Tuesday, September 22, 2009

AIDILFITRI 2009

Keluarga besar kami..Tak ramai tapi tetap best...

Aidilfitri menjelang lagi..Tahun ini sambutan hari raya ikut turn di rumah mak..Jadi banyaklah rumah saudara mara yang nak dikunjungi berbanding di pahang..Sambutan Hari Raya tahun ini disambut dengan cara sederhana..Tapi tetap meriah..Tema tahun ini warna biru..Jadi sedondonlah biru bergerak dari rumah ke rumah..Baju raya hujung tahun lepas dah siap..Tukang jahit nak bersalin dekat2 raya..Cepat2lah hantar baju raya..Tak tengok dah kain up to date tak up to date..Bia' p..Janji siap..Baju hubby dan anak2 hantar pada kakak ipar jahit..

Sehari sebelum raya sibuk memasak rendang daging, ayam masak merah dan kuah kacang ikut permintan hubby..Biasanya bila beraya di rumah mak dan abah di kampung, emak mentua buat makanan kesukaan dia..turn raya tahun ni di sini, hubby mintalah si isteri yang pandai masak campak2 ni memasak..Alhamdulillah semua menjadi..Hubby pun tolong mudahkan kerja..Banyak yang dia bantu..Pukul 2 semua dah siap.Cuma rendang daging nak masak lepas zohor..Bahan2 semua dah tersedia..Pukul 6 petang semuanya selesai..Tunggu 1jam nak berbuka terasalah lamanya..Maklumlah penat..Kaki macam nak tercabut..Berdiri sepanjang masa..

Yang tua dihormati..yang muda disayangi..

On the way nak p umah atok kat Bukit Kapar

Macam mana pun, semua berjalan dengan lancar..Raya tetap disambut dengan gembira sebab adanya anak2 dan suami..ditambah pula dengan keseronokan beraya bersama mak,abah..Syukur..Tahun ni sesi bermaaf maafan kelihatan lebih syahdu daripada tahun2 sebelumnya..Deras air mata abah dan mak..Begitu juga dengan kakak dan adik lelaki..Alhamdulillah masih bernafas untuk sambut raya dan memohon kemaafan sesama ahli keluarga..Dengan kenangan arwah wak yang tak sempat nak beraya telah dulu pergi menyahut panggilan ILLAHI..Semuanya menambah lagi hiba yang ada..

Seronok beraya tahun ni dengan hubby dan anak2 yang makin membesar

Hari ini kami dah berada di kampung..Semalam pukul 10.30 pagi dah bertolak..Elok perjalanan hanya mengambil masa 4jam menjadi 6 jam gara2 hubby tertinggal wallet..Mujur berhenti di petronas damansara untuk top up touch n go..Kalau tak, mahu kami dah selamat balik kampung tanpa ic dan lesen memandu..Setakat duit, si isterinya ni ada..Cuma tak mungkin dia benarkan aku memandu jauh2..Mem besarlah katakan...Hubby suh relax je..Emmmmm..Patah balik..bukan main marah si isteri ni..Mahunya tak..Adik ipar yang menunggu di KL nak balik sama pun kenalah tunggu lebih lama..Mood balik kampung pun makin kureng..Udahlah lapo tak sarapan..Elok je ambil wallet singgah carefour, hubby belikan nasi goreng ayam mamak..Panas2 makan dalam kereta..Sedap..Tambah macaroni n cheeze dari KFC..Hilang marah..hik2..

Sok dah balik Klang..Hubby dah kena kerja khamis ni..Jadi balik nanti sambunglah beraya..Kat sini tak beraya sangat..Sebelah menyebelah bukan saudara mara..Tanah rancangan. (Felda).Semua orang2 mendatang..Mak abah pun bukan orang pahang..Orang Selangor..Yang lain2 dari kedah, Kelantan, Terengganu dan macam2 ada..So, misi beraya dihentikan seketika..Bersambung raya ke 4 nanti..Tungguuu..

Friday, September 18, 2009

SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA..

