Friday, May 22, 2009

BILA SAKIT DATANG MENJENGAH..

Ada yang berkata, Ingat lima perkara sebelum lima perkara..Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati..Kita sentiasa diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal terjadi..Berkerjalah sehabis daya seolah2 kita akan hidup untuk seribu tahun lagi..Beribadatlah sebanyak mungkin seolah2 esok kita akan mati..semalam alya dah sihat daripada demam tiba2..Hari ini...

Sebelum pergi ke sekolah ika mengadu sakit kepala..ingatkan sakit kepala yang biasa2 je..So, si ibu ni teruskan juga hasrat untuk ke sekolah. Lagipun hari ini hari terakhir sekolah..Sebaik sahaja masuk ke kelas 5P4 untuk memulakan paper, papa call mengatakan ika mengadu sakit kepala sangat..Tak boleh bangun..tapi mulutnya menyebut nak pergi sekolah juga..mujur semalam adalah last day exam di PASTInya..So, terus inform cikgu ika yang dia tak ke sekolah hari ni..Apa lagi..tak leh dok diamlah aku..Risau sepanjang masa..Kesian dia..Semalam elok je main dengan girang..Hari ni terus demam..Muntah2 lagi tu..Setibanya di rumah tengok keadaan ika..Cukup menyedihkan..Nak buka mata pun tak larat..Tak tunggu lama..terus bawa ika ke klinik buat check-up dan ambil ubat..alhamdulillah on the way balik dari klinik ika tidur sampailah dipindahkan masuk ke dalam rumah..lepas bangun, ika dah mampu tersenyum..LEGA..Dengan pertanyaan Si Teja dah LEGA juga ke???
Ika gagahkan diri untuk buat check-up kat klinik walaupun tak larat..Semangatnya kuat.
Sakit kepalanya masih belum reda..Ada tinggal saki baki..sian ika..

Apabila kita sakit, badan dan minda kita juga turut lemah..Tapi semangat untuk sihat kuat..Kuat untuk meneruskan kehidupan kerana perjalanan kita masih panjang..Masih banyak yang kita harus tempuhi sama ada yang manis atau yang pahit..Kerana kehidupan kita ini penuh dengan palitan warna yang berwarna warni..Jadi rugilah kita kalau terlepas peluang untuk menikmatinya kerana hidup cuma sekali..Hiasilah ia dengan perkara2 kebaikan, sulamlah ia dengan benang2 kemanfaatan dan bajailah ia supaya tumbuhnya bunga2 yang mengharumkan lagi menceriakan..

P/S : Sempat menjeguk salmah dan baby boynya..Hafi nama diberi..Comel secomel kakaknya Si Husna..Terasa makin tua walaupun sebenarnya tak nak mengaku..He2..Jauh benar beza yang berumur ni dengan si bayi..

No comments:

Post a Comment