Thursday, April 30, 2009

ANDALAH JUARA...

Hari ini pagi2 kami dah sampai di SMK Sri Andalas setelah bertolak sebaik sahaja budak2s yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan melukis, arca berkumpulan, menggambar dan bengkel berkumpul. Elok jam menunjukkan tepat 8 pagi kami sampai seperti yang dirancang. Biar sampai awal..tak delah kelam kabut..Budak2 yang naik dengan Wazir sempat mencekik cekodok yang Kak Mazidah bekalkan..Sedap je tengok diorang suap cekodok favourite aku satu persatu..Orang jawa cakap, ngiming-ngimingi..Nak kena ni.. Mentang2lah tak dok satu kereta..'Tak pe..tunggulah sampai kat Andalas nanti..kami akan serang...'He2..nelah kami leh lepaskan makan cekodok air tangan Kak Mazidah(JUARA MASAK).Rugi oo...Terima Kasih kepada Kak Mazidah..kerana sponsor makan pagi..Walaupun lambat sampai ke mulut kami yang dalam kereta WAJA dek kerana yang dalam kereta MyVi cekik dulu..akhirnya kami merasa juga..Siap sambung makan kat dalam dewan sebelum tunggu majlis penyampaian hadiah bermula lagi..Dak2 sekolah lain tengok meleleh air liur..He2.. Resik tu...Nak lagi..(Tamak) ' Tak kira" yang penting sodap..Kak Mazidah siap hantar kami kat depan Foyer sekolah lagi..Macam Si Ibu melihat anak2nye p sekolah..sorry tak bawak akak..Lain kali kite p sekali yek..KAMI sayang akak..
Biarpun budak2s SKI tak mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga dalam pertandingan pagi tadi..Anda tetap Juara di hati KAMI..Terima Kasih kerana memberikan kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti hari ini..Tak ada anda semua kami pergi berjuang tanpa askarnya..Andalah JUARA..JUARA MAKAN ( Syahmi,Shazzriq)..JUARA POSING( Salleh,Motel,Cayoi)..JUARA CONTROL AYU(Dak2 pompuan)..Cikgu Wazir..JUARA BERUCAP..Emmm..tak mau cakap masa Minggu Seni konon..Nah! Kene berucap macam Y.B lagi kat depan tu..Tak yah wat teks leh pun.. Macam gaya politician berkempen.. Jaga..tahun depan kena berucap gak..He2..Aku..em..hari ini jadi apa ye..Ha..JUARA RONDA..Penat tunggu bebudaks tu dari kul 8.30 sampai 11.30..ronda2lah pe lagi..Dapat jumpe senior aku masa kat UITM time wat degree art&design (Seramik Industri)- Kak Zana. Sempatlah borak2..Dapatlah gak wat lukisan karikatur..RM 5 jer..Macam tak sama je dengan muka aku lak tu..Sebab apa??? Tengok sendiri. Tahun depan leh panggil x-student UITM tu..Insyaallah..Leh lukis KAMI..Si Jebat, Si Teja dan Si Anum..
Agak panas telinga..panas badan dan panas segala2nyalah..Wazir pun bersuara..'Eh! Nak tunggu per..Tak de maknenye nama kite disebut sebagai pemenang..Jom balik..Nanti jam..' Baik Bos... Kami ni Bonzer2 YB je..Bebudaks..Jom balik..Korang..dah JUARA..JUARA di hati KAMI..Itu yang penting..Emmm.. Sempat gaklah bebudaks tu berposing..Kalah model..bergaya depan hasil karya orang..Karya sendiri malu nak tunjuk..Shazzriq..Mizah..tak menang tak pe..Yang penting SPM nanti leh wat..Mus and Anora..Cikgu tabik spring kat kamu berdua..Bukan calang2 leh wat drawing macam yang kamu hasilkan..Tingkatan 5 pun belum tentu leh buat sehebat kamu..Walaupun latihan cikgu bagi kejap..Selebihnya daripada usaha kamu sendiri..Hasilnya..cukup membanggakan.Syahmi..Azzah..korang pun sporting abis..Pas ni kalau ada kelas batik atau catan..lehlah Cikgu panggil korang buat demonstrasi..Bayaran..CEKODOK Cikgu Aryanti..Tapi tak sesedap Cikgu Mazidah punyerlah..Nak berguru..Tapi sekarang kena banyak merasa, testing2 dulu..( makan free)..Baru leh wat sendiri..He2..Tak lupa 3 Tongkol sekawan (Farydzul, Salleh, Cayol)..Korang memang hebat..Walaupun hujan dah turun nak membasahi dan menyirami arca tongkol korang..Korang tetap teruskan perjuangan hingga ke titisan terakhir..Pas ni kita wat arca 3Sekawan ( Teja,Jebat dan Anum ) k..Nak abadikan kat Galeri Ilham Kreatif..At least..cuti sekolah 'arca KAMI' leh jaga galeri..he2..Pe pun..Cikgu sayang korang semua.Tak lupa buat bebudaks Seni yang tinggal di SMKSKI..Jijah, Isma,Pisha,Ain, Syafiq dan lain2..Terima Kasih kerana amanah menjalankan tugas..Kami tak salah memilih anda semua untuk menjaga Galeri..Nanti Cikgu belanje nasi lemak lagi ye..

