Tuesday, May 26, 2009

GOOD BYE TODAY AND TOMORROW

Em..Kenapa ye??Pasal ape ye...Nak pergi mana??..Siap say good bye and sayonara lagi tu..Alah gimik je tu...Actually tak pergi mana2 pun..Cume laptop nak antar p sevice..Pada siapa lagi kalu bukan pada kekanda mazidah..suami idamannya yang akan buatkan..Berapa cosnye??Ayam golek dan Nasi lemak kukus Zul Yahyalah agaknye..He2.. My new world...Aryanti and IT

So, dua tiga hari ni tak dapatlah melayari internet..Berjauhanlah sekejap daripada laptop kesayangan ni..Walau pun cuma cap acer..harga pun tak seberapa..Berat berkilo2 pulak tu' ish2..banyak complain'..Aku tetap bersyukur kerana Allah berikan rezeki lebih sikit untuk aku dan keluarga merasa keseronokan mempunyai laptop atau komputer sendiri..At least anak2 yang sekecil ika dan alya dan pandai pegang mouse dan melukis dalam komputer..Itu lagi bagus daripada pandai main game dalam handphone..kira menyahut seruan kerajaan ' 1 rumah 1 komputer' He2..Yok lah tu..

Agak2 apa aktiviti sebagai ganti masa yang selalu diisi dengan menghadap laptop, godek2 tu, godek2 ni??? Emm..kebetulan baru je bebudak seni selamat menjawab exem paper seni 1 dan 2..Kira memang kena dengan waktunyalah berjauhan dengan lap top sendiri..Bolehlah marking dan siapkan sebelum cuti..Caiyok2..Dapatlah jugaklah nikmati masa cuti dengan lebih menyeronokkan tanpa gangguan kerja..Lepak tepi pantai..Tidur dalam bilik air-cond..Hotel mane ye??Yang pasti bukan hotel bandung..Hu...Hu...
Answer paper yang perlu ditenyeh..Teruskan usaha..

So, untuk kengkawan bloger janganlah anda tercari2 atau tertanya2 kenapa menyepi..Relakanlah aku pergi..Alahai..macamlah awak tu nak pergi sambung belajar kat oversea..He2..OK..See u soon..Adios..Assalamualaikum..Peace..

Monday, May 25, 2009

YANG BARU DAN YANG LAMA

Dah lama rasanya memasang angan2 untuk berkereta baru..Mula2 beli waja dulu masa dalam pantang..Semua suami yang uruskan kerana si isterinya tak dapat bergerak seligat dia..So, any decision, what colour semua yang cantik dan berkenan di matanya, abang ambil je..Asalkan boleh bergerak..Yang penting dapat balik kampung bawak balik isteri dan new baby born 'ika' dengan selesa..

Kereta Waja adalah yang jenis manual..Agak sukar sikit untuk membawanya..Tapi membawa kereta manual adalah satu cabaran dan ia menyeronokkan..Dapat tukar2 gear dan kita sentiasa berwaspada kerana takut tetiba je enjin kereta akan mati..Kalau tak de pe2, aku tak kisah sekiranya bawa kereta manual macam waja..Tapi yang membuatkan aku banyak bersabar..sampai sarat mengandung sembilan bulan pun masih larat drive manual car..( ngandungkan alya )..kaki dah cramp dan jam pun laratkanlah juga..Walhal hari nak bersalinkan alya dah terasa tak larat nak bawa kereta manual..Tapi gagahkan juga..Tak kisah, asalkan dapat sampai ke sekolah dengan selamat..

Banyak kenangan dengan kereta lama..Macam mana pun aku tetap sayang kereta wajaku..Hasil titik peluh, dengan duit back dated gaji tertunggaklah aku buat down payment beli kereta..Bulan2 abang sambung bayar..sampai sekarang..Alhamdulillah sepanjang naik waja ke hulu ke hilir dari rumah ke sekolah dan berulang alik ke kampung, tak pernah kami hadapi masalah..Berkat pesanan suami bila masuk kereta dan nak drive..lafazkanlah bismillah..Berserah pada Allah..Sampai sekarang jadi amalan..Insyaallah itulah yang akan diteruskan sampai bila2..

Emmmm...Tengok orang berkerta baru..awak pun nak berkerta baru juga..Tak kiralah maslah ekonomi yang semakin merundum ke tak..niat tetap diteruskan..Kenangkan jangkamasa panjang nanti nak ada baby lagi..Kenalah lalui fasa mengandung dan drive dengan kereta sendiri ke sekolah, alasan makin kuat nak beli kereta auto..Si suami pulak dah offer nak share bayar..Alhamdulillah..ringan sikit bebanan kewangan..Bertuah bersuamikan Muhammad Arif Rahman..He2..puji nampak..Puji ada makna tu..Si suami kejap nak pakai kereta tu, keluar design baru..berkenan pulak yang tu..Yang ni cantik, nak yang ni pulak..Si isteri dah pening kepala..Layan je..Tapi bila tahun lepas adik pakai MyVi S.E..Adalah gak try2 bawak kalau emergency..Eh! bestlah pulak..Auto, pakai tekan je..nak parking pun senang..Bagus ni kalau bawak anak2...Tambahan lagi kalau mengandung..He2..Cerite ngandung je..Tahun depan ke??Manalah tahu..He2..Alasan nak beli Myvi makin kuat bila tengok Si teja dan Jebat pun pakai Myvi..Apa lagi..Join the club le..

