Kalau dulu, ucapan selamat dan salam sejahtera ku ucapkan kepada guru2ku tak kira masa..Kini giliran aku pula..Bagaikan satu kata2 ajaib yang dituturkan pada aku apabila murid2 memanggil aku dengan gelaran GURU..terasa bahagia dan besar tanggungjawab yang aku galas bagi memastikan amanah dan harapan ibubapa yang menghantar anak2 mereka kepada kami untuk dididik menjadi insan yang sedia pandai kepada bijaksana, brilliant, kreatif dan sebagainya..Tapi guru hanyalah pemudah cara, memberikan tunjuk ajar dan memandu anak2 muridnya ke hala tuju yang betul..Kepandaian dan kebijaksanaan mereka telah sedia ada yang dikurniakan Oleh ALLAH..Bertuahnya mereka, punyai ibubapa yang menyayangi mereka dan guru yang selalu memberikan perhatian..Dikesempatan ini ingin ku ucapkan selamat hari guru buat guru2ku di SK Rantau Panjang, SMK Rantau Panjang dan pensyarah2 art&design ceramic department UiTM Perak. Jasa anda semua mendidik dan memberikan tunjuk ajar tak mampu dibalas..Semoga Cikgu2 semua bahagia dunia dan akhirat..Buat rakan2 guru..Selamat hari guru..Teruskan berjuang..Jangan menyerah kalah kerana ramai yang memerlukan perhatian dan tunjuk ajar kita..sayangilah mereka kerana mereka juga menyayangi kita..Perjuangan belum selesai..Hayatilah kata2 keramat ini..
SELAMAT HARI GURU..CERIA-CERIALAH SELALU..BERIKAN YANG TERBAIK KEPADA ANAK2 MURID KITA, INSYAALLAH ANAK2 KITA JUGA AKAN MENDAPAT YANG TERBAIK DARIPADA GURU-GURU MEREKA
p/S : Seronok dan gembiranya hari ini, sejak semalam hinggalah sekarang ini dapat sms bertubi2 daripada anak2 murid dan rakan guru mengucapkan Selamat hari Guru..Kalah ucapan selamat hari raya dan birthday wish..Bertuahnya menjadi seorang GURU..
p/S : Seronok dan gembiranya hari ini, sejak semalam hinggalah sekarang ini dapat sms bertubi2 daripada anak2 murid dan rakan guru mengucapkan Selamat hari Guru..Kalah ucapan selamat hari raya dan birthday wish..Bertuahnya menjadi seorang GURU..
No comments:
Post a Comment