Sunday, May 10, 2009

KASIHNYA BONDA MEMBAWA KE SYURGA

Bertuah mempunyai emak..Emak yang mengandung, melahirkan dan membesarkan aku hingga dewasa. Mendidik aku menjadi insan sempurna tanpa mengenal penat dan jemu..Itulah Bondaku..Ruhayah Bte Rahmad..Aku bukanlah berasal dari keluarga yang berada. Abah terpaksa bekerja jauh maka maklah yang banyak memenuhi keperluan dan kehendak kami dengan berbekalkan wang yang abah kirimkan..Itulah pengorbanan mak..Tak pernah merungut atau berputus asa biarpun abah tak selalu berada di sisi..
Wajahmu sedingin salju..Hatimu setulus katamu..SAYANG....MAK..

Pernah juga ketika aku hendak ke sekolah, ku berkata pada mak ' mak nak duit belanja'..Sayu nak mak katakan yang duit tak ada..tanpa menunggu lebih lama, terus mak ambil penyapu lidi yang dah mak raut untuk dijual kepada makcik yang rumahnya terletak tak berapa jauh daripada rumahku dengan harapan dia akan membelinya..namun hampa..Mak kata ' tak pe, pergi sekolah dulu, nanti mak hantarkan duit belanja'..Aku tak nak buat mak lebih sedih..'tak pelah mak' aku berkata padanya..Tapi..hingga ke petang, tak juga mak datang..Banyak lagi kisah duka yang kiranya aku singkap semula bakal mendatangkan kesedihan dan meruntun hatiku..Namun Itulah antara penyebabnya yang menjadikan aku ingin belajar bersungguh2 dan mengubah hidupku dan keluarga..

Usaha tangga kejayaan..Berkat doa dan restu dari Mak dan abah..aku berjaya melayakkan diriku masuk ke universiti dan membuktikan pada mak dan abah, anakmu dah berjaya..Malah kini aku sudah punyai kerjaya yang mampu memberikan kesenangan padaku sekeluarga juga dapat menghulurkan sedikit sumbangan ikhlasku untuk mak dan abah..Pun begitu pemberianku tak seberapa jika nak dibandingkan pengorbanan dan pemberian mak padaku..Harta segunung, emas selautan pun belum dapat membalas jasanya..Hanya Allah dapat membalasnya..

Mampukah aku menjadi ibu terbaik kapada anak2ku sepertimu..Yakin boleh..Insyaallah..
Dan Kini aku sendiri telah menjadi ibu kepada dua cahaya mata..Penat ketika mengandung, kesakitan semasa melahirkan dan pengorbanan ketika membesarkan benar-benar membuka mataku dengan lebih besar untuk lagi mengiakan betapa banyaknya pengorbanan seorang Ibu..Menjaga amanah Allah sebaik-baiknya dan memastikan semuanya cukup disamping membantu suami menjadikan hidup lebih selesa..Mak..Yanti SAYANG mak..Maklah Yang TERBAIK..Tiada 2 atau 3..HANYALAH MAK SEORANG..Ya ALLAH ya Tuhanku..rahmati dan lindungilah MAKKU..Bahagiakanlah hidupnya dunia dan akhirat..

Ibu..Ibu...
Engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka..
Engkau hiburkan selalu..

Ibu..Ibu..
Engkaulah ratu hatiku..

Dedikasi buat Mak tersayang..Ruhayah Bt Rahmad..

No comments:

Post a Comment