Friday, May 15, 2009

BERSABARLAH..

Di dunia hidup penuh dengan cabaran dan dugaan.. Dan semua yang berlaku adalah dengan kehendak dan ketentuan Yang Maha Esa..Cabaran sebagai seorang hamba Allah, sebagai anak, sebagai isteri, sebagai ibu, sahabat dan tentunya sebagai seorang guru..Kita perlu menerimanya dengan hati yang terbuka dan sentiasa redha supaya hidup kita akan terus berjalan seperti biasa...Berbekalkan kesabaran di dada, semangat untuk meneruskan hidup, insyaallah kita dapat mengharunginya dengan berjaya..

Adakalanya kita perlu meluahkan apa yang terbuku di hati.. Menangis supaya terlerai kekusutan yang melingkari minda...Biarlah berkongsi dengan sesiapa sahaja yang anda percaya supaya bebanan yang ditanggung akan berkurangan sedikit demi sedikit..Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..Kalaulah mahu, sahabat ini sanggup untuk sama2 memikulnya, kalau tak hilang beban itu, berkurangan beratnya pun dah mencukupi..Itulah gunanya bersahabat..Biar susah dan senang kita bersama..Jadilah sahabat dunia dan akhirat..Jadilah sahabat yang bukan sahaja mampu mendengar rintihan hati sahabatnya, tapi juga mampu membuka jalan atau memandu sahabatnya ke hala tuju yang betul..
Buat kak Ti..Tabahkan hatimu wahai kekandaku..Sesungguhnya Allah sangat sayang pada orang yang mampu bersabar dan bertahan dalam menghadapi dugaan Allah..Kami semua sayang Kak Ti..Biarkan kami menjadi tangan kanan dan kiri kak T untuk memipin kak T dikala akak memerlukan..dan sejak pertemuan singkat tadi, yan semakin sedar yang yan sayang kak t lebih daripada seorang sahabat perlukan..Dan jangan lupa, Yan dan Kak Mazidah sentiasa terbuka dan setia di sisi kak T untuk memberikan sokongan moral dan emosi..Dan percayalah apa sahaja yang kami lakukan adalah semata2 demi persahabatan kita juga untuk melihat akak bahagia..Bertuah sesiapa yang mengenali kak t dan sangat2 bertuah insan yang menjadi raja yang bertahta di hati..( Siapa lagi??)..Dengan doa dan harapan, semoga Kak T dan Wazir bahagia dan semakin saling cinta juga sayang dari hari ke sehari..Amin...

Tiga hati menjadi satu...Sahabat sejati...Kasih sejati...

No comments:

Post a Comment