Hanya 1 hari sahaja kita bakal menempuh ramadhan esok untuk menyambut syawal pada hari ahad..Insyaallah..Ramadhan bakal berakhir dalam tempoh kurang darpada 48 jam..Saat yang penuh kesyahduan..Namun ramadhan tetap akan pergi dan bersilih ganti dengan kegembiraan menyambut syawal pula..Oleh itu curilah masa dan peluang yang ada untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala di saat akhir bulan yang mulia ini untuk mendapat keredhaanNYA..Sekejap sahaja masa berlalu..Kedatangannya disambut dengan senyuman, perginya pula ditangisi..

Dikesempatan yang ada ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan sepuluh Jari kami susunkan tanda memohon kemaafan kepada sanak saudara, rakan taulan, rakan bloger dan rakan-rakan di alam siber..Andai tersalah kata, terlanjur bicara, melukakan, mengguris dan menyinggung perasaan, maafkanlah kami..Segala kekhilafan yang terjadi adalah kerana kami manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan..Justeru dikesempatan yang ada ini, sambutlah salam kemaafan kami..Segala budi dan perhatian yang diberikan tak mungkin kami balas melainkan dengan penghargaan yang tidak terhingga sebagai tanda persahabatan tetap dihargai dan diharap berkekalan hingga ke akhir hayat..

Semoga Aidilfitri kali ini menjanjikan 1001 kebahagiaan buat anda semua..Sambutlah dengan penuh kegembiraan dengan harapan ramadhan akan datang dapat kita lalui sekali lagi dan menempuh hari raya bersama..Insyaallah..Hati2 memandu dalam perjalanan pulang ke kampung..semoga selamat pergi dan balik..



Pssssst.. Jemputlah datang beraya ke teratak kami..Kedatangan anda dialu2kan..naik sekolah nanti kita Baraan ye..

SAJE SUKA-SUKA..

Puas mencari idea untuk menghias dinding..Frame gambar cap ikea sudah dibeli..Tunggu di cat esok untuk dimasukkan gambar..Esok hubby baru cuti..Jadi proses hari ini memilih gambar untuk diprint dan dikreatifkan menggunakan apa sahaja yang ada dalam dunia IT ni..Tak payah dah ke kedai gambar..Tak perlu dah pening2 kepala nak cari shot atau angle yang cantik memandangkan aku bukannya terer sangat snap gambo..Tapi cukuplah sekadar menjadikan gambar seolah2 cover majalah..Beranganlah sekejap..Puaslah memilih dan meng'upload' gambar..Nilah antara hasilnya..Banyak yang dibuat, cuma perlu memilih yang terbaik untuk diprint..Emmm...banyak2 pun tukang snap gambo ni jugaklah yang tak de gambo..yang ada gambar2 candid anak snap menggunakan handphone..Tu pun time tido dan gondol ( tak bertudung )..Dilemanyelah nak memilih gambar sendiri..Last2 kena mengalahlah jawabnye..



Hehe..macam model baju baby..

Seperti biasa gambar kanak2 riang ni menjadi pilihan

One of the best momment yang boleh dikongsikan bersama2 viewer..

Isn't she cute with the tudung?? Ikon kanak2 Islam..hehehe..

Majalah2 ini...bakal menghiasi dinding rumah untuk tatapan umum sempena Hari Raya nanti..Baru namanya rumah editor majalah..hehehehe..Berangan..Saje je nak menghiasi dinding kosong rumah yang lama tak lama jugalah..Baru pun tak baru juga..Cuma foto2 ni mungkin tak sehebat sentuhan fotographer sehebat abang aminur rashid hubby kesayangan kak mazidah..Betul tak sifu??..





Wednesday, September 16, 2009

DAMAILAH DIKAU DI SANA..

Wak panggilan yang kami gelarkan..Tok Oyeng pula panggilan anak2 untuk arwah Wak Poyeng..Tanggal 25 ramadhan perginya seorang insan yang dekat, yang rapat, yang aku kenal..Dialah abang kepada mak..Abang yang sulong..Yang dahulu semasa kecilnya mak, dialah yang memenuhi keperluan dan kehendak mak sepanjang ketiadaan nenek dan atok kerana sejak kecil mak telah bergelar yatim piatu..Banyak jasa arwah wak dalam memenuhi kehendak adik kecilnya itu..

