Genaplah sudah usia Ika permata hati ibu hari ini yang ke 5 tahun..terjawablah sudah kenapa ika dah tinggi, kenapa ika dah pandai baca, kenapa ika pandai lukis, kenapa itu dan kenapa ini..Anak ibu dah semakin meningkat dewasa hari ini..Ibu doakan ika sihat selalu, jadi anak yang solehah..Yang sentiasa menyenangkan hati ibu dan papa, taat pada agama dan berjaya dunia dan akhirat...Emm.semalam dah cakap dengan ika, pas ni keluar kena pakai tudung sebab ika dah besar.Tanpa banyak soal, dia menjawab ya..Itulah ika..
Adik..tiru macam kakak..' Bisik ika dalam hati'..
Inilah hadiah2 ika..ika seronok sangat..
Sambutan hari jadi tak delah se'grand' mana..Hadiah dibeli ikut kemahuan dan kesukaan dia.Tak lain buku, alat tulis dan warna..Bukan main seronok dia..Papanya dah janji nak belikan warna pensel baru sebab warna penselnya yang lama dah lunyai dek kerana rajin diguna..Tergambar keceriaan di wajahnya..Tak dapat cari di Klang Parade berpindah pulak ke The Store..Penat berjalan macam mana pun dia ikut je..Tak banyak bunyi..Semua kerana warna dia tu..Dan nenek juga acu ika awal2 lagi dah hadiahkan subang emas yang kiut sesuai dengan dia..Pandai acunye pilih..Terima kasih acu..Tahun depan hadiahkanlah gelang emas pulak..He2..
Tajaan kek dari secret recepi..Tapi tak beli whole cake..Insyaallah kalau ada rezeki lebih bolehla ibu beli banyak sikit..Boleh kongsi dengan kawan2 skali..Malam kami bawa ika keluar makan..Tapi bukanlah di restoran terapung macam kak Mazidah dan hubby..Restoran tomyam dekat2 sini je sebab dah malam.Tak leh jauh2..Nanti lewat balik..Lain kali ibu bawak pergi makan sirip yu macam Cik Mazidah ok..Besday papa ke..Ibu ke..( Papa kena belanjalah gamaknye)He2...
Apa pun ibu akan berikan yang terbaik untuk anak2 ibu dan keluarga kita..Yang pastinya Ibu bahagia dikurniakan Allah anak seperti ika..Dengan harapan ika boleh mengajar dan mendidik adik dengan cara ika sendiri dan menjadi contoh terbaik untuk adi2 nanti..ADIK2???He..macam ramai je tu..Tungguuuu..
Apa pun ibu akan berikan yang terbaik untuk anak2 ibu dan keluarga kita..Yang pastinya Ibu bahagia dikurniakan Allah anak seperti ika..Dengan harapan ika boleh mengajar dan mendidik adik dengan cara ika sendiri dan menjadi contoh terbaik untuk adi2 nanti..ADIK2???He..macam ramai je tu..Tungguuuu..
No comments:
Post a Comment