Em..lepas anto bebudaks balik ke SKI dan sebelum sampai rumah dah menyinggah sana sini..Amik dulang hantaranlah..Set Buffetlah..Em..macam nak wat kenduri kawin mak aku ni..Terjumpa lak dengan Si Kenits berdua tu bersama papanye naik motor beli pisang goreng kat gerai depan surau..( Si isteri lambat balik..tak masak lagi..lapo cari pe yang patutlah tu,,jangan marah ye SAYANG..tugas..K, malam ni yan belanja makan kat Tomyam..yang penting bukan Afnan..LAMBAT!!). Sampai rumah seperti biasa, suami sangat memahami...Terima Kasih SAYANG..Anak2 pulak macam biasa steady..Esok bermulalah kerja men'snap' gambo..Jadi camerawomen bebas..Pe ntah yang disnapnye nanti..Arap2 menjadi..Tak kalu..hancus.. Good Luck to myself..Nak buktikan pada semua Dang Anum boleh..Tengok2lah gambo Majlis Pertunangan dalam blog nanti..Cuti2 gak..keep in touch melalui blog kita k..Buat kawan2..Yan tak dapat ikut p Melaka...Sebagai tanda kasih dan ingatan anda berdua terhadap yang ditinggalkan ni..Beli2lah pe yang patut ye..Bakul anyaman 12 ke, belacan 12 ikat ke, Key Chain yang ada gambo Melaka 10 kotak ke..( He2, macam nak jual balik lak, Just Joking..Jangan mara aa..).Semoga selamat pergi dan balik..Snap gambo banyak2..Masukkan dalam blog. Nak tengok korang. Biar terasa dekat..Yahoo...Sok cuti..Abang..Ika dan Alya..I'm fully your's..dan yang paling PENTING..ABANG DAN ANAK2LAH JUARA YAN..

Wednesday, April 29, 2009

KATAKAN BOLEH..