Tak sampai 3 minggu kereta dah keluar..Alhamdulillah.Rezeki Allah nak bagi..Syukur..Semoga dengan adanya dua kereta ni, memudahkan pergerakan ke sana dan ke mari..Lagi2 time hujan..Kesian abang nak pergi kerja..selalu mengalah..Si ika yang dihantar atuknye ke sekolah pulak..Mujur Acunya masuk office pukul 8.30pagi..Ada tak ada, mintalah belas manja pakai dulu sekiranya cuaca tidak dijangka..Lagipun bukan jauh sekolahnye.Nun depan selekoh sana je..So, esok nak bawa kereta baru ke sekolah..Bulan depan gaji dah mula kena potong untuk bayar kereta..Hu..Hu..Tinggal berapa hengget je..Kalau tak berhutang, tak berhartalah kita ye..Itulah resam kehidupan..Pandai2lah rancang kewangan dan masa depan..Jangan hutang keliling pinggang..Tapi hidup tak seperti orang..Sana sini MELAYUUU je kerjanya..Selamat memandu untuk aku esok..
Yang lama..Tetap ku sayang..Kelabu cerah menawan hati..
Yang baru..Akan ku sayang..Hitam pekat menawan kalbu
My new car key.







Sunday, May 24, 2009

WHAT TO DO TODAY???

Hari ini merupakan hari minggu terakhir untuk aku dan family di sini..Yahoo..Minggu depan dah last week sekolah..Lepas tu kami sekeluarga akan balik kampung..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..Walau kadang2 ada sedikit kesukaran, aku dapat laluinya dengan tenang..Harap2 minggu depan akan setenang dan semudah minggu ini...

Hari ini banyak dihabiskan dengan berehat dan bersantai bersama keluarga..Kebetulan juga abang off..So, pagi rehat, petang p lah jalan2 mane yang dapat..Saje bawak anak2 pusing2 tengok keindahan dan gelagat manusia..biar terbuka sedikit minda mereka..Kalau asyik terperap di rumah pun tak boleh juga..Dan dalam plan hari ini juga, ika nak sangat bermain dengan warna..Dah lama tak tengok2 warna air dia sampai naik keras jadinya..Dari 3 hari lepas kami dok rendam colornya..Bijak betul ibunya yang juga cikgu seni ni..Patut ke warna yang dah keras direndam???Patut...Eh! Tak...

Dengan aktiviti yang dibuat, dapatlah tonjolkan kreativiti dan kebolehan anak2..Kerana hasil karya seni anak2 kecil yang tak mengerti apa2 ini memberikan makna yang tersendiri..Betapa suci dan bersihnya pemikiran mereka..Biarlah si pemerhati menilaikannya..Apa pun..it's just for fun..
Ika leka dan syok sendiri dengan aktiviti mewarnanya..
Hasil karya agung ika the cuteies..Diberi tajuk : My small hand
Ika tengah tunjuk skill mengecop dinding belakang rumah hasil didikan dan idea hebat papanya
Alya yang ketakutan jarinya terpalit secoet warna mainan kakaknya..

Overall todays activities was very meaningfull dan full of joy..End of my best sunday..Daaa..





Saturday, May 23, 2009

TAK PERNAHKU LUPA..

Dialah antara sahabat baikku yang paling aku sayang..Pendorong dan pemberi kata2 semangat disaat aku masih setahun jagung dalam arena perguruan..Dalam keadaan tercari2 identiti guru yang bagaimanakah aku inginkan..Malah kami sama2 mengandung semasa posting di SMKSKI..Sama2 pindah rumah dan berlumba2 hias rumah nak bagi cantik..Kira banyak jugalah persamaan kami..Malah kami masing2 dah saling kenal minat, kesukaan dan apa yang tak suka.Kira can get along eachother..Kak Su,Kak Is..yan sayang akak berdua..
Yan sayang akak berdua..Mmmmmuah...Thanks 4 being such a good friend of mine..

