Tuesday, May 5, 2009

PERJALANAN 2009 YANG MASIH PANJANG..

Minda terasa lapang, fikiran semakin tenang, cuma penat yang masih belum hilang..Dari satu peristiwa ke satu peristiwa berlaku bagi melengkapkan perjalanan hidupku pada tahun 2009 ini. Dan perjalanan masih panjang..Banyak yang perlu ditempuhi sama ada perkara rutin atau perkara baru dalam hidupku..Selesai Minggu Panitia adalah satu perkara yang paling melegakan rasanya..Macam batu besar yang duduk dalam kepala keluar begitu sahaja..Lega tak boleh nak kata..Tak percaya tanya ketua2 panitia dan ahli2nya..Yang merancang bukan main nak pecah kepala memikirkannya..Bila tiba saat dan waktu perlaksanaanya, kelam kabut, jalan macam tak cukup tanah juga tak cukup masa ahli panitia dibuatnya..Rasa macam nak minta 25jam satu hari lebih daripada manusia biasa..He2..boleh ke? Buat magic pun belum tentu jadi..Mau terbalik dunia ni nanti..Apa pun, masa yang Allah beri pada setiap manusia (24jam) sudah cukup dan memadai untuk kita manfaatkan sebaik2nya..Kerana masa tak akan berhenti atau menunggu kita. Apatah lagi berundur untuk kita memperbetulkan kesilapan yang berlaku..

Banyak perkara berlaku daripada Januari hingga awal Mei lepas..Majlis pertunangan Adik Bongsuku yang telah memerah tenaga kami sekeluarga untuk menjayakannya..Tapi pengalaman meng'handle' situasi kesibukan dan banyak kerja di sekolah telah menjadikan aku biasa dan 'imune' dengan suasana havoc dan adakalanya kelam kabut..Pun begitu semuanya 'under control'..Cuma kami perlu bersedia untuk kesibukan yang sama bakal melanda kami sekeluarga tapi tak tahu bila masa dan tarikhnya..(Along aku)..Tapi apa yang penting kami dah cukup bersedia kerana kami percaya kerjasama yang erat antara ahli keluarga bakal memudahkan segala kerja..Dalam masa tidak kurang 8 hari lagi usia Si Kenits Ika akan meningkat ke satu tahun lagi yang akan menjadikan dia bertambah matang, pandai membaca, mengaji, mengira dan sebagainya...dan yang paling penting kurangkan sedikit nangisnya..(Ciwek sangat).He2..Anak siapa?? Sebiji ikut perangai ibunya..Hadiah tadi dah pegi beli..Ikut minat dan kesukaan dia..Buku..Tak buku membaca, colouring book..Itulah dia Si Ika..Perancangan awal biar tak kelam kabut..Bila tiba harinya nanti tinggal beli apa yang sepatutnya ada untuk majlis Hari Jadi..Nak import party planner (uncle wazir), tak mampu pulak nak bayar kang..Jadi temanya hentam sajalah..Janji jadi..Ada kek dan cikedis pun jadilah..Pas tu besday Alya dan juga Abang..Tunggu je..
Si Kakak menghitung hari bila nak sampai tarikh hari jadinya tahun ini..
Minatnya terhadap buku dan melukis tak dapat disangkal lagi..semoga anak ibu menjadi seorang yang hebat dan membanggakan ibu satu hari nanti...
Che Ana..Semoga aku dapat jadi sehebat kau...Amin..
Buat masa terdekat ini juga tugas editor dah sedia menanti untuk dijalankan seperti yang telah diamanahkan oleh pengetua setelah ianya bertukar tangan dek kerana Sifu dan 'leader'nya pergi meninggalkan SMKSKI untuk mencuba tugas baru di Kementerian (Putrajaya)- Che Ana..Jadi kepada tangan yang menyambutnya ni..kenalah set in mind..'Aku Boleh, Aku Mampu Melakukannya' Mujur ada rakan hebat umpama tangan kanan dan kiriku Si Teja dan Si Jebat yang meng'offer'kan diri untuk membantu..Aku bak kanak2 yang baru nak belajar berjalan ni..sambut sahaja tangan mereka dengan hati yang terbuka untuk memimpin dan mengajar aku berjalan dengan cara dan gaya yang betul..Biar jalan sehebat dan secantik model di pentas peragaan (Cat Walk)..He2..Thanks to both of you..Nanti kita pergi makan sate kajang seperti yang dijanjikan..Bila..kat mana..biar masa yang menentukan..Yang pastinya tahun ni juga dan mesti sate cap kajang..

Perjalanan 2009 masih panjang..Berdoa sahajalah semuanya berjalan seperti yang dirancang dan tahun ini menjadi tahun terbaik daripada tahun2 sebelumnya..Tapi petanda baik sudah nampak di depan mata..ALLAH kurniakan aku nikmat kesihatan yang memudahkan segala urusan tugas dan kerja2ku tidak kira di alam rumahtangga atau di alam persekolahan (kerja)..Syukur alhamdulillah..Aku juga punyai Keluarga yang semakin memahami tugasku sebagai guru yang penuh dengan cabaran..Terima Kasih Abang dan Anak2 juga Mak dan Abah serta adik beradik yang banyak membantu dan memudahkan lagi urusan seharian..Dan..Aku juga punyai 3 sahabat baik yang setia dan banyak membantu memberikan sokongan moral dan bantuan tenaga..Kalau bateri aku kosong..Merekalah yang tolong 'top up' dan charge semula supaya aku kembali bertenaga untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai...Thanks to Kak Mazidah, Wazir dan Kak Su..Anda2 semua memang istimewa..SAYANG SEMUA..Permulaan yang baik pasti berakhir dengan baik juga ..Insyaallah..Dan untuk tugas2, peristiwa sepanjang 2009..tunggu datang..Aku perlu bersedia untuk menempuhi hari2 mendatang..

Insan2 kecil yang sentiasa menghiburkan aku dikala sepi dan kesedihan..

Si Adik yang bakal mengikuti jejak kakaknya kerana meniru apa sahaja perlakuan malah minat kakaknya..

No comments:

Post a Comment