihatlah hasilnya..
Antara hantaran dari pihak perempuan...puas menggubahnye..
Banyaknye hantaran..11 dulang dari pihak lelaki berbalas 23 dulang daripada pihak perempuan
Control dik..kecutkan jari..nanti tak muat..
Wow..cincin pemberian Hadi daripada Habib Jewel..Cantik tuu...
Adik posing bersama hantaran yang diterima daripada pihak lelaki
Wajah bahagia seorang ibu melihat anaknya bahagia..Along bile lagi??
Leganya Mak dan Abah majlis dah solosai...
Kerja2..jangan berhenti..nanti potong gaji..
Kakak Si Cameragurlz..Ika yang snap gambar ni..
Papa..layan bebudak tu jangan tak layan..
Sedapnye adik minum air soya..
Kakak tengah bermain dengan kengkawan..
Buat anak2..Maafkan ibu kerana layanan tidak seperti biasa..Nak menyahut panggilan Si Kenit berdua tu pun tak menyempat-nyempat. Kesian anak2..Siapa lagi yang nak melayan karenah Si anak kalau Si Ibu tengah sibuk??? Papalah jawabnya..Sibuk sangat..Sana sini, ke depan, ke belakang..Macam nak tercabut kaki dibuatnya..Kalau tengah mengandung, mau terberanak jam2 tu gak..He2..Mujur ada Hubby tercinta..Tak ada orang lainlah yang nak sapukan minyak panas bagi melegakan sikit kesakitan kaki ku..Seperti biasa, terima kasih sayang..Tak pe..anak2 esok ibu masih cuti..dapatlah ibu layan kehendak anak2 seperti biasa..Cuma yang kesiannya Hubby dah kena kerja..Habis periuk belangan disentalnya hingga bersih..tak kira penat atau letih..Dia layan je..You are my hero..Esok..hati2 kerja ye..K..zzzzz.....












No comments:

Post a Comment