Dan aku kini sangat2 sedar yang insan bernama SALIMAH FARISYAH sangat menghargai persahabatan kami..Bagaimana??Biarlah aku, Suzanah dan Dia sendiri yang menginterpritasikan nilai persahabatan kami..Dan maafkan yan andainya yan terleka..Terima kasih juga kerana sering mengingatkan yan..Syukran sangat2 kerana akak2 menyayangi yan seadanya..Air mata akak dah membuktikan segalanya..Milik siapakah hati ini..Lembut bagaikan sutera..
Wajahnya tenang..Tenangkah Hatinya??Pe pun antara kami, Kak is lah yang paling ciwek..He2..
Renungan matanya memberikan seribu makna..
Yang paling ciwek tapi paling cun dalam kalangan kami..Bodeklah tu..Tak..Ikhlas ni....

Semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila2..Biarlah usia persahabatan kita akan panjang biarpun Kak IS dan Kak Su telah dulu meninggalkan yan (pencen) He2..Dan yang penting kita tak akan pindah kan??Kerana untuk membina hubungan baru bukanlah satu perkara yang mudah. Malah memupuk rasa sayang dan saling percaya sesama kita bukanlah satu kerja yang enteng..Dan buat rakan2 yang turut menceriakan yan sepanjang yang di sekolah..kak zana, kak jai, kak zai, kak kin..dan lain2..terima kasih banyak2..Tak lupa buat rakanku kak mazidah, wazir dan kak ti..Thanks kerana memberikan kenangan manis buat yan..
Hai..nilah di pakar men'snap' gambar curi di SMKSKI..Jaga2..
Say hi to ZID..How r u..

Last but not least..My soulmate..Hubby..Terima kasih tak terhingga kerana abang dan anak2lah kenangan terrrindah, paling..sangat... sepanjang hidup yan..I LOVE U ALL..






Friday, May 22, 2009

BILA SAKIT DATANG MENJENGAH..

Ada yang berkata, Ingat lima perkara sebelum lima perkara..Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati..Kita sentiasa diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal terjadi..Berkerjalah sehabis daya seolah2 kita akan hidup untuk seribu tahun lagi..Beribadatlah sebanyak mungkin seolah2 esok kita akan mati..semalam alya dah sihat daripada demam tiba2..Hari ini...

Sebelum pergi ke sekolah ika mengadu sakit kepala..ingatkan sakit kepala yang biasa2 je..So, si ibu ni teruskan juga hasrat untuk ke sekolah. Lagipun hari ini hari terakhir sekolah..Sebaik sahaja masuk ke kelas 5P4 untuk memulakan paper, papa call mengatakan ika mengadu sakit kepala sangat..Tak boleh bangun..tapi mulutnya menyebut nak pergi sekolah juga..mujur semalam adalah last day exam di PASTInya..So, terus inform cikgu ika yang dia tak ke sekolah hari ni..Apa lagi..tak leh dok diamlah aku..Risau sepanjang masa..Kesian dia..Semalam elok je main dengan girang..Hari ni terus demam..Muntah2 lagi tu..Setibanya di rumah tengok keadaan ika..Cukup menyedihkan..Nak buka mata pun tak larat..Tak tunggu lama..terus bawa ika ke klinik buat check-up dan ambil ubat..alhamdulillah on the way balik dari klinik ika tidur sampailah dipindahkan masuk ke dalam rumah..lepas bangun, ika dah mampu tersenyum..LEGA..Dengan pertanyaan Si Teja dah LEGA juga ke???
Ika gagahkan diri untuk buat check-up kat klinik walaupun tak larat..Semangatnya kuat.
Sakit kepalanya masih belum reda..Ada tinggal saki baki..sian ika..

Apabila kita sakit, badan dan minda kita juga turut lemah..Tapi semangat untuk sihat kuat..Kuat untuk meneruskan kehidupan kerana perjalanan kita masih panjang..Masih banyak yang kita harus tempuhi sama ada yang manis atau yang pahit..Kerana kehidupan kita ini penuh dengan palitan warna yang berwarna warni..Jadi rugilah kita kalau terlepas peluang untuk menikmatinya kerana hidup cuma sekali..Hiasilah ia dengan perkara2 kebaikan, sulamlah ia dengan benang2 kemanfaatan dan bajailah ia supaya tumbuhnya bunga2 yang mengharumkan lagi menceriakan..

P/S : Sempat menjeguk salmah dan baby boynya..Hafi nama diberi..Comel secomel kakaknya Si Husna..Terasa makin tua walaupun sebenarnya tak nak mengaku..He2..Jauh benar beza yang berumur ni dengan si bayi..

Thursday, May 21, 2009

SALAM...I'M BACK..