Tak sangka ketukan pintu dan salam diberi malam semalam di rumah mak yang memanggil mak ke rumah wak kerana anak2nya berkata wak mengalami sesak nafas..Aku yang kebetulan sedang asyik menggosok baju sekolah ika dan juga 2 pasang baju sekolah aku untuk dipakai sepanjang 2 hari sahaja persekolahan yang tinggal sebelum kami bercuti pada hari jumaat hinggalah ke ahad depan, tak boleh nak turut serta bersama2 mak menjenguk wak..Cuma spontan aku menyuruh adik untuk menemankan mak sambil tengok2 apa yang perlu dibantu..

Selang 15 minit, adik pulang ke rumah membawa pekhabaran sedih..Wak dah tak ada..Innalillahiwainnalillahiraji'un....Nak kata terkejut, tidaklah sangat, tapi nak kata tak terkejut, tipulah pulak..Baru sahaja pasang niat nak menjenguk wak..Tak sempat dilawat..Dia telah dulu meninggalkan kami..Terkilan sungguh rasa hati..Ika yang turut mendengar berita tersebut tanpa diajak atau dipelawa, terus menyatakan hasratnya nak menjenguk..Fahamkah dia yang Tok Oyengnya dah tak ada?? Bermaksud meninggal dunia?? Si ibu memberikan alasan, ibu nak gosok baju sekolah ika dan baju ibu..Banyak lagi tu..Dengar sahaja ibunya berkata begitu, terus dia membilang berapakah baju yang tinggal yang perlu digosok..Katanya tak banyak dan ika sanggup tunggu..Walhal ibunya cuba mencari alasan untuk mengelakkan dia dari ke sana..Emm..sampai sebelum pergi sekolah, ika dah pesan, tunggu dia balik..Ika nak tengok Tok Oyeng dengan ibu..

Nampaknya cuti lagilah cikgu aryanti ni..Isnin dah mc..Baru sekolah semalam..Ni harus aku ambil cuti..Biarlah ada mulut yang berkata atau bertanya..Kalau bertanya kerana mengambil berat tak apa..Ni kalau setakat nak mengata.Lantak depalah..yang penting bukan cuti suka2..Cuti untuk turut sama di hari terakhir arwah wak sebelum dia dibawa pergi jauh dan tak boleh melihatnya..Cepat2 capai hp dan sms pengetua..Pengetua mencadangkan aku mengambil CRK..Bos dah bagi green light untuk cuti..Saya yang menurut perintah..Tu yang cuti lagi hari ini..Kiranya minggu ini hanya 2 hari sahaja cikgu aryanti bersekolah..Jumaat dah cuti peristiwa..Kebetulan...

Sepanjang urusan jenazah, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..Raut wajahnya cukup tenang..Bila selesai dimandikan dan dikafankan, makin berseri2 wajahnya..Ya ALLAH permudahkanlah urusannya nanti..Aku tahan air mata daripada jatuh menitis..Ini pertama kali seumur hidup aku menatap wajah orang yang dah pergi..Rupanya beginilah perasaan yang ditinggalkan..Namun aku percaya Allah telah menjanjikan yang terbaik andainya kita memberikan yang terbaik sepanjang hidup kita di dunia..Insyaallah..Arwah seorang yang penyabar, tenang dan sukar untuk melihatnya dalam keadaan marah..Dan mungkin benar orang kata, mayat akan kelihatan segar dan berseri malahan tersenyum setelah selesai dimandikan..Itulah yang terjadi pagi tadi..raut wajahnya cukup tenang dan pemergiannya juga dalam keadaan tenang..Perginya pula di bulan mulia..Life must go on..Yang pergi tetap pergi..Yang hidup akan mati jua akhirnya..Cuma kita tak tahu bagaimana keadaan kita apabila tiba saatnya kelak..Wallahua'lambissawab..