Bersemangat sungguh aku ke sekolah hari ini..janji nak bawa stok makanan untuk budak2s tak ku lupa..Ape lagi pagi2 singgah kedai nasi lemak Kakak Kia..Nasi lemak 25 Kak..Biar kenyang sampai ke tengahari..Alhamdulillah semuanya habis di makan..Tak rugi beli makanan untuk diorang..Tak membazir/berbaki..KORANG BOLEH..Pameran hari ini berjalan cantik seperti yang dirancang..Pengetua,Pn.Amiah dan Pn.Ros datang seperti yang dijadualkan..Bila aku datang untuk jemput para pentadbir ke pameran,laju pengetua menjawab..'ok..saya tak lupa'.Alhamdulillah dia tak lupa..Pung..prang..pung...prang..aku,wazir dan zuhairi buat penererangan nak bagi Cikgu2 Besar itu faham..Arap2 sampailah pe yang nak dinyatakan..
Excellent..Itulah yang mampu aku labelkan pameran seni kat Galeri Ilham Kreatif yang menjadi kebanggaan kami di SMKSKI..Cikgu2 Seni terutamanya..Dan pengetua turut mengatakan bahawa Galeri kita sudah sedia untuk dibuka kepada umum sekiranya ada pelawat datang kerana bahan-bahan pameran hasil karya murid menarik. Dan2 tulah juga dia kata nak pasang tiles..Alhamdulillah..Rezeki..Cuma galeri panazz banyak..Bukan sikit..Air cond satu Puan..He2..Arap2 tahun ni dapat jadikan Galeri Ilham Kreatif lebih selesa..Lehla kami lepak2..chat...dan berblog..'KAMI'??? Apa pun Terima kasih kepada semua yang telibat untuk menjayakannya..Tak lupa thanks to Kak Bib, Kak Zai, Kak Zaurah, Kak Is , Kak Zana dan cikgu2 yang datang melawat dan meramaikan majlis..Aku turut berbangga menjadi sebahagian daripada warga kerja Minggu Panitia Pendidikan Seni Visual..KITA BOLEH...
Hari ini hari yang menggembirakan dan kami agak santai..Dan hari ini jugalah aku mendapat tugas baru secara rasmi..Editor majalah..'EDITOR'...takut je bunyinye..Harap aku dapat lakukan yang terbaik untuk majalah sekolah...Kepada Che Ana..I'll try my best. Kalaulah dapat aku dapat pinjam pengalaman dan kepakaran Che Ana..Alangkah baiknya..Dalam tak nak2 jadi editor..Aku terima juga hasil pujukan dan nasihat Si Tun Teja..AKU BOLEH...Bermulalah juga episod sedih..nangis2..sob2..tangkap jiwang..dan macam2lah..Sedih lak Che Ana nak pergi..sempatlah gak drama air mata ditayangkan untuk tontonan umum petang tadi di Bilik Seni..Dah sehabis daya aku menahannya..Bila Si Teja bersuara sahaja..berderaian air mata kami bertiga..Spontan kami berpelukan..Mujur Si Jebat tak boleh ikut sama..Tidak Kalu..Drama lain pulak jadinya..He2..Budak2s pun bergenang air mata..Si Isma tak habis2 kesat air mata..Si Montel control2..jangan nangis..Tak comel kang..Salleh tak leh katalah..merah jer muka dia tahan air mata dari keluar..Tak bujang kang agaknya..Jijah tunduk je..Habis tudung buat kesat air mata.Si Wazir..orang dah nangis..dia bukan boleh tengok..Pe lagi..Join the clublah..Buat Che Ana, kenang kami dalam doamu..Ingat SKI ingatlah KAMI.. Cerita di rumah..setelah selesai menunaikan solat asar bersama tadi, Papa terus bersiap2 untuk pergi kerja..Dan angan2 malam ini nak siapkan kerja sekolah yang aku bawa balik sambil2 melayan Si Kenits berdua tu..Ikutkan badan penat..nak jer layan tidur kat bantal dan tilam empuk dalam bilik tu..Tapi aku kena lawan habis2..Hujung minggu ni bolehlah berehat puas2..AKU BOLEH...Caiyok2..Terima Kasih SEMUA untuk hari yang indah hari ini...

Tuesday, April 28, 2009

MAAFKAN AKU SEMUA..