Lega dapat kembali lap top aku yang dah dihantar kepada kak Mazidah untuk ditengok2kan oleh suaminya abang aminur rashid..Terlebih dahulu, nak ucapkan kepada kekandaku itu dan suaminya kerana sudi godek2..belek2 laptop aku yang tak bermasalah tapi pening2 sikit kot..Terima kasih banyak2..Kadi semalam tak dapatlah buat catatan..Serba tak kena jadinya..Inilah dia penangan bila dah pandai sikit2 main komputer..sehari tak menghadap, serba tak kena dibuatnya..
Pagi2 aku tengok beg berisi laptop dah ada kat atas meja..Si pembawanyanya pula tak nampak pulak kat depan mata..Mana dia..Siapa lagi kalau bukan kak mazidahku...Rupa2nya di tak datang ke sekolah hari ini..Laptop aku pun dikirimkan oleh suaminya kepada wazir untuk disampaikan kepada aku..Ntahlah sedih dan hiba pulak perasaan aku hari ini..Bercampur pulak dengan rasa rindu..semalam kakakandaku itu ada appointment dengan doc. Nape ye..Tak sempat nak tanya..Masing2 nak balik cepat..Nak tenung wajahnya lama2 pun tak sempat..Sms pun tak berbalas..Telefon pun tak berjawab..Risau aku dengan situasinya..Ok ke tak??
Balik dari sekolah tadi, ke sana ke mari mengalahkan menteri..Pergi bank, sain tu sain ni, minta tandatangan orang tu, isi borang ni..PENING.... Balik rumah ambil anak terus pergi rumah abang ipar. Ayah mentua dan adik ipar yang bakal melanjutkan pelajarannya di UiTM datang dari kampung untuk mendaftar sabtu ini..So, si abangnya ni nak bawa adiknya pergi beli apa2 yang patut sebagai keperluan sepanjang di UiTM nanti..Tak jauh perginya..TESCO je..On the balik hantar ayah mentua dan adik ipar ke Bukit Kapar tadi, lalu pulak depan jalan utama ke rumah Kak Mazidah..Ikutkan hati nak je menyinggah..Tapi takut mengganggu pulak..Manelah tau di perlukan rehat dan masa untuk bersendirian atau bersama keluarga..So, batalkan jelah niat kau tu yan..Kecewa lagi..
Sampai2 je di rumah, lepas layan anak nak tidur, nak minum susu dan makan ubat kerana kurang sihat, terus on kan laptop dan pasang internet..Yang utama aku nak tengok dan baca, blog kak Mazidah..Sekali lagi aku kecewa..sebab semalam dan hari ini tak ada catatan lagi..Aku cuma nak tahu keadaannya..Ok ke dia..tak pe..Insyaallah semuanya ok kerana Allah sentiasa merahmati dan melindungi Kak Mazidah dan keluarganya kerana dia sentiasa memudahkan kerja orang lain dan banyak membantu..Untuk akak kalau terbaca blog yan..i just want to say that i miss u..hope to see u tomorrow..


Riangnya menjadi kanak-kanak..Suci dan putih tanpa dosa..kalaulah masa boleh diundur..
Dalam hati ni berkata seronoknyelah jadi kanak2..Tak perlu fikir ape2..Penting ke tidak, tak payah ambil pusing..Yang kanak2 tahu, main, makan, tidur..tak macam orang dewasa ni, balik nak kena buat tu, uruskan ni..dan macam2 lagilah sebelum masuk tidur..sebenarnya badan dan kepala ni dah penat sangat hari ini..Untuk esok diharapkan akan bertambah baik daripada hari ini..Semalam hanyalah tinggal kenangan..Selamat malam semua...zzzzzzz....

Tuesday, May 19, 2009

KERJAKU DITANGGUNG BERES...

Alhamdulillah..Syukur..itu yang mampu aku ucapkan..Satu persatu kerjaku dapat dijalankan dengan baik..Serupa macam dulu2..Kira sekarang dah dapat balik 'tune' dan cara kerja yang betul seperti dolu2..Kalau tak rasa sesak je dada, berat je kepala, otak pun menerawang je..Tak boleh nak fokus kerja yang mana satu patut dibuat dulu..Sampai ada satu ketika aku persoalkan balik ' kenapa dengan aku'..Rasa macam prestasi kerja menurun je..Rase macam buat salah je..Kerja tu tak siap, kerja ni tak siap..Daaahh..datang kerja baru..
Work smart..Itulah yang kita kena amalkan kalau nak tangani masalah, banyak kerja ataupun stress..Dahulukan yang penting dan kemudiankan yang kurang penting..Yang tak penting, jangan difikirkan langsung..Pagi2 dah mulakan kerja2 men'stapler' kertas seni 1 form 5..Itu pun pinjam stapler Kak Mazidah..Thanks..Walaupun orangnya tak ada, tapi tetap membantu dan berjasa seperti selalu...He2..Bodek lebih nampak..Tak ini ikhlas..Selesai menyediakan kertas untuk ujian 27hb ( minggu depan ) nanti, sambung pulak kerja but dokumentasi minggu seni.Patutnya minggu lepas lagi dah kena hantar..Tapi ada masalah teknikal sikit..Lambat banyaklah..Mujur ada Kak Kin dan kak Zana yang membantu dengan 'soft copy' dokumentasi minggu diorang. Kira mudahlah kerja aku sikit..Tak payahlah menaip dari A sampai Z..Kalau menaip laju tak pe..Ni macam ayam patuk tanah cari makanan..LAMBATTT..Anyway thanks to both of u..Sempat jugak singgah tunjuk2kan ape yang patut sebelum pergi menjamu selera..Korang memang best..

