Sunday, January 31, 2010

REZEKI KAMI..

Alhamdulillah..Syukur atas rezeki yang telah diberikan..Hubby dapat bonus..Anak2 dapat habuan masing2..Rezeki dikongsi bersama..Bak kata suami, dah ada bonus tu habiskan..Simpan pun sikit2 je..Untuk Zulaikha, Semalam papa mengotakan janji pada ika untuk membelikannya basikal baru yang lebih besar..Maklumlah anak ibukan dah besar..Jadi semuanya pun turus membesar bersama..Belanja pun jadilah besar..Bukan main seronok ika dapat basikal baru..Dek kerana besar banyak daripada basikal yang dihadiahkan masa umurnya 3 tahun dulu, ika tak mampu naik basikal tu sendiri..Walhal dah pandai naik basikal pun..Kenalah bantu..Tolong pegang..mana nak larat..So, basikal tu doklah dalam umah dulu..Ika kena makan roti sapu planta biar cepat tinggi dari hari ke hari..Biar dapat naik basikal tu sendiri..

Untuk alya pula?? Dapat apa??Kui3..Dapat roda sahaja..Untuk dipasangkan pada basikal lama kakaknya..Nak belikan basikal baru juga, membazirlah pulak..Basikal ika yang lama tu pun masih elok..Jadi buat sementara sebelum alya pandai minta yang besar macam kakaknya, alya naik dulu basikal beroda 4..Macam mana pun papa dah janji nak belikan something untuk alya juga..Biar sama rasa dan adil..Mujur alya pun tak banyak kata..Nak juga dia basikal baru di kedai basikal semalam..Bila ibunya kata semua basikal tu dah ada yang punya..Tak banyak bicara..Alya mengiakan sahaja..Masa nilah nak tipu sunat..he3..Seronok tak ingat si alya naik basikal lama tapi baru baginya tu..Asyik berbasikal sahaja dalam rumah..Yang tengok ni dah penat..Yang naik tu yang tak penat2..Penatnya dibawa masa tidur..Mengamuk2 dan mengigau2 sebut basikal2..Pagi ni pun celik sahaja mata terus naik basikal..Bukan minta susu seperti kebiasaan..Tengah kemaruk..

Untuk buah hati kesayangannya ni..Mmmm...hubby dah tanya nak apa?? Tak tahu nak minta apa..Kan seronok kalu ada keinginan atau ngidamkan sesuatu..Ni tak..Puaslah fikir..Ada juga terfikir nak minta something.Tapi mahal kot..So, malaslah nak minta..Kesian suami..So, apa yang hubby nak bagi, si isteri ni ambil..Tapi kalau dapat belikan kamera kan ke best..Lagi2 SLR..huh..boleh terbang ke bandung macam suami kak Mazidah..hehehe..Minat..Tapi nampaknya macam nak dibelikan TV baru je..maklumlah banyak habiskan masa dalam bilik..Tidurkan anak, temankan anak main dalam bilik..malah kadang2 makan pun dalam bilik..He3..Lagi2 kalau hubby kerja malam..Lepas hubby pergi kerja je, terus lepak kat bilik..Tengoklah apa yang nak diberi..Orang dah ikhlas nak beri, kita ikhlas juga menerimanya..

Pe pun rezeki kalau dikongsi bersama insyaallah berkat..Harap2 tahun depan kalau ada bonus lagi, bolehlah bawa kami melancong ke Sabah..Teringin sangat..K lah..tinggal dulu..Hubby dah balik..Hubby ajak p beli tv baru letak dalam bilik..Senang bila hubby kerja malam, kami lepak dalam bilik sahaja....yey..

Monday, January 25, 2010

SEBULAN SUDAH...

Lama sungguh tak mencoret dan membuat catatan di blog ni..Bukan lupa, jauh sekali nak meninggalkannya..Setiap hari membuka blog untuk membaca catatan rakan2 bloger yg lain..Cuma kesempatan untuk berada lebih lama untuk berkongsi cerita sepanjang 1 bulan di tahun 2010 ini sahaja kurang ada..hehehe..Allasssan..Layari FB hari2 adalah pulak..( Tu kejap2 je )...

