Sunday, September 5, 2010

BARU ADA MASA..

Punyalah lama meninggalkan penulisan blog..Buka internet dan layan fb pun dah kurang..Bukan tak ada masa..Ada tapi buka layari internet ikut keperluan sahaja..Bulan puasa pun dah sampai ke penghujungnya..Tinggal seminggu sahaja nak berpuasa..Macam ada tanda2 puasa penuh tahun ni je..Syukur alhamdulillah kalu betul..

Masa yang ada banyak diisi dengan melayan karenah anak2 yang semakin membesar..Penat dan tak larat..Lagi, dah belajar2 buat kek dan kuih raya..Tu yang ada masa je buat kek..Anak2 suka makan.So, buatlah daripada beli..2,3 jenis kuih raya hentam sajalah pun dah dicuba..Rasanya?? Wallahua'lam..Kepada yang nak rasa, datanglah rumah..Jangan tergelak sudah..Bukan je rasanya, tengok rupa kuih2 tu je dah tergelak..Kejap kecil, kejap besar...Maklumlah banyak tangan yang tolong..Terer plak tu..

Sepanjang puasa, setiap Jumaat kami rakan2 akan berbuka di rumah kawan..Macam baraan plak..Mula2 rumah sifu- kak mazidah, lepas tu rumah nazer, diikuti rumah Mirul dan akhir sekali semalam rumah saya..Menu???Macam2..Sampai rumah saya..mmmm..buntu dah nak masak apa..Dahlah masak pun belasah je..Tapi yang syukurnya En.Hubby sangat membantu..Dari teman beli barang sampailah ke penyediaan..Mencuci, menggoreng, mengemas..Tak perlu disuruh2..Laju je buat bekerja...Bertuah bersuamikan Muhamad Arif..Kalau hubby tak de,mmmm..kes naya..Kawan2 pun ramai yang datang..Tapi rasa masakan??Sorrylah tak sesedap kedai makan..hehe

Minggu depan nak balik kampung dah...Yey..Tahun ni turn raya di Pahang..Ahan ( raya ke3 ) baru balik Selangor..Dikesempatan yang ada kami sekeluarga mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya dan Maaf dipinta...Jumpa lagi..