Elok je nak laicik tepat pukul 4.45petang ( lambatnye..mujur abang shift pagi..Tu yang balik lewat sikit siapkan kerja..)He2..jangan marah ye Sayang..Terbacalah memo daripada Pn. Amiah kami..Sila hantar dokumentasi minggu panitia, post moterm PMR,SPM dan STPM 2008 sebelum 25 hb mei..Alamak..Post moterm SPM dah hantar, STPM wazir nak bagi esok..Dia dah siapkan katanya, PMR tak de kena mengena..Dokumentasi?????Haaaahhhhh...Lega..Dah siap tadi..Tu yang bertapa sorang2 kat bilik guru..Tak sia2 usaha..Siap jugak akhirnya..Balik rumah tak tunggu lebih lama, terus print and ready for binding tomorrow ..Yang tu, kerja Hanani sebab dia bahagian dokumentasi..Aku punya part dah settle..Hopefully dia dapat habiskan kerja yang aku mulakan..Sampai tak sempat nak menyapa lebih2 anak balik rumah tadi..Apelah ibu ni..Rambut Alya dah digunting nenek pun ibu tak perasan..Kes rambut depan dah over panjang sampai tutup matalah ni..Sorry sayang..Mujur papanya nampak..Kalau tak, esok baru sedar rambut anak dah tak seperti sebelumnya..

And for tomorrow..Just wait and see..What i can say now..I am satisfied with one more of my fine day..Good Luck for tomorrow because we will never khow what is waiting and aspecting for us to get through it..Yang penting..aku masih punya masa untuk diri sendiri, suami, anak2 tersayang, rakan2 dan sekolah..K..peace no war..Adios..
p/s : Dapat hadiah gelang manik daripada x student seni form 3 dulu..Sekarang dia di 4sn2..Walaupun dah tak diajar, tapi masih ingat kat cikgunya ni...Thanks Hafiz Salihin..awaklah murid pertama yang bagi cikgu hadiah..terharu..Hu.hu..hu..Pe pun i like it..

Monday, May 18, 2009

ADA KERJA BUAT-BUAT TAK DE..

On my first day school this week..Perjalanan minggu ini terasa singkat sebab bebudak sekolah kami dah mula exam..So, tak delah penat sangat seperti selalu..Kebiasaannya cikgu akan mengajar sambil berdiri..Tak denye istilah cikgu 'remote'. Mengajar murid dari jauh atau sambil duduk..Kalau waktu mengajar 2 waktu, sepatutnya 2 waktulah kami berdiri, jalan keliling murid, ke depan, ke belakang dan sebagainya..To make sure that each students dapat perhatian kita..Tapi kalau dah penat sangat, duduklah jugak..emm..kena cover2 linelah jugak..Lagi2 kalau time mengandung, kenalah consider sikit..
Khusyuknya adilah dok buat revision di tengah2 murid yang bising..Bagus2..

Situasi jaga kelas exam tak banyak berbeza..Kena jalan2 dan tak leh banyak duduk gak..Nak bagi chance murid meniru, duduklah sepanjang masa..Siap boleh buka buku dan tukar2 jawapan lagi tu bebudaknye..Jadi, kejap berdiri, kejap duduk, kejap jalan ke depan, kejap jalan ke belakanglah jawapnya..Sambil2 tu buat kerja ala2 jahatlah kot..Dah terlebih kerja tapi buat2 tak de kerjalah ni..sambil2 bebudak tu wat exam, dengan confidentnye cikgu kat belakang dok klik2 sana, klik2 sini..Saje nak tunjuk skill..Cuma guna handphone saje..Kamera tertinggal...Kalau tak sepanjang masa dok dalam handbag..Di bawa ke mana2 saje..Asal ade angle dan shot yang unik atau cantik, tangan pun gatal nak snap..

So, this is 2 or 3 picture that i took..Lepas tu, wat edit2 gambar yang sedia ada dalam handphone sendiri..explore punya explore..Macam2 boleh buat dalam masa tak sampai 1jam..Tapi tak delah ngadap handphone sepanjang mase ye..Jaga exam pun, jaga jugak..Pandai2lah..Kalau tak..mau terlentok2 macam burung belatuk kat dalam kelas..Dahlah 3 masa. 11.20 pagi hingga 1.05petang..Lama tu..So, silalah cuci mata...
Malam semalam jalan2 kat fun fair..
one of the best shot ika took..
Dapat juga ibu berposing dengan anak2..akhirnya..
Bebudak 5p2 tengak khusyuk jawab exam..

