Thursday, May 27, 2010

YEY CUTI....

Seronok tak leh nak kata..Walaupun cutinya pendek..Hanya 3 hari..yang pasti dapat berehat 1 hari xtra.Dapatlah luangkan masa bersama suami dan anak2..Alhamdulillah diberi kesempatan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan..

Tak rancang nak ke mana2 cuti sempena wesak day ni, yang tersemat di minda, nak manfaatkan cuti ni bersama anak2 yang agak kurang kasih sayang sebab ibunya bizi jugaklah kerja..Hari2 balik lambat...Mana aktiviti yang terdetik nak dibuat esok atau lusa..Onn je kalau tak de halangan...Yang pastinya nak masak lauk kegemaran kakak ( ayam masak merah ) esok dan masak nasi lemak buat julung2 kalinya untuk suami ( percubaan pertama ) hari sabtu nanti..Insyaallah..Untuk adik, ibu sedia menjadi bantal peluk adik cuti ni..

Oleh kerana dah set mood cuti punya pasallah kertas peperiksaan budak2 kat sekolah tak dibawa balik..Sebab sedia maklum buat berat je..Bukan dijenguk pun nanti..Balik rumah pun awal daripada biasa..Nak cuba balik on time kalau tak de apa2 di sekolah..Cukup2lah balik lewat sebelum2 ni..

Okkay selamat bercuti..Cuti sekolah 2 minggu nanti lagi masyuk..nak balik kampung..Yey...

Thursday, May 13, 2010

ANAK IBU DAH 6 TAHUN..

*bESdaY gIrL*
Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 6 tahun Nur Amira Zulaikha..Anak ibu, semoga menjadi anak yang solelah, sentiasa membanggakan kami dan cemerlang akhlak dunia dan akhirat..Hasrat kakak nak kek barbie doll as her birthday cake dapat ditunaikan walaupun keknya kecil..Al-maklumlah last minute cari kek..





Kek sponsor by nenek..Seminggu lebih awal nenek dah beri duit pada ika untuk beli kek..



Sambutan pertama dibuat di rumah bersama papa, ibu, adik, nenek, atok dan Mak Long..Pak Lang yang turut diraikan kerana besdaynya awal 3 hari daripada ika tak dapat nak join sebab ke Pera.." Out station "..Acu pulak belum balik dari kerja..Papa dah amik cuti untuk raikan besday anak kesayangannya..Pergi beli KFC seperti yang diminta sejurus selepas balik ke rumah dari sekolah dan amik kek tadi..



Insyaallah Esok malam ika akan sambut 2nd besday dengan nenek dan embahnya yang akan datang ke Selangor dari kampung..Pe pun we had a fun time together..Time2 macam nilah nak berkumpul dengan mak abah makan ramai2 selain daripada makan besar hujung tahun sempena bonus hehee..Rezeki dikongsi bersama..


------We are Happy Family------







Pe pun istimewa buat anak ibu, ibu, papa dan adik sayang kakak..Ibu doakan kakak yang terbaik dan belajar bersungguh2..Tahun depan dah darjah 1..Tak de tido peluk2 ibu dah tau..Kena belajar tido sendiri..Ne tahu ada rezeki, kakak kena tolong jaga adik2..hehhee..Semoga menjadi anak yang baik dan kakak contoh untuk adik2 dimasa akan datang....Insyallah..


One of the gift for ika from acu..tq2..Ika fancy sangat dengan warna pink and barbie pic..