Cerita hidupku di sekolah hari ini cukup teratur...Masuk kelas seperti biasa dan dapat menjalankan tugas2 yang lama tertunggak secara terancang..Kira hari ini hari yang agak memuaskan..Kalau tidak ..selalu semua kerja rasanya tak jalan. Buat yang ini, teringat kerja itu..At last semuanya terbengkalai..Sibuk membuat persediaan bilik pameran tak sedar masa dah melangkaui pukul 2 petang..Nak luahkan salah, tak diluahkan pun salah..Kenangkan janji pada Hubby nak balik sebaik sahaja sekolah tamat..makin bersalah dibuatnya..Tapi mengenangkan bilik pameran belum pun mencapai 50% siap, apa yang nak dikatakan pada sahabatku Wazir ku telan sahaja..Layan je kerja yang ada..Capai juga apa yang sampai..Perasaan nak balik tak dapat ditahan2..Siksa betul perasaan bersalah ni..Cukup menyusahkan dan meresahkan hati..Bila tengok Si Wazir dah cool sebab dia kepanasan dek kerana tak ada kipas kat dalam Galeri, teruskan ku nyatakan hasrat hatiku.." Wazir..nak balik...Dah janji dengan suami nak balik awal kit ari ni..".Mujur Wazir faham..kerana dia mungkin dapat merasa apa yang bergelodak dalam jiwa aku ini.." Baliklah..dengan ringkas dia menjawab.." Biarpun nada suaranya ikhlas merelakan untuk aku balik..aku tetap rasa bersalah kerana tak bersama dia dan budak2s hingga ke akhir untuk menyiapkan bilik pameran untuk esok..Ku langkahkan kaki dengan perlahan biarpun terasa berat..Bye semua..Jumpa esok...

Syurgaku..Ibu pulang cepat hari ini..Letih dan penat hari ini kuranglah sikit berbanding penat semalam dan minggu lepas..sepanjang minggu lepas jugalah,suara hatiku sering menjerit.." Bilakah ini semua akan berakhir..." Tentu Si Jebat dan Tun Teja juga begitu..Apa yang menyedapkan hatiku adalah kata2 Si Jebat.. " tak pe..Khamis ini kita cuti.."( Karnival Seni 2009 ). Betul juga..bolehlah relakskan minda dan cuci mata di SMK Sri Andalas nanti.. Apa pun aku berdoa moga2 esok semua akan berjalan dengan lancar..Insyaallah..Esok..yan bawa stok minuman dan makanan..Kalau nak dibalas penat lelah Wazir dan budak2s dia..stok KFC percuma sepanjang tahun pun belum tentu dapat membayar semuanya...Kalau nak diukur budi Kak Mazidah,sedozen pita pengukur pun tak memadai untuk mengukurnya....Hanya Allah dapat membalas...kerana anda berdua insan hebat..Semoga Allah sentiasa permudahkan hidup anda berdua..Amin..

Monday, April 27, 2009

BERJAYA AKHIRNYA....

Em...pagi2 dah kena bangun macam biasa..Pergi sekolah la ape lagi..Nak kate malas ye jugak..Mana taknye semalam je dapat rehat. Rase macam ari ni ari ahad..Mujur tak hilang ingatan..Hari ini perasmian minggu Seni&Geografi seperti yang telah dirancangkan..Perjalan ke sekolah terasa jauh tak seperti biasa..Masih berbaki ngantuk dan penat agaknye..Tapi bila masuk sahaja ke pintu pagar sekolah, macam dapat aura segar secara tiba2..Itulah guru, setibanya di sekolah wataknya terus berubah dari ibu yang manja kepada pendidik yang tegas..

Serba hijau kami hari ini..Al-maklumlah temanya pun alam semulajadi..Jadi macam segerombolan pokok bergeraklah tadi..Minum air kat kantin pun..air hijau(Kiwi)..He2..mujur nasi putih tak menjadi hijau.Macam mak pengantin dibuatnya..Sibuk mengalahkan wedding planner. Mujur kawan2 ada untuk membantu. Masing-masing tahu menjalankan tugas seperti yang diagihkan..Tak perlu diingat2kan..Itulah dia penangan gabungan guru Seni dan Geografi..Bisa gegarkan dunia..Kalau bukan kerana Kak Mazidah, kami tak akan ada hala tuju. Hasratnya untuk mengajar Seni secara tidak langsung menjadi ahli panitia Seni sangat dialu2kan..Aku percaya kekandaku itu punyai sentuhan seni yang tersendiri..Wazir..tak boleh disangkal kehebatannya..Bagi sajelah kerja apa..bidang apa juga..Dia serba boleh..Bak kata pepatah 'Bagai mengantuk disorongkan bantal'.Aku sebatang kara sebagai pencinta seni di SMKSKI..Kedatangan dua insan ini betul2 menjadikan aku insan bertuah..Thanks friends..