Sunday, May 17, 2009

ON LOVELY SUNDAY MORNING..

Huuuuarrrgh...Segarnya bangun pagi hari ini..Alhamdulillah masih lagi bernafas untuk meneruskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak2ku..Rasa lapang je minda..bangun toleh kiri dan kanan,anak2 masih lena diulit intan..Biasanya kalau ibunya bangun untuk bersiap2 ke sekolah, mereka juga akan turut terjaga..Lepas tu minta susu dan layan cartoon Hello Mickey pepagi subuh..Papa pulak pas bagun solat, dah ngadap tv..Pe lagi.bola la..Memang kegemarannya..Masa mula2 apply masuk astro dulu pun antara penyebabnye adalah nak bagi learning and fun channel for Ika juga Channel bola untuk papanya..Dah itu kesukaan mereka, ibu ikut je..At least bolehlah si ibu ni layan rancangan Deco Bersama Eric atau pe2 sahaja rancangan berbentuk home deco atau landscaping..
Jom Ibu, kita dah nak pergi ni..
Perancangan hari ini nak bersarapan di luar..Saje nak manjakan diri dan buang duit..' Pada hal malas masak..alasannnnn..'He2..tak pelah sekali sekala untuk keluarga, apa salahnya..So, destinasinya..pergilah ke pasar pagi kat stadium Shah Alam..Memang antara tempat favourite kami sekeluarga..Cuma kalau ade taman2 permainan untuk kanak2 dekat2 situ, lagi best..Saje jalan2, tengok2..terberkenan..belilah..kalau tak de..sekadar pandang je..Tapi tipulah kalau dah sampai sana tak membeli walau satu barang pun..Paling tidak belilah apa2 untuk anak2..Baju ke, mainan ke..Makanan kat sana pun kira ok la..Cuma kalau lambat kena makan semeja tapi duduk jauh2 dengan suami..Itu yang tak best..Moralnya, pergilah awal pagi..sesudah subuh eloknye..He2..
Senangnya dalam hati..dapat pergi jalan2..la..la..la...
Ibu papa...Dah sampai ..Jom jalan2..
Sampai2 je kat tempat yang dituju..mak ai..Ramainyelah manusia..Tengok kereta je dah boleh agak berduyun2 umat manusia yang nak menghabiskan duit..He2..Kamilah antaranya tu..Setelah puas berjalan dan pusing2 dan kenyang makan nasi ayam yang boleh tahan harganya..Ika mengadu sakit perut..Yang adiknya steady je..jalan sambil makan kismis..So, tak jadilah nak ke taman permainan atau lepak tepi tasik Shah Alam..Start je enjin kereta, terus balik..Sampai rumah baru teringat nak beli hadiah untuk cikgu Ika sempena hari guru, walhal dah belek2 kain pasang cantik2 kat pasar tadi. ' Hai.., macam nilah ada anak yang bersekolah rupanya ye..Anak kecik lagi,,kita yang kena fikir hadiah pe nak bagi kat Cikgunya'..Tapi tak pe, tanda terima kasih si Ibu kepada cikgu2 Ika yang dah banyak mengajarnya sampailah sekarang ni dah mula nak pandai membaca, ikhlas dari cikgu aryanti buat Cikgu Laili dan Cikgu Rohani ' Pe dia hadiahnya..kenalah pergi keluar cari petang ni..' Alasan nak berjalan lagi..He2..'
Sakitnye perut..Ibu, papa..bile nak balik..
Situasi : Tengah tunggu papa beli barang..Kami dah flat..
Walaupun destinasi bersama keluarga taklah sampai ke Pulau Bali..' hu2..sedih tak dapat pergi..'Aku tetap berpuas hati..Yang penting kami sekeluarga dapat bersama dan gembira melalui satu lagi saat2 bahagia..Insyaallah ada rezeki cuti sekolah nanti kita pergi manjakan diri...Doa2lah ada rm..masuk..Duit turun dari langit ke, bonus ke..' bonus pe tengah2 tahun ni??', orang nak bagi ke..Tak kisahlah..Yang penting dapat pergi bercuti..Amin...TUNGGUUUUU...

Saturday, May 16, 2009

AKU SEORANG GURU..