Sebulan sudah berada di tahun 2010..Perjalanan kerja di sekolah, alhamdulillah berjalan seperti tahun2 sudah..Lancar dan menyeronokkan..Maklumlah berjumpa kawan2 dan anak murid..Dapat pula pengalaman baru iaitu mengajar Tingkatan Enam untuk subjek Seni Visual..Benda lama tapi baru...Yang lamanya sebab masih dalam subjek yang sama..Cuma kali ini kena mengajar pelajar dewasa ( Pra-U )..Jadi pengalaman yang berbeza..Biarpun kurang bersedia, namun dengan bantuan rakan2 tak kira sokongan ataupun berkongsi idea membuatkan sedikit demi sedikit semangat nak mengajar tu ada..

Bercerita tentang kehidupan di rumah bersama suami dan anak2 tersayang, alhamdulillah life is getting much better year a year..Ika dah bersekolah di Smart Reader Kid's di Mutiara Bukit Raja..Walaupun agak jauh, tapi semuanya jadi mudah dengan bantuan dari acu ika yang dalam satu perjalanan pergi ke tempat kerjanya..Jadi pukul 7.30 pagi ika dah bersiap2 untuk ke sekolah..Tumpang acunya..Balik pula seperti biasa atok ika akan jemput..Naik motor bertopi keledar..Hehehe..Balik merempitlah dengan atoknya..Manalah nak atok naik kereta walaupun minyak kereta waja dah diisi untuk memudahkan atok menjemput ika..Jalan jam katanya..Ikutlah..kalau papa cuti, papa akan hantar dan jemput ika..Naik apa?? Merempitlah juga..

Dalam pada kakaknya sibuk bersekolah, si Alya pun tak ketinggalan..Sibuk juga alya nak ke sekolah..Tak habis2 kata nak ke smart reader kid's juga..malah masa mula2 kakaknya dapat uniform, kasut,stokin dan beg, alya pun nak uniform yang sama..Mujur ika tak kedekut dan faham situasi adiknya..Dibagilah pinjam sekejap untuk adiknya pakai..tapi si Ibu ni pula yang sorokkan sebelum alya kata uniform tu jadi milik kekalnya..Kes Naya..Macam mana pun alya akan bersekolah pada umur 5 tahun di PASTI..Pendidikan awal yang terbaik untuk kanak2..Lagi pun, uniform kakaknya 4 pasang termasuk uniform sukan masih elok dan cantik..Jimaaat... Tinggal beli sepasang lagi, cukup pakaian untuk seminggu..hehehe..Baik punya planning..

Jadual kerja hubby pun dah berubah..Kalau dulu masuk pukul 7 pagi, balik 7 malam atau masuk 7 malam balik 7 pagi..Sekarang dah tukar timing..Masuk pukul 8 balik 8..Kena pulak dijadualkan cover kekurangan seorang pekerja di depatmentnya, kerja over timelah..Kami nilah kena tinggal selalu..tak pe, cari duit lebih..Perbelanjaan makin bertambah, tahun depan pulak ika nak bersekolah..Mesti banyak nak pakai rm..

As 4 me..Sekarang follow the flow..layyyaaan...Asalkan hati gembira, rasa bahagia dan masih kuat, insyaallah semua akan berjalan dengan baik..Yang penting perancangan menambah ada..Misi diteruskan..hehehe..

Friday, January 1, 2010

ANAK IBU SOLAT

Alhamdulillah..Syukur...tu yang mampu seorang ibu ucapkan untuk menggambarkan kegembiraannya bila tengok anak ibu solat..Tak payah disuruh dan dipaksa..Mood tengah baik kot..Bagus juga..Walaupun tak berbunyi solatnya tapi tetap mengikut cara2 yang betul..Sekolah PASTI ika banyak mengajar ika tentang asas2 FARDHU AIN dan solat terutamanya..Biasalah anak kalau belajar dengan ibunya tak jalan sangat..Berkat sekolah selama 2 tahun, inilah sedikit hasil yang ditunjukkan..

Khusyuk anak ibu solat asar sebelum pergi mengaji petang tadi..

Alhamdulillah

Semalam ika solat jemaah dengan papanya..Sejuk mata memandang..Alhamdulillah jadi contoh pada adiknya alya..Semoga anak ibu menjadi hamba ALLAH yang sentiasa taat dan bertaqwa..Tahun depan harap ika boleh bangun pagi untuk belajar2 solat subuh puak..Insyaallah..Semoga berjaya anak ibu...Tahun depan dah 6 tahun..Kena belajar solat dan tutup aurat..