Majlis berjalan dengan lancar..Persembahan sangat menarik..Macam bangau leher murid2 SMKSKI dengan khusyuk memerhatikan keletah pelakon2 dan penyanyi kami..Ula..la..Tropika..Itu yang menjadi siulan murid SMKSKI lepas persembahan pagi tadi..Guru-guru juga agak terpegun diselang dengan gelak dan tawa melihat persembahan budaks KRK hasil tunjuk ajar sifu Wazir..Terasa bahagia pula dunia biarpun minda dan badan dah cukup letih membuat persiapan perasmian hari ini. Hebat dan menghiburkan..Itulah kata2 yang tepat untuk persembahan tadi..Semoga di kita akan terus sukses pada tahun2 akan datang..Insyaallah...

Sampai rumah pukul 6petang tadi..terus bergegas buat apa yang patut sebelum Hubby balik dari kerja..macam kilat..laju je tangan capai apa yang patut..Kemas rumah sikit2, siram pokok bunga dan yang paling best dapat masak untuk makan malam..Tak lupa melayan Si Kenit dua orang tu..Ni..Mata dah mengantuk..penat hilanglah sikit..Bolehlah juga menghela nafas lega..Perasmian dah lepas..Tinggal nak tunggu perasmian Pameran Seni kat Galeri Ilham Kreatif..Esok masih panjang. Persediaan bahan dan bilik pameran akan diteruskan..Perjuangan kami belum selesai..Kawan2 kuatkan semangat ok..Hari ini dah balik pukul 6. Esok pukul berapa pula...??????Buat anak2..redha jelah yea..And thanks sebab memahami ibu..

Sunday, April 26, 2009

KESAYANGANKU....

Aku berada sepanjang hari di rumah hari ini..Setelah bangun di awal hari sambil menemani suami bersiap2 untuk keluar mencari rezeki..aku teruskan tugasku sebagai suri rumah.Kerja2 profesional yang seminggu dah ku tinggalkan dek kerana menjalankan tugas di sekolah..oleh kerana agak lewat tidur malam tadi bz melayari internet, mem'print' gambar dan bersembang dengan suami yang sibuk melayan bola..mata terasa berat sekali..Aku lelapkan mata dengan harapan tidur yang tak sampai 15minit tadi bolehlah men'cover' ngantuk malam tadi..Sayup terdengar suara ika menyatakan suara perutnye..lapar..sepantas kilat aku bangun..biarpun mata masih ingin dipejamkan..Macam orang berperang kat dapur pagi tadi..Maklumlah..dah seminggu tak pegang sudip dan kuali..Gaya masak pun macam pertama kali masuk dapur..Makanan kegemaran ika MACARONI GORENG..Saje je aku buat 'trick' dan bergurau kate ibu masak maggi bile si kakak tu bertanya ibu masak ape..Selalunya ika dah dapat mengagak ape yang ibu masak biarpun hanya dengan menghidu bau tumisan rencah Makaroni goreng..Bukan main gembira..tergambar jelas di wajahnya yang di suka..Itulah dia Zulaikha yang ibu gelar Ika Roni..tak pandai sebut makaroni..Disebutnya masakroni..