Minat dan kecenderunganku untuk mendidik telah mula mekar dan berputik sejak zaman persekolahan lagi..Mungkin juga pengaruh dan contoh yang diberikan oleh guru2ku yang terdahulu..banyak mendorong aku untuk menjadi seperti mereka..Malah alam persekolahan dan menghabiskan masa bersama guru sangat menyeronokkan..Kini aku telah menjadi guru seperti guru2ku..Dan aku sangat bertuah dan berbangga kerana ALLAH memberikan aku peluang untuk meneruskan usaha murni guru2ku untuk mendidik anak bangsa menjadi insan berguna dan memanusiakan mereka..
Kalau dulu, ucapan selamat dan salam sejahtera ku ucapkan kepada guru2ku tak kira masa..Kini giliran aku pula..Bagaikan satu kata2 ajaib yang dituturkan pada aku apabila murid2 memanggil aku dengan gelaran GURU..terasa bahagia dan besar tanggungjawab yang aku galas bagi memastikan amanah dan harapan ibubapa yang menghantar anak2 mereka kepada kami untuk dididik menjadi insan yang sedia pandai kepada bijaksana, brilliant, kreatif dan sebagainya..Tapi guru hanyalah pemudah cara, memberikan tunjuk ajar dan memandu anak2 muridnya ke hala tuju yang betul..Kepandaian dan kebijaksanaan mereka telah sedia ada yang dikurniakan Oleh ALLAH..Bertuahnya mereka, punyai ibubapa yang menyayangi mereka dan guru yang selalu memberikan perhatian..
Sememangnya banyak kenangan pahit dan manis yang ku lalui sepanjang mencecah enam tahun menjadi guru..tak mungkin ku lupakan kenangan2 yang terindah sepanjang mengajar, belajar dan diajar..Di sekolah jugalah aku bertemu dengan murid2 yang banyak karenah, yang membanggakan malah ada juga yang agak menyakitkan..Tapi semua itu aku ambil sebagai cabaran..Aku kuatkan semangat dan teguhkan tekad untuk tidak berganjak atau berputus asa bagi meneruskan perjuanganku sebagi guru hingga ke titisan terakhir..Di sekolah jugalah aku membina ikatan persahabatan yang penuh dengan kasih sayang dan memberikan makna yang cukup besar buatku..Kerana mereka jugalah aku masih di sini..Kerana sokongan mereka jugalah aku tak akan menyerah kalah..

Dikesempatan ini ingin ku ucapkan selamat hari guru buat guru2ku di SK Rantau Panjang, SMK Rantau Panjang dan pensyarah2 art&design ceramic department UiTM Perak. Jasa anda semua mendidik dan memberikan tunjuk ajar tak mampu dibalas..Semoga Cikgu2 semua bahagia dunia dan akhirat..Buat rakan2 guru..Selamat hari guru..Teruskan berjuang..Jangan menyerah kalah kerana ramai yang memerlukan perhatian dan tunjuk ajar kita..sayangilah mereka kerana mereka juga menyayangi kita..Perjuangan belum selesai..Hayatilah kata2 keramat ini..
' Amanah yang diberi..Kami tak persiakan..Apa yang kami janji..Tunai tetap kami tunaikan..'

Lihatlah wajah2 guru yang tenang dan merenung masa depan anak2 muridnya..
Riangnya mereka biarpun tugas guru menuntut banyak pengorbanan..
Anda semua guru-guru yang hebat...
SELAMAT HARI GURU..CERIA-CERIALAH SELALU..BERIKAN YANG TERBAIK KEPADA ANAK2 MURID KITA, INSYAALLAH ANAK2 KITA JUGA AKAN MENDAPAT YANG TERBAIK DARIPADA GURU-GURU MEREKA

p/S : Seronok dan gembiranya hari ini, sejak semalam hinggalah sekarang ini dapat sms bertubi2 daripada anak2 murid dan rakan guru mengucapkan Selamat hari Guru..Kalah ucapan selamat hari raya dan birthday wish..Bertuahnya menjadi seorang GURU..

Friday, May 15, 2009

BERSABARLAH..

Di dunia hidup penuh dengan cabaran dan dugaan.. Dan semua yang berlaku adalah dengan kehendak dan ketentuan Yang Maha Esa..Cabaran sebagai seorang hamba Allah, sebagai anak, sebagai isteri, sebagai ibu, sahabat dan tentunya sebagai seorang guru..Kita perlu menerimanya dengan hati yang terbuka dan sentiasa redha supaya hidup kita akan terus berjalan seperti biasa...Berbekalkan kesabaran di dada, semangat untuk meneruskan hidup, insyaallah kita dapat mengharunginya dengan berjaya..

