Monday, February 15, 2010

BILA NAK BALIK KAMPUNG...

Rindunya nak balik kampung..Rindu nak jumpa mak abah dan ipar duai..Last balik kampung masa jaga stpm tahun lepas..Tu pun sebab ada gap sebelum next paper..Baliklah 2 hari bukan lama sangat..Ni cuti tahun baru cina boleh saje kalau nak balik..TaPI..huhuhu..Macam biasalah, hubby kerja..Hanya isterinya ni yang faham jadual kerjanya..Cuti pada hari orang bekerja..Bekerja pulak pada hari orang cuti..MmmmMMmm...Apa nak buat dah macam tu kerjanya..Terima jelah..Syukur masih ada ruang untuk mencari rezeki..

Si isteri dah tanya je bila nak balik kampung..Anak2 pun dah rindu nak jumpa embah dan nenek malah nak main dengan kakak2 sepupu diorang..Terbalik pulak..Patutnya hubby yang sibuk nak balik kampung jumpa orang tuanya..TaPi, sebenarnya hubby dah rindu sangat dengan orang2 kat kampung lagi2 mak dan abah..Mana ada anak tak rindukan orang tuanya..Lagi2 dok jauh dan jarang2 balik ni..Sebagai isteri yang memahami, kenalah cari ruang dan peluang untuk balik kampung bila ada kelapangan..

Seronok kalau dapat balik kampung dalam cuti yang terdekat ni..tapi tak mungkin..Tak pelah tunggu dan bersabar sikit..Tak lama dah cuti bulan 3 nanti..Harap mak dan abah kat kampung leh sabar menanti kepulangan kami..Insyaallah..Tengok pulak gambar2 kawan kat fb yang ke janda baik..MMmmm...kempunan nak p jalan2 dan join sama..Nak balik kampung tak dapat..Nikan pulak join kawan2 tu..huhu...

SaBAArrrr JeLah...

Sunday, February 14, 2010

SAMA-SAMA MENGINGATKAN..

Pasangan kekasih hebat bak Nabi Muhammad dan Siti Khadijah atau Laila dan Majnun atau aku dan suamiku juga rakan2 yang lain diluar sana tidak memerlukan hari yang istimewa untuk diraikan seperti sambutan valentine's yang terang dan nyata menyesatkan dan haram diagung2kan..

Kita punyai setiap saat dan setiap detik untuk meraikan kasih sayang yang termetrai antara kita dan pasangan kita...Malah setiap detik adalah hari yang cukup istimewa dan membahagiakan buat pasangan kekasih yang diikat dengan sah melalui ikatan pernikahan yang cukup semprna..Bukannya perlu untuk menanti dan menghitung hari hingga ke 14 februari untuk menyatakan sayang, memberikan hadiah atau menjadi romantik bak Adam dan Hawa..

Oleh itu, sentiasalah kita sama2 mengingatkan seandainya ada di atara kita yang terlupa..jangan wariskan budaya menyesatkan ini kepada anak dan cucu cicit kita..Semoga seluruh umat islam berada dalam lindungan-NYA dan dijauhkan dari syaitan yang menyesatkan..Insyaallah..






DI MANA LETAKNYA AKAL..

Sangat suci dan tidak berdosa..

Ramai yang memerlukan, meminta dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat sebagai penyambung kasih sayang antara suami isteri..Malah ada yang sanggup mengambil anak angkat dan melakukan pelbagai cara untuk menimang cahaya mata..Asalkan dapat menumpang untuk merasai keindahan dan kegembiraan menyayangi ciptaan ALLAH yang bergelar anak..TaPi....Ada yang berfikiran dangkal dan bertindak serupa sYaiTAn..

Nauzubillahiminzalik..Subhanallah..Tu sahajalah yang mampu diucapkan oleh setiap manusia yang berakal fikiran waras dan sempurna apabila mendengar berita menyayat hati tentang buang bayi,gugur dan sebagainya..Yang terkini bayi dibakar..Ya Allah....Di mana letakkanya akal dan fikiran manusia yang telah sempurna Allah ciptakan..Pelik bukan?? Sedangkan binatang yang punyai otak cuma tidak mendapat pakej fikiran(akal) pun masih mampu menyayangi anak2nya sendiri..Inikan pula manusia..

Sedih dan cukup memilukan..Syaitan telah berjaya dengan misinya untuk menyesatkan manusia seperti janjinya pada Allah..Bukan sahaja menyesatkan malah menjadikan manusia sama sepertinya--KEJAM--Tak tahulah nak kata apa..Bukannya susah sangat..Kalau dah tak nak anak yang dikandung hasil daripada perkongsian haram tu, tinggalkanlah di tempat2 yang selamat, yang mudah orang lihat ke..Dahlah bodoh dalam merelakan benda maksiat terjadi..Bapak bodoh lagi diletakkan di dalam tandaslah, tempat buangan sampahlah, pintu pagar masjidlah..Cubalah letak dalam masjid sebelum orang datang solat supaya yang nak solat nampak..

Yang terkini, dibuangnya di tong sampah dan dibakar..Ya ALLAH..Hinanyalah manusia..Memang menempah tiket direct 2 neraka.Tak de talian hayat untuk manusia seperti tu utk keluar daripada tempat mereka dibakar supaya mereka dapat merasa kepanasan bayi yang dibakar tu..Wallhua'lam..


Isn't they cute?? Malah merekalah yang bakal mendoakan kita 1 hari nanti

Catatan penuh emosi kerana manusia sebegini tak patut dilayan sebagai manusia pun..Malah belum tentu mendapat layanan bak binatang..HInA...Tunggulah janji dan balasan ALLAH..

Saturday, February 6, 2010

KERJA SAMA-SAMA

Hari ini semua guru tingkatan bersama murid diwajibkan ke sekolah untuk program gotong-royong membersihkan dan menceriakan kelas. Nak tak nak kenalah datang kerana tanggungjawab yang dah diamanahkan..Janji dengan budak2 pukul 9 pagi..Cikgu Hilda dan murid2nya dah datang sejak 8 pagi..


Aktiviti mengemas dan menceriakan kelas berjalan lancar seperti yang dirancang..Tema warna hijau telah dipilh sebagai warna kelas..Bukan semangat hijau ye..Saje nak redupkan kelas yang panas tu..Sepanjang berada di SMKSKI, memang menjadi dilema guru2 dan murid untuk menceriakan kelas pertama tepi tangga blok A tu..Tak tahulah apa yang tak kena..Tahun kedua mengajar, kelas di bawah jagaan saya ( 5T2 ) ditempatkan di bilik yang sama..Bukan muridnya tak rajin dan kreatif..Tapi tak tahulah..Susahnya nak redupkan kelas yang panas tu..Jangankan kelas belakang, kelas ala2 depan ( 5P1 ) yang pernah ditempatkan di situ pun..susah nak cantik..Mungkin kena sentuhan tangan Wazir baru kelas tu cantik agaknya..


Menyahut cabaran dan saingan positif yang diwujudkan antara kelas lebih2 lagi kelas 6A3 di bawah jagaan wazir yang , kami tak ketinggalan..Sumber inspirasi dan pencetus idea..Hehe..jangan marah ye zir..Ciplak idea sikit..Tapi taklah secantik kelas wazir..Alhamdulillah murid yang datang tak curi tulang..Masing2 seronok bila kelas dan dihias..Semangat sikit nak belajar..Tu yang kita nak sebenarnya..Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajan murid..

Pukul 2 baru habis semuanya..Tapi taklah sempurna lagi..Masih banyak yang perlu ditambah dari masa ke masa..Insyaallah..Ada rezeki lebih apa salahnya dilaburkan untuk kelas sendiri..Bukan untukm orang lain..Anak murid juga..Sempat singgah ke Bilik mesyuarat menjenguk Kak Mazidah dan Wazir yang sedang sibuk menghias Bilik tu..MMMM....Cantik..Belum siap pun dah nampak cantik..Kalu dah siap?? mm...nganga je orang yang berkata tu dan ini tentang bilik mesyuarat..Teruskan usaha kawan2mmku..Tunjukkan yang anda sentiasa boleh diharap..Lagi2lah kalau gabungan Kak Majidah dan Wak Jier..Mmmmm...menjadi sahaja..Terima kasih juga datang jenguk yan dan budak2 tadi..Hehehe..sempat minta wazir tolong ajarkan teknik memintal kain untuk dijadikan bunga..Thanks Zir..Cuma tak kemas dan secantik hasil tangan wazirlah..

Haaaah..penat...Malam ni nak berehat..Hubby kerja..kena tinggal lagi..Kami bertiga pe lagi?? Lepak dan berkurung dalam biliklah..Esok ahad..Yey cuti..Nak rehat sepuas2nya..

Monday, February 1, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRANMU SAHABATKU..

Dikesempatan yang ada ini, aku ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada insan bergelar sahabat, kawan, rakan dan abang yang paling setia buatku WAZIR...Semoga di ulangtahun kelahiran kali ini menjanjikan 1001 kebahagian buat anda dan isteri..Kehadiran WAZIR ke SKI banyak membantu yan..Terutamanya dalam mengajar yan erti menjadi guru sebenar..Semoga Allah sentiasa merahmati WAZIR dan KAK T..Kebahagiaan milik anda berdua..Insyaallah..

Tiada hadiah paling bermakna buat yan melainkan mengenali diri WAZIR sebagai sahabat susah senang yan..Sahabat air mata yan..Semoga tahun ini dan tahun2 mendatang WAZIR akan tabah melaluinya dan sentiasa tenang setiap masa.. Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya walaupun kita terpisah namun yan akan tetap menjadi pendengar dan sahabat yang setia..

  • Jagalah Diri...
  • Jagalah hati...
  • Jagalah kesihatan...
  • Senyumlah selalu kerana senyuman wazir penyeri..
  • Semoga Allah melimpahkan RahmatNYA kepada Wazir sekeluarga..

Semoga kebahagiaan menjadi milik abadi Wazir setiap masa.

Ucapan happy besday 2 uncle wazir daripada Ika dan alya..they also wish u 2 have a nice day ever..

Assalamualaikum salam penuh ukhwah daripada yan sekeluarga untuk wazir diulangtahun hari kelahirannya...Pesanana untuk wazir..belajar2lah tidur secukupnya..Jangan asyik berjaga sahaja..Kurangkan berfikir benda yang menyesakkan kepala..Free your mind..And let people say what they want to say..As you said.." ADA AKU KISAH????"Pedulikan...Enjooyyyy....JERAM dah menunggu...