Si adik (Alya) seorang yang berdikari dan 'fast learner'. Apa sahaja yang dipelajari, hanya dengan melihat karekter dan perbuatan kakaknya..Alya tak semanja ika..Dia banyak bermain sendiri daripada 'ngempeng'/menempel sepanjang masa dengan ibunya..Tetapi kadang-kala she's unpredictable..prilakunya sukar dijangka..itulah dia anak2ku..Masing-masing berbeza karekter..Apa pun..anda berdua kesayangan ibu..Puas memanusiakan murid di sekolah yang penuh dengan dugaan..penat,letih,lesu dan seribu macam perasaan ada..Bila tiba di rumah walau selewat mana ibunya pulang..Si Kenit berdua itu tetap menguntumkan senyuman dan menyambut kepulangan ibunya dengan mesra..Hilang segala duka..Itulah kuasa dan magik anak2 yang tak mempunyai dosa..Boleh meneutralkan kembali kita yang dewasa ini daripada not ok to very2 ok..Apatah lagi dengan sentuhan dan pelukan kasih mesra daripada mereka..Daripada lemah tak bermaya kerana kerja seharian menjadi kembali normal seperti sediakala..And thanks also to 'Abang' yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan sentiasa sabar serta menerima situasiku biarpun kadang-kala ia pahit untuk ditelan dan sukar untuk diterima..Demi kasih kau turutkan juga..
Esok rutin harianku akan berjalan seperti biasa semula..Pagi2 3beranak ni dah ku tinggalkan untuk meneruskan tugas sebagai guru pula..sekolah2..Balik ke rumah tak boleh dijangka..Yang pastinya esok tak boleh balik awal..Nak buat preparation Pameran Seni pulak..Kak Mazidah,Wazir..berkampung lagilah kite gamaknya..Dah jadi macam rumah keduaku..Tapi tak leh sehebat ;Tun Teja' dan 'Hang Jebat'..Lagi terer..sekolah bukan takat tempat mencari rezeki bagi mereka berdua..Lebih daripada itu..Malah mungkin juga School is their 1st home..Cuma Suami dan anak2 tak de je..Tapi aku pun nak jadi yang terbaik seperti mereka..Tun 'Terer' pun jadilah..Sekolah, sekolah, sekolah.. Itulah catatan hidupku..

Pagi yang cerah


Bangun pagi hari ini cukup memenatkan. Itu tandanya minggu ini adalah minggu yang paling meletihkan. Mana tidaknya..esok Minggu Seni&Geografi..Dah seminggu kami 3sekawan pulun bermati-matian membuat persediaan. Paling awal kami balik pukul 4.Paling lewat kul 6. Esok adalah kemuncaknya..Arap2 semua berjalan dengan lancar..Wazir dan Kak Mazidah..Jangan tak datang..Huru-hara dibuatnya kang..Buat anak2..today im gonna cook ur favourite dish..MACARONI Goreng..Bukan hangus kan Wazir..Biarpun memenatkan..tapi sinar harapan masih terus memancar untuk aku membuat yang terbaik di hari2 mendatang..Buat lelaki ini..la..la..la..( Anuar Zain's song)-My beloved HUBBY..keje elok2..Thanks coz always be there and try to understand me..Wake up..wake up..teruskan perjuangan..Yan hebat..yan hebat..kuning..eh..aku hebat..kawan2ku hebat...Caiyok2...

Saturday, April 25, 2009

Zulaikha HEBAT


Sudah seminggu ika menjalani latihan sukan. Dah naik gelap kulitnya..2,3 hari sebelum tu sibuk tanya..sukan pakai baju apa..Risau baju PASTI hijau dia tak ada agaknya..Hari ini papa yang siapkan dia, temankan, tolong sorak sampailah bawak dia balik rumah..Sebab dia maklum ibunya ke sekolah. Tak pernah dia merungut walaupun dia keletah berbicara. Cuma ditunjukkan dengan pelukan erat dan suara manja mengatakan dia rindu ibu. Sayunya..Tapi..Semangatnya cukup kuat..Walaupun tubuhnya kecil..jiwanya besar..Lihat sahaja renungannya sambil memeluk piala..Nak jadi atlet hebat seperti ibunya juga..Walaupun tanpa jeritan suara ibunya seperti sukan tahun lepas, dia tetap gagah..Malah membawa pulang kejayaan yang cukup membanggakan..Semua dilakukan untuk membuktikan pada ibu yang dia juga pandai berdikari walaupun penuh dengan manja dan air mata ( ciwek). Caiyok2..IKA HEBAT..IKA HEBAT..IBU BANGGA..

Dalam sedih ada gembira

Perjalanan cerita hari ini cukup panjang..Dari rumah ke HICT Klang Parade..Program LADAP yang bertujuan menjadikan kami cikgu2 SMKSKI ni bertambah terer dan beradap agaknye..Macam mane pun bermula dengan yang sedih sebab tak dapat join papa memberikan sokongan moral dan menjadi "pom2 Gurlz" sepanjang ika bersukan. Maafkan Ibu sayang..Bertambah sedih bila sekadar dapat melihat wajah riang ika berlari ke arah papa untuk menyatakan kehebatannya dengan menjadi johan dua daripada 3 acara yang dimasukinya melalui MMS dari papa. Mau banjir HICT.Dah bergenang air mata. Tapi ku tahan jua.

Mana taknya..dengar celoteh kawan2 yang macam murid nakal (3K).. Duduk tak mau baris depan.walhal datang awal..he2..Bebelah,belakang semua suku sakat..LADAP tak juga habis seperti yang dijadualkan..Kami dah tak leh dok diam..Wazir makin merepek2..Kepada Tn. Haji Bajuri berceramah..pe pun, saya wakil murid 3K memohon maaf kalau kami tak pay attention dan terima kasih sebab sudi meng"adab"kan kami.he2.. Kak Mazidah dah gatal tangan, asyik SMS, call..Mane taknye..hubby dah sedia menunggu kat Parkson..Nak amik anak katanya..Kak Su dan Kak Is..1.15 dah hilang.. ada agenda rahsia (urgent)..tut...Aku..ingatkan hebatlah sangat..rupenye sempat terlelap 2,3 kali..Mujur tak keluar air liur basi..Tak kalu..kasi "tanda" kat HICT.

Dan yang serohok..dapat jumpe Cikgu2 lame. Sebab Kami gabung LADAP dengan SMK Rantau Panjang..Jumpe Cikgu Abu..Form Teacher aku 5K dulu..Merangkap sifu olahraga aku..Tak terkejor Yeop..Cikgu Rozaini..Guru penasihat Hoki..He2..terer tak . Sume nak masuk.."tamak".Fuh! masih cun macam dulu..Aku yang lebih berisi (Tembam) daripada dia..Tabiklah Cikgu.. Katenye nak tahu rahsia.. kene pindah Rantau Panjang..ha.. Sayonara kawan2ku..yang tak nampak Ustazah Azina. Guru agama aku..Banyak beri tunjuk ajar..galakan dan dorongan..Di mana Kau..Kat depan kot..Pentadbir Rantau Panjang (3KRK). he2..gurau jer..

Yang sadisnye..makan kat tangga je..mujur pakai pinggan..Kalau beralaskan daun pisang.. tangkap nangis Pn. Jamaliah tengak aku dengan Kak Bib makan tengahari tadi..Janji lauk sodap..Urrrghk..Alhamdulillah..

Berakhirlah satu hari yang sedih tapi menggembirakan..

Friday, April 24, 2009

Yahoo..dah join the club


Alhamdulillah..hari ini dengan jayanya aku merealisasikan impian aku untuk membeli broadband dan melayari internet dalam rumahku sendiri. Biarpun membelinya atas titik peluhku sendiri, tapi kalau hubby tak bawa pi beli..tak jadi juga..Dan kalau tak kerana kekanda Mazidah yang tersayang, tak mungkin juga aku mempunyai semangat dan kekuatan sebegini. Thanks to both of u.. And tak lupa buat sahabatku Wazir.. yan terdorong kerana anda juga. Harap2 di alam siber inilah kite dapat berkongsi segala suka dan duka..Untuk anak-anak..ibu bangga dapat menjadi ibu yang terbaik untuk kamu berdua. Ika & Alya..love both of u..

Tuesday, April 21, 2009

AKU PUN DAH SIBERLAA..


Tak sangkanyer dah ada blog sendiri. Itu pun atas bantuan kasih sayang daripada kakak yang paling aku cinta.. sape lagi sifu Mazidah la... aku harap aku akan jadi terer macam dia. Amin.......
Cameragurlz - Ika