Adakalanya kita perlu meluahkan apa yang terbuku di hati.. Menangis supaya terlerai kekusutan yang melingkari minda...Biarlah berkongsi dengan sesiapa sahaja yang anda percaya supaya bebanan yang ditanggung akan berkurangan sedikit demi sedikit..Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..Kalaulah mahu, sahabat ini sanggup untuk sama2 memikulnya, kalau tak hilang beban itu, berkurangan beratnya pun dah mencukupi..Itulah gunanya bersahabat..Biar susah dan senang kita bersama..Jadilah sahabat dunia dan akhirat..Jadilah sahabat yang bukan sahaja mampu mendengar rintihan hati sahabatnya, tapi juga mampu membuka jalan atau memandu sahabatnya ke hala tuju yang betul..
Buat kak Ti..Tabahkan hatimu wahai kekandaku..Sesungguhnya Allah sangat sayang pada orang yang mampu bersabar dan bertahan dalam menghadapi dugaan Allah..Kami semua sayang Kak Ti..Biarkan kami menjadi tangan kanan dan kiri kak T untuk memipin kak T dikala akak memerlukan..dan sejak pertemuan singkat tadi, yan semakin sedar yang yan sayang kak t lebih daripada seorang sahabat perlukan..Dan jangan lupa, Yan dan Kak Mazidah sentiasa terbuka dan setia di sisi kak T untuk memberikan sokongan moral dan emosi..Dan percayalah apa sahaja yang kami lakukan adalah semata2 demi persahabatan kita juga untuk melihat akak bahagia..Bertuah sesiapa yang mengenali kak t dan sangat2 bertuah insan yang menjadi raja yang bertahta di hati..( Siapa lagi??)..Dengan doa dan harapan, semoga Kak T dan Wazir bahagia dan semakin saling cinta juga sayang dari hari ke sehari..Amin...

Tiga hati menjadi satu...Sahabat sejati...Kasih sejati...

Thursday, May 14, 2009

KEMBALI SEPERTI BIASA..

Aku telah mula kembali kepada kehidupan dan rutinku seperti biasa..Balik ke rumah tidaklah selewat yang dulu..seronok dapat balik awal dan lihat reaksi suami melihat isterinya dan pulang dari bekerja setelah setengahari tak berjumpa..Selalunya, kalau tak mencecah pukul 4 atau 5petang untuk sampai di rumah, bukan Aryantilah namanya..Kini masa untuk berehat dan bermesra bersama suami dan anak2 lebih banyak..Kira sekarang ini jugalah masanya untuk meng'qada'kan masa yang telah ku habiskan di sekolah yang nyatanya lebih banyak berbanding di rumah..

Tak sabar rasanya nak tunggu 2 minggu lagi untuk cuti persekolahan pertengahan penggal..tak larat pun, laratkan juga..Dah mula bosan pun, layanlah juga..Macam itulah manusia biasa..Cepat merasa tak betah bila berada di satu tempat yang lama..Lagi2 kalau kenangan dan hari2 yang dilalui banyak diselitkan dengan kisah duka..rindu benar rasanya nak balik kampung.. Jauh daripada tempat sendiri..Teringin juga rasanya nak bercuti..Biar dapat relax badan dan minda sekali..Sambil tu dapatlah luangkan lebih masa bersama keluarga tercinta..Tengoklah kalau ada rezeki cuti nanti..Ke mana?? Bila?? Ikut sahajalah ketentuan dan keizinan masa...Insyaallah..

Esok tinggal lagi sehari..Ikutkan hati dah ku luahkan pada kekanda Mazidah tadi, nak aje aku ambil M.C..Tapi tak apalah, esok pun bebudak 5p4 tu dah mula menduduki peperiksaan.. Dapatlah berehat sedikit berbanding selalu..Lagi pun, rugi tak dapat jumpa kawan2..Kak Su hari ini pagi2 dah sms kata tak dapat hadir kerana sakit kepala..Jadi makan hari ini kurang berselera kerana tak dapat berkongsi.. Lagi2 Si Teja tak berapa sihat..Semput..Sayu aku tengok keadaannya..Kalau dia boleh gagahkan dirinya untuk datang ke sekolah walaupun minda, badan dan hatinya tak berapa sihat, demi anak2 di sekolah, dia turutkan jua..Aku pun boleh kerana dialah sumber inspirasiku..Terima kasih juga kerana hadir memerhati mesyuarat panitia seni tengahari tadi walaupun tinggi Bilik Seni yang perlu didaki....5P4 tungguuuuu..Esok Cikgu datang....

Untuk Abang dan anak2..sabar ye..Tinggal sehari sahaja lagi..Weekend ni..kita luangkan lebih banyak masa lagi bersama..Nak ke mana?? Katakan sahaja..

Abang dan anak-anakku....Terima kasih atas segalanya....
Papa,Ika dan Alya..Terima Kasih untuk segala-galanya..

Wednesday, May 13, 2009

DIHARI LAHIRMU IKA SAYANG..

ika dah besar dan nak jadi orang pandai..
Genaplah sudah usia Ika permata hati ibu hari ini yang ke 5 tahun..terjawablah sudah kenapa ika dah tinggi, kenapa ika dah pandai baca, kenapa ika pandai lukis, kenapa itu dan kenapa ini..Anak ibu dah semakin meningkat dewasa hari ini..Ibu doakan ika sihat selalu, jadi anak yang solehah..Yang sentiasa menyenangkan hati ibu dan papa, taat pada agama dan berjaya dunia dan akhirat...Emm.semalam dah cakap dengan ika, pas ni keluