Tuesday, May 12, 2009

AKU, FAMILY DAN SAHABAT

Hari kedua untuk minggu ini bermula dengan baik sekali..bangun pagi dalam keadaan yang segar dan bersedia fizikal dan mental..Seronok rasanya bergelar isteri dan ibu..Dapat menggembirakan hati suami dan melayan karenah anak2 setelah penat juga keletihan semalam..Moralnya, untuk memulakan hari ini dengan ceria, perlulah meninggalkan kenangan semalam yang indah dan seronok belaka. Walaupun hakikatnya banyak kisah duka..Pandai2lah cari ruang untuk merawat hati sekiranya semalam adalah hari penuh luka..
Berbakat sungguh bebudak ni..Taklah buta IT..Tahniah 4P3
Di sekolah perjalanan aku sebagai guru berlalu seperti biasa..Pagi masuk kelas ganti..Dapat 2 relief lagi..Tak pe,jangan merungut..Kerana ini hari mereka..Esok2 kalau tiba hari kita, orang berlapang dada untuk masuk kelas ganti kita sekiranya turn kita pula tak ada di sekolah..He2..'Batton bersambut ke esok??' Tengoklah..Kelas hari ini di makmal komputer..Nak ajar bebudak 4P3 macam mana nak buat power point..Aku dah agak dah..Bebudak tu memang terer..Terer lagi daripada cikgunya..Itulah murid kita..Jangan disangka mereka tak berbakat..Cuma perlu diberikan ruang dan peluang..Pandailah mereka bergerak sendiri..Kita sebagai guru hanyalah pemudah cara..Memandu mereka ke jalan yang betul agar mereka berjaya..
Jangan honeymoon je tingkatan 4 ni..Tahun depan lagi banyak keje..So, get use to it..
Makan hari ini aku bawa sendiri..Sedap pulak makan masakan sendiri yang dibawa dari rumah..Terasa lazat hingga menjilat jari..Walhal sambal udang jer..sayur pun tak ada..syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri..Sampai sekarang ni aku masih lagi kenyang dek kerana makan pagi tadi..Mungkin berkat berkongsi..Sikit aku pelawa pada kak Is, Kak Su..Sama2 rasa..Walaupun masakan tak sesedap dan sehebat mana, tapi mereka menerima dengan tangan terbuka..Tengok Kekanda Mazidah, macam tak bersemangat sahaja. Fikran melayang2 terfikirkan seseorang..Nak makan kat kantin pun dia tak larat..Macam mana pun perut perlu diisi..Memang aku dah tinggalkan bahagian untuk dia..So, akak..makanlah..' dalam hati, malu sebab masakan tak sedap' Tapi bila tengok dia makan sampai habis, terharu pulak..Dengan pertanyaan..Sedap ke tak??

Apa yang mengecewakan, tak dapat berkongsi dengan Si Jebat..Bilik Seni kosong tak berkunjung, tempat duduknya lesu tak ditunggu..Wahailah Wazir..sihat ke kat rumah tu..Aku pun tak bersemangat nak ke Bilik Seni..Macam mati je Bilik seni hari ini..Cuma pagi tadi Si Montel buka untuk kelas seni..Lalu depan Bilik Seni pun tidak..Apatah lagi membuka kunci..Harap esok, lusa dan tulat..Si penjaga, penunggu setia bilik2 seni ni dapat mengembalikan lagi keceriaan dan ke'havoc'an bilik seni..pulihkan semangat yang hilang..Kerana perjuangan kita masih belum selesai..
Lega hati...
Penutup hari kedua untuk hari ini berakhir dengan pelukan dan jeritan manja anak2 yang sentiasa ceria menunggu kepulangan Si ibu..Masing2 dah wangi selepas nenek mandikan..Tinggal tunggu kepulangan yang tersayang Si Papa..yang masih bekerja dan berpenat lelah mencari rezeki untuk kami sekeluarga..Jumpa pukul 8 malam kang..Dan esok..Besday Ika yang ke 5 tahun..Apa yang ada....TUNGGUUUUU...


Sejuk mata.....

No comments:

Post a Comment