Friday, September 11, 2009

10 TERAKHIR RAMADHAN..

Tawaran hebat yang Allah offer untuk semua umat Islam seluruh dunia bakal berakhir dalam tempoh 7 hari lagi..Jadi ambillah segala peluang yang terbuka di depan mata untuk menambah dan memperbaiki segala kekurangan diri yang ada.Entahkan sempat atau tidak tahun hadapan kita bakal meyambut ramadhan seperti tahun ini..Semoga Kita berada dalam peliharaanNYA sentiasa agar dapat membuat yang terbaik dalam 10 ramadhan terakhir ini..Sentiasa muhasabah diri dan bertanya cukupkah segala amalan yang kita buat..

7 hari lagi berakhirlah ramadhan..tapi bukan bermakna amalan kita juga berakhir..Buatlah kebaikan untuk selama2nya..Bukan kerana hanya Bulan Ramadhan..Cumanya dalam bulan ramadhan segala amalan baik akan mendapat pahala yang berganda..Tapi bukan bermakna di bulan lain pahalanya sedikit..Ada..Biarlah hanya Allah yang menilainya..

Wednesday, September 9, 2009

DEDIKASI BUAT KAT MAZIDAH SAYANG

Sempena Ulangtahun kelahiran Sahabat paling setia, paling membantu, paling memudahkan rakannya, paling menghargai sahabatnya dan paling2 yang lain di tarikh yang cukup menarik dalam bulan yang cukup indah 9.9.09..Yan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir akak yang ke tut... yang penting masih berjiwa muda..Tiada hadiah yang lebih berharga mampu yan berikan sempena ulangtahun kelahiran akak kali ini melainkan persahabatan yang tidak ternilai daripada yan ..Terimalah ia kerana yan sangat mengharapkannya..Biar ia kekal sampai bila2..

<>

Insan bernama Mazidah..Dia seorang yang sangat menghargai persahabatan dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki hubungan sesama insan..Sesiapa sahaja yang mengenali insan bernama Mazidah pastinya dikategorikan sebagai insan terpilih dan bertuah..Kerana dialah satu2nya insan yang sangat memudahkan orang lain..Sangat membantu dalam banyak segi...Bukan sahaja dalam bentuk material, malahan sokongan moral dan emosi di saat2 kita memerlukan.. Semoga dihari lahirnya kali ini akan bertambahlah keberkatan dalam hidupnya sekeluarga dan Mazidah akan sentiasa berada dalam lindunganNYA..Amin..

Insan yang mesra dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja..Membuatkan kita tak terasa jauh..


Senang bersahabat dengannya..Malah bermulanya penyatuan 3 sahabat adalah berpunca daripadanya..Maka Dang Anum, Tun Teja dan Hang Jebat bersahabat selamanya..

Monday, September 7, 2009

BUAT SAMA-SAMA

Planning hari ni dengan hubby nak bersihkan dan kemas rumah..Kalau tidak nak keluar lagi pergi kapar cari barang..Tapi dek kerana sama2 tengah cuti ni, ambillah peluang yang ada untuk mengemas rumah..Sambil2 tu tukar2 kedudukan perabot..Main puzzle lah pulak..Tukar kerusi tu ke sini tak kena, ke sana tak kena..Maklumlah rumah sekangkang kera..Bukanlah besar mana..Nak beli perabot dan menambah koleksi yang ada, membazirlah pulak..Nak diletakkan di mana?? Jadi be cretive as creative as u can..Lagipun nak save bajet..Memandangkan bonus pun tak dapat..Tambahan pulak baru saje perbaiki cermin kereta yang pecah hari tu..Terbang rm400..Bukanlah sehebat Eric Leong dalam Deco bersama Eric atau Deco idaman kat TV3 tu..Tapi dapat tukar2 mood dan nampak selesa di mata kami..Jadilah..


Ruang masih namapak kosong..Nak tambah pe lagi ye?? Bunga tak minat..

