Hari pertama bagi minggu ini berlalu sudah..Penat, letih tapi yang penting aku masih mampu tersenyum dan meneruskan perjuangan untuk terus mendidik anak2 murid tidak mengira bangsa..Permulaan hari ini agak mengecewakan..Ada juga murid2 yang tidak melangsaikan hutang mereka yang sepatutnya dibereskan pada minggu lepas. Hutang kerja sekolah..Entahlah..kadang2 penat nak marah..Tapi dah tugas guru sememangnya tak lari dari menegur, menasihat dan marah..Marah tandanya sayang..Walau apa terjadi pun aku harus kuatkan semangat untuk tidak menyerah kalah..Buat anak2 murid 4a2..cikgu akan terus menegur, menasihat dan marah sekiranya kamu terus buat salah..Rakan di sebelah ( Si Jebat ) juga melalui situasi yang sama..Marah murid, membebel, menasihat dan mencuba bermacam2 cara untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya pelajaran dalam hidup mereka..
Seperti yang telah dijanjikan..pertemuan dengan 5P2 hari ini akan berjalan seperti biasa..Cuma hari ini kelas di bilik seni. Tak seperti minggu2 lepas..P&P dibuat di kelas mereka dalam suasana yang agak formal..Ini kerana mereka selalu tak siap kerja..Duduk di bilik seni , suasana menjadi kurang formal.sesi pembelajaran juga agak santai..Kadang2 ada juga murid yang mengambil kesempatan..Pantang cikgunya menoleh ke arah lain, hilang fokuslah mereka..Maklumlah..bilik seni luas bak padang bola..Tak terkejor yeop..
Mula sahaja kelas..seorang murid bernama muiz..masuk lewat lebih kurang 20minit..Nak dimarah..buang karen je..Alih2 tulis jelah dalam buku kawalan kelas..Alasannya sakit perut. Pergi toilet. Masuk pun tak beradab.. Mana salam atau ucapan selamat..Pandai lagi si anparasan, kathiravan dan siewry raj daripada dia yang dah tentu2nya dilahirkan dalam Islam..'Biarkanlah yan..' Itu bisikku dalam hati..asalkan di bahagia..Daripada mengundang stress dan sakit jantung, pandang jelah sebelah mata..
Sraaaapppp... Kraaakkkkk.. Satu persatu kertas lukisan yang tak siap diwarnakan cikgu aryanti ala2 hitler ini koyakkan..(hari ni jer..)Nganga je mulut bebudak 5P2..Satu demi satu..Selau tak macam ni..Tapi itulah janji cikgu pada 5P2 minggu lepas..Siapa tak siapkan kajian warna, cikgu koyak...Puas dah mencubit dada( murid lelaki) dan cubit pipi (murid perempuan)..Sampai naik merah2 kulit..Tanda ingatan dan kasih cikgu pada korang..Alahai....berani juga mereka ni ye..Hari ini datang juga tanpa menyiapkan kerja..Memang saje nak mencabar cikgu ni..Itulah dia siri kekejaman cikgu aryanti hari ini..Wahailah anak2ku 5P2..siapkanlah cepat2 kerja..Jangan bertangguh..Masa tak menunggu kita..nanti awak semua juga yang rugi..Rugi wang ringgit boleh diganti..Rugi masa, tak kan berulang...masih lagi mampu tersenyum.. walaupun kertas lukisan dah kena koyak..Dinie..dinie..

inilah bukti kekejaman cikgu..ha..ha..
Tak habis lagi Siri kekejaman hari ini..Si muiz yang lewat 20 minit tadi dah berjoget2 buat tarian nak ter'ssshhhh..sshhhh'. Memang tak diberi keizinan keluar.. Mana taknye..baru tadi dia masuk lewat kerana ke tandas..Adalah 20 round dia pusing keliling dalam bilik seni..Tanda protesagaknye..Tak senang duduk dah dia..Tapi keputusanku tetap tidak berganjak..'Tak boleh Muiz'..Ini semua bertujuan untuk mengajarnya..Mengajarnya untuk tidak terus menerus bercakap bohong, ponteng dan merayau satu sekolah dan mengajar dia untuk menjadi manusia berguna..Biar air mata darah keluar sekali pun cikgu tetap tidak percaya..Kerana sekali kita bercakap bohong, 100 kali orang tidak akan percaya..

Dah kena marah..baru nak fokus pada kerja..Cepat2..jangan lambat..
Jadi hari persekolahan hari ini berakhir dengan penat bercampur sedih..Bila kita marah tenaga yang diguna bukan sahaja suara, malah emosi dan minda kita juga turut bekerja..Satu badan terasa letih..Marah anak sendiri berbeza..Di sekolah marah 'anak orang' yang tiada kaitan ape2 dengan kita..Tak marah salah, marah pun salah..Itulah guru..bekerja dengan manusia..Manusia yang pandai berkata2..Silap haribulan kita yang dimarahnya..Sabar jelah ye Cikgu2..

No comments:
Post a Comment