Alya diusia satu bulan yang makin menampakkan perbezaan..
Kelahirannya pada tanggal 11 julai 2007 menambah lagi keceriaan dan kegembiraan yang telah sedia ada dalam keluarga kami..Turun tanda bersalin pun di sekolah..Mujur tak diberi nama Siti Seni bak kata uncle wazirnya..Sebab masa tu memang tengah berjalannya minggu seni dan kebetulan sedang elok selepas perasmian pameran yang diadakan di Bilik seni tingkat 4..terus rasa nak bersalin..Memang puas aku memanjat tangga untuk ke bilik seni hari2..Dan orang kata kalau banyak berjalan..mudah bersalin ..Ye ke??Yang pastinya dalam kandungan lagi alya dah mendengar kata..Diminta bersabar..jangan keluar dulu sebelum perasmian minggu seni dan pameran..Dia menurut kata..Ntahlah..tapi yang pastinya pengalaman melahirkan sangat luarbiasa..Antara anak pertama dan kedua berbeza..
Anak papa..
Anak papa..
Alya lebih kepada iras2 papanya..Malah perwatakan dan perangai pun menyerupai papa dia..Malah alya lebih manja dan banyak menghabiskan masa dengan papa..Alhamdulillah..Kalau dulu Si Ika tak nak lekat dengan papanya..Walaupun papanya nak dokong, di banyak menolak dengan tangisan atau jeritan..Berlainan pula dengan alya..sikit2 papa..Celik je nak papa..Nak naik motor dengan papa..itu papa..ini papa..Serba serbinya papa..Si papa pula rajin melayan..Tak kira anak lelaki atau perempuan..Papa tak pernah pertikaikan walaupun hatinya teringin menimang zuriat lelaki..Belum rezeki katanya..Cuba lagi...
Kecil2 dah pandai bergaya..Alya punyai gaya tersendiri..Lasak dan berdikari..Berani mencuba dan peramah..Mudah tersenyum dan menyapa sesiapa sahaja yang ditemui lebih2 lagi bayi atau kanak2 seusianya..Mungkin kerana anak kedua lebih banyak dibiarkan sendiri daripada didokong2 sepanjang masa..Oleh kerana itu jugalah dia banyak mempelajari sesuatu walaupun tidak diajar..Lebih banyak melihat gelagat dan perbuatan kakak atau orang yang berada di sekelilingnya..Alya minat juga dengan buku dan pensel seperti kakaknya..Dan perkara paling istimewa pada alya ialah dia sudah pandai berjinak2 dengan komputer..'Ibu nak kis..nak kis..' itulah yang terkeluar dari mulutnya bila melihat ibu atau papanya menghadap komputer..Walaupun dengan tutur kata yang agak pelat namun kami tetap faham apa yang cuba disampaikannya..
Apa pun Kakaklah yang paling rapat dengan alya..Apa sahaja yang terkeluar dari mulut alya..pasti ada kaitan dengan kakaknya.. asal dengar bunyi motor atoknya balik dari menjemput kakaknya pulang sekolah, pasti dia yang pertama mendapatkan kakaknya..Si kakak pula pandai menyapa seolah2 adiknya dah ditinggalkan berhari2 lamanya..Dicium, mintak peluk, disalam tanda melepaskan kerinduan dan gembira saling bertemu..Itulah gelagat anak2ku..Ibu bahagia melihat anda berdua saling sayang dan menghargai antara satu sama lain..Kalaulah setiap manusia dewasa boleh berbuat seperti kalian..Alangkah aman dan bahagianya dunia..
Ibu dan papa bangga dan gembira mempunyai anak seperti Alya..Mencuit hati dan menghibur kami..Kaulah buah hati kami..Jadilah anak yang solehah dan berjaya dunia daan akhirat..Amin..
No comments:
Post a Comment