Tak padan dengan puasa, gaya buat kerja ligat mengalahkan Charlie Chaplin..Nak kena kejar target sebelum zohor mesti kena settlekan semua..So, berdua sahajalah mengangkat tu dan ni..Vacuum sana, sapu sini..Bila dah selesai kerja, buat tanda isyarat pada suami..DAHAGAAA..Hummph..baru terasa..Sampai ke laa ni dok menghitung masa bila nak berbuka..Mengalahkan budak2..Kalau tak dibuat sekarang bila lagi..Esok lusa pun masih puasa..Jadi redahh je..Yang penting buat sama2..yang berat jadi ringan..Yang susah jadi senang..Kerja menegemas dan menukar kedudukan perabot dah selesai..Tinggal menyudahkan misi memenuhkan dinding kosong dengan koleksi gambar yang ada..He2..terdorong dengan idea sifu Mazidah untuk menjadikan gambar sebagai hiasan dinding..Kebetulan dinding rumah masih banyak yang kosong..Dan kami punyai minat yang sama..( Photography )Cuma yan ni taklah sehebat dia..




Dinding masih kosong..Belum dapat frame yang nak digantung bagi memenuhi dinding

Gambar sedang disusun dalam laptop.Tinggal nak print dan beli frame sahaja..Photo paper pulak tinggal sikit..Baru berhajat nak beli di Carefour..Kak Mazidah dah bagitau kat sana habis..So, guna sahaja apa yang ada..Cuma frame yang masalahnye..Hubby tak larat nak bawa ke IKEA..Kalau bolehlah aku drive sendiri..Nak juga..Tapi jangan dibuat..Tengoklah nanti macam mana..Yang penting cita2 nak wujudkan sudut gambar family yang setelah sekian lama dihajatkan, mestilah terlaksana..Idea..idea...idea..Datanglahhhh...

Macam peliklah pulak..Kena letak petia ais dan mesin basuh kat kiri kanan tu kot..Kih2..

Sunday, September 6, 2009

PERJALANAN JAUH TAPI PUAS...

Plan hari ini nak masak daging masak merah..Pagi2 dah p pasar di Shah Alam untuk membeli daging sambil2 membelek2 barang2 tak penting cuma gatal2 nak beli je..Ingatkan bulan puasa tak buka, tapi bukan main ramainya di Shah Alam pagi tadi..Tak kiralah bulan puasa ke tak..Orang cari rezeki..Tunggu kiamat baru tak berniagalah gamaknya tu ..Hik2..Sedangkan bulan puasa pun ramainya ya amat..Cuba bayangkan betapa ramainya umat manusia yang berpusu2 ke sana bulan tak puasa..Biarlah sesak dan tak de parking macam manapun, tetap meriah..Bukan pe, mungkin segala keperluan boleh diperolehi di sana..Dalam lautan manusia tu, ada jugalah terserempak dengan kak Azah ( sempat bertegur sapa ), kak Nani ( nampak sibuk pilih tikar- untuk rumah baru dan sempena rayalah tu..tapi tak sempat tegur ) Dan jumpa seorang dua kenalan dan bekas anak murid..Kecilnyalah dunia kan??

Selesai membeli bahan untuk dimasak sebagai juadah berbuka petang ni, gatal2 tanganlah juga beli tudung basahan 2 helai, kain pelekat raya untuk abah dan atok, dompet upin&ipin untuk dua2 anak dara tu, comforter 7 in 1 dengan special offer dan hubby beli baju t-shirt basahan di rumah..Hui! bukan sikit2 tu..mahu tak tergoda membeli? Makin banyak gerai dan pilihan dibuka sempena jualan rayalah agaknya..Mengenangkan laluan perjalanan makin sempit deka kerana masing2 membawa berplastik2 dan berbekas barang belian..tak jadilah meneruskan hajat untuk cuci mata lagi..On the way balik, singgah 99 beli pulak susu dak berdua tu untuk stock..Tempuhlah jalan Klang yang semakin biol dengan jalan sehala memanjang tu..Mujur semuanya sekali jalan..Lalu je..singgah..

Balik rumah, tengok2 facebook dan blog kawan2 jap ( cara berehat sekarang berbanding tidur sebagai rutin berehat sebelum ni )..Solat dan bersiap untuk berperang di dapur..Masak daging ni sedap..Tapi nak make sure daging yang dimasak empuk tu yang bercinta..Dapat pulak dekat chef campak2 yang tak sekreatif sifu mazidah..Garu kepalalah juga..Tapi seperti biasa, gaya dan tunjuk terer yang penting..So, hentam sahajalah..Cuma ikut petua kalu rebus daging masukkan daun nangka..Mana nak cari? Emm,,ingat 1 lagi masukkan sekali sudu..ape lagi?? Campaklah..Sambil tunggu daging empuk, sediakan bahan2 menumis..Keletang, keletung..siap..Hari ni kejar masa..Nak p mana?? Adelah..

Hubby tolong mudahkan kerja.. Dia tolong hiriskan nipis2 daging yang dah empuk tu ( agaknyelah )..Tumis bahan dan masukkan daging..Campak2 jer..Lepas tu tinggal..siapa nak tengok2kan..Si yan ni nak p meronda..Siapa lagi kalu bukan hubby..Anak2 pun dah selamat tido setelah lega dan bersih dimandikan..Siap pasang air-cond untuk tidokan dak berdua tu..Sebenarnya nak p ambil kuih dan air nenas untuk dihantar kepada kawan2..Sori ek, tak dapat hantar daging masak merah sebab belum empuk lagi..Jadi hantar sahaja kuih dan air nenas tempah.Zir sori bekas tupperware tak berlauk..Kalau bawak juga, mahu tertanggal gigi si Wazir makan..Seminggu wazir sambung sebab sakit gigi..Sempatlah juga terlajak2 bila leka mencari mana satu rumah Kak Mazidah..Habis bajet dah masa ni..Keluar lepas solat asar ( pukul 5.15 ), balik lepas melalui jalan tak rata dan berlubang di aman perdana, slow sekejap dek kerana lembu yang pandai peraturan jalan raya pulang petang dan follow belakang motor yang tak reti nak ke tepi..Akhirnya pukul 7 sampai rumah dengan usikan suami melalui sms " Berapa lama daaaa "

Setibanya di rumah, nasi sudah ditanak..Cuma sayur sahaja tak sempat dimasak..Ambil aje timun, kupas dan potong untuk dijadikan ulam..Emmm....Anak2 pun dah bangun..Tinggal hubby je yang agak mencuka sikit sebab lama menunggu..Maaf ye sayang..Bukan ke mana, sedikit dikongsi bersama..Agih2kan pemberian daripada kita untuk kawan2..Harap mereka suka.."Jauh perjalanan nak menghantar.".Antara pertanyaan Kak Mazidah tu..Kak Is tak payah katelah..Telefon pun tak berjawab..Dah agak dia tak ada di rumah..Selesai ke rumah wazir, lalu depan rumahnya..Tak ada..Emm..bukan rezeki dia..Last ke rumah kak Su, juga tak ada..Tapi dah bagitahu nak hantar kuih, jadi sangkut je kat grill depan rumahnya..Orangnya ke bazaar ramadhan Rantau Panjang..tak pelah..So, perjalanan jauh namum memberikan kepuasan di hari ke 16 ramadhan..

Saturday, September 5, 2009

CUTI LAGI..

Baru sahaja rasanya menghabiskan 4 hari bersekolah setelah bercuti selama seminggu ditambah satu hari menjadikan 8 hari cuti sempena cuti merdeka yang lalu..Hari ini bercuti lagi hinggalah ke hari isnin sempena Nuzul Quran..Happy memang happy..Siapa yang tak suka bercuti..Inilah peluang untuk merehatkan diri dan menghabiskan masa bersama keluarga lebih2 lagi dalam bulan puasa..Persiapan sahur dan berbuka dapatlah dibuat dengan lebih teratur dan rapi berbanding apabila bekerja dengan nak membahagikan masa antara kerja dan waktu di rumah..Pun begitu, kerja bukan alasan untuk kita tak dapat membuat yang terbaik..Cuma bila bercuti kita agak santai sedikit dan tidak terkejar2..Malahan masa lebih terurus..

