Friday, May 1, 2009

HARI KU INDAH..


Ada gayalah..Leh amik tender deko umah orang..

Banyak tenaga dan komitmen diperlukan hari ini..Esok bermulanya detik indah buat adik bongsuku Siti Aslinda kerana esok adalah hari pertunangannya dengan jejaka pilihan hati Si Konojo (Hadi)..Tak jauh..orang Meru jer..Dah lama membuat persiapan menggubah hantaran, men'decorate', menonjolkan kreativiti dan macam2 lagi..Tak de orang lainlah nak tolong Adik..Kakak dia yang ni gak..Mana nak buat preparation Minggu Seni, gubahan hantaran dia, layan Si Kenits dua orang tu..Kalaulah badan aku ni boleh di bahagi 10 bahagian, akan aku agih2kan sama rata.. Dulu masa hari bahagia aku bersama Muhamad Arif (hubby tercinta) iaitu pada 21 Disember 2002, Adik2 dah banyak membantu dan berkorban tenaga tanpa banyak bicara. Kini giliranku pula untuk menyumbangkan tenaga, masa dan wang ringgit untuk Adik2ku..Adik beradik pun bukanlah ramai..4 Orang jer..Nak tak nak kami berempat kena 'BERTUKAR'...jadi kuasa 4..Berganda2lah usaha..Tak kisahlah..untuk adik beradik..untuk rakan2 pun sanggup inikan pula darah daging sendiri.

Amacam...cantik tak???Em..O.K lah tu....
Daripada kerja menggubah, menghias bilik hinggalah tolong mak ngemas rumah..Semuanya pandai2 sendiri..Nak tunggu Deco Bersama Eric tak mungkin..Tunggu Deco bersama Wazir petah lagi..Dia dengan isteri juga Kak Mazidah dan family sedang berseronok release tensen kat Melaka..Seronoknye..Jadi tak ada orang lainlah yang nak membantu..Kenalah kerjasama bersama hubbylah pe lagi..Dialah yang pasang2 railing dan memvacuum lantai bilik bakal pengantin sebelum pergi solat Jumaat tadi..Terima Kasih SAYANG..anak2 pulak pandai bawak diri..Rumah nenek dia..Lagipun ramai cucu sedara mak datang..dapat genglah Si Kenits berdua tu..Langsung tak pandang sebelah mata Si Ibu..Tak pe..take your time..Selalu kena kurung, baca buku, tengok TV..Ni dapat jumpe rakan sebaya tak lepaslah peluang keemasan yang diberi..Si Kakak tak habis2 bertanya..' Ibu, bila Acu nak Kawin..' Dia ingat Acunye nak kawin..Walhal bertunang dulu..Terang sampai habis air liur pun Ika tak faham2..Dengan ringkas aku menjawab..' Kita tunggu esok k..' Ika pun tak lepaskan peluang untuk membantu..Membantu mengharu birukan suasana masa Ibunye sibuk pasang langsir..Habis cangkuk dipasang kat langsir Acunye tonggang terbalik..Suka hati Ikalah..Janji Ika bahagia..Pe pun kawan2..agak2 lapo nak makan tengahari, anda semua dijemput datang meramaikan majlis pertunangan adik yan sok ye..Silalah..
lompat kakak lompat..

Emm.. adik pun pandai lompat jugak..

Seronoknye dapat main..
Klik..Klik..Klik..Tak habis2 camerawomen ni men'snap' gambar..Pantang nampak objek yang menarik hati..Bergerak..tak bergerak..Di tekan je pe yang dapat..Yang candid de, muka tak mandi de..yang sedang melompat2 keriangan pun de..Terasa indahya dunia..Dalam penat2 pun aku puas kerana dapat menyelesaikan kerja yang dipertanggungjawabkan..Yang paling seronok dapat lihat gelagat anak2 bermain keriangan..'Ibu..adik main pasir'..Jerit Ika me'report' pada Ibunya..Itulah kerja dia..asal adiknya amik batu, main pasir, duduk atas tanah atau pe2 je yang agak2 leh mendatangkan marah Ibunya..Dia akan report..Nak marah sendiri dia tak pandai..Diserahkan bulat2 sahaja kepada ibunya..Tapi hari ini Ibunya tak macam selalu..Mesti marah kalu tahu diorang berdua bermain kotor..Dengan tenang aku menjawab..' Tak pe..biarkan..' Apa lagi.. Si Kakak pun join samalah..Dah lama rasanya tak bersama anak2 di luar rumah sambil perhati keindahan..(Macamlah lama sangat..padahal 2 minggu lepas je..Masa cbuk buat preparation Minggu Seni & Geo..He2..).. Malam ini tugas akan diteruskan..Hubby dah pergi rumah mak dulu..Tugas menggoreng ayam lak..Abang..I'm coming..Emm.. Kul brapelah gak2nye tido malam ni..Tak pe..bukan aku yang nak bertunang..Tukang snap gambo jer..Muka aku kalu tak lawa dek kerana tak cukup tido tak pe..Tak masuk dalam kamera..(sedih gak sebenornye..ishk2..sob2..sroot2..) Pe pun semoga esok sumenye berjalan dengan lancar..Insyallah..

No comments:

Post a Comment