Jadi cuti betul2lah bercuti..Bila kerja betul2lah kerja..jangan kerja yang asyik cuti..2 minggu lagi nak bercuti lagi..Semua orang dah berkira2 hari..Malah alunan lagu raya pun dah terpasang di bilik guru SMKSKI bagi menyemarakkan semangat nak berhari raya..Tapi jangan pula raya yang lebih daripada puasa ye..Okkayyy..Selamat menikmati cuti..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, September 4, 2009

MARI BERAMAL..

Siang tadi di sekolah ligat ustazah2 dan ustaz2 mengutip derma bagi memenuhkan tabung untuk diberikan kepada pelajar2 yang kurang berkemampuan atau dengan erti kata lain, pelajar miskin..Tahniah diucapkan kepada panitia Pendidikan Islam SMKSKI kerana telah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik sekali..Untuk yang bernasib baik ( kaya raya ), beringat2lah sedikit pada golongan yang kurang mampu ini..Sebab sedikit daripada harta kita sebenarnya adalah hak mereka..Jadi berikanlah dengan cara yang terbaik..Dengan pemberian kita insyaalah dapat menggembirakan hati2 mereka dan memberikan sinar harapan baru bagi menerangi dunia mereka yang selama ini dilitupi oleh awan kegelapan..Tambahkan pahala dan saham2 akhirat kita disamping mengumpul harta dunia yang sebenarnya untuk tujuan yang sama iaitu sebagai kesenangan kita semuadi hari2 mendatang..



Semoga segala amal kita di ramadhan kali ini diterima oleh-NYA..Amin..Tawaran hebat Allah setahun hanya sekali..Entahkan ramadhan akan datang kita masih berpeluang untuk melaluinya atau tidak..Jadi rebutlah peluang2 yang ada..

Thursday, September 3, 2009

BERTAMBAH AHLI..

Semalam baru dapat berita kelahiran anak buah kami iaitu anak abang long yang ketiga..Alhamdulillah..Akhirnya cute baby girl dah selamat dilahirkan pada 1.9.2009..Tarikh yang cukup cantik dan waktu yang cukup cantik iaitu dalam bulan ramadhan bulan penuh keberkatan...Tahniah buat long sekeluarga..Semoga dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga long, bertambah jugalah rezeki dari Allah..Insyaallah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, September 2, 2009

AFIQ OH AFIQ..

Sayang dan kasihnya guru kepada pelajar sama juga sayang dan kasihnya ibu/bapa kepada anak..Guru ibarat ibu atau bapa di sekolah..Nak perhatikan apa yang tak kena dengan pelajarnya..Nak tengok apa yang tak cukup dan sihatkah mereka...Bukan setakat mencurahkan ilmu, malah memberikan sepenuh perhatian agar murid tidak rasa diabaikan..kisah seorang pelajar yang cukup menyentuh perasaan..meruntun hati sesiapa sahaja yang mendengar ceritanya..To make it short dalam penulisan blog ini, kuranglah sadisnya..Cuma bila si pelajar menangis, cikgu yang agak ciwek no 2 selepas Kak Mazidah ni pun menangislah sama..

Naluri seorang guru bak naluri seorang ibu..Melihat riak wajah anak muridnya sahaja sudah boleh mengagak apa yang terbuku di hati merreka..Itulah kehebatan yang Allah berikan kepada insan bergelar guru..Afiq nama pelajar yang membuka mata aku..Menggerakkan hatiku untuk lagi kenal dan faham apa isi hatinya..Selama mengenalinya, tak pernah sekali pun dia menunjukkan riak dan wajah tidak puas hati sekiranya ditegur..Malah dia lebih dikenali sebagai pelajar yang pemalu dan senang untuk berdiam diri atau tersenyum sekiranya ditegur sekiranya salah atau dimarah..Tapi semalam, afiq bertukar watak..Dari yang pemalu kepada pemarah, dari pendiam lebih kepada bersuara lantang ke arah kurang ajar..Terkejut melihat perubahannya..Hint2 transformation afiq ke arah negatif dah lama aku sedari..malah ada juga guru yang mengiakan bahawa si afiq getting worst dan tak mahu belajar berbanding dulu..

Kenapa? Apa sebabnya afiq bertindak sebegitu sehingga sanggup mengherdik gurunya di hadapan pelajar2 lain?? Tindakan drastiknya yang langsung tak disangka2 ialah dia terus ke pejabat untuk berjumpa pengetua..Tak tahu nak kata apa..Biarlah masa menentukan tindakan seterusnya..1/2 jam sebelum sekolah tamat aku mendapat panggilan daripada pengetua..Pengetua mengarahkan afiq naik ke kelas dan meminta maaf kepada aku..Hati seorang guru, bila pelajar buat salah, minta maaf tentulah dimaafkan..sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula sesama manusia..Belum pun aku bersuara, afiq terus menitiskan air mata..Hilang kejantanannya..Korek2 punya korek..Dari pengamatanku rupa2nya dia mempunyai rasa rendah diri..Dengan penampilan yang agak comot dan tak terurus, melenyapkan segala tanggapan ramai yang afiq budak adalah cerdik..Dengan keputusan PMR 7B,1D sudah menunjukkan pelajar miskin ini mempunyai potensi yang perlu dimonitor agar berjaya..

Dengan berbekalkan rm30 yang pengetua beri untuk afiq membeli kasut baru bagi menggantikan kasut yang memang sangatlah tidak selesa dipakai, aku sebagai guru membawanya membeli keperluan tambahan seperti baju dan seluar sebagai pakaian seragam gantian untuk ke sekolah memandangkan pakaiannya cuma sepasang..Kalau hujan baju dan seluar itu jugalah yang disarung untk ke sekolah..Sepanjang perjalanan air matanya mengalir..Aku terus menerus menasihati afiq dan meminta afiq berjanji untuk belajar bersungguh2 dan jangan rasa rendah diri lagi..afiq bukanlah pelajar yang pandai untuk menunjukkan rasa terima kasih kerana semuanya dipendam malah kegembiraannya juga dipendam..Hanya sinar di matanya menampakkan dia kembali yakin dan ceria seperti dulu..

Hari ini, tak sabar untuk ke sekolah..nak tengok afiq dengan kasut dan pakaian baru..Alhamdulillah..Afiq cukup kemas dan bergaya..Sempat juga semalam carikan baju t pagoda 2 pasang untuk menggantikan baju t berwarna kelabu yang afiq pakai di bahagian dalam seragam sekolahnya setiap hari..Ingat pesanan pengetua dan pn.ros, tengok2kan afiq..Insyaallah saya bantu mana yang perlu..Target nak cari sponsor untuk belikan afiq basikal untuk memudahkannya ke sekolah..Memandangkan 8 beradik dengan hanya bergantung kepada pendapatan ayah yang bekerja di kilang cat, mana mungkin afiq bersuara untuk meminta dibelikan basikal daripada ayahnya..( he2..ada yang nak menambah dan menyumbang sikit?? )Biar selesa sedikit berbanding sekarang yang berjalan kaki dari taman seri sementa ke sekolah..Berpanas dan berhujan..namun dia tetap gagah untuk hadir..Bukan nak beri kemewahan tapi sebagai suntikan semangat kepada afiq..Kuatkan semangat afiq..Cikgu doakan afiq berjaya..yang penting jangan tinggal solat dan jangan berhenti berdoa serta meminta daripada Allah..

Psssttt: Terima kasih juga kepada Kak Bib kerana turut menyumbang kasut dan sepasang seragam sekolah lengkap..Walupun bukan untuk afiq sebab tak muat, tapi mungkin berguna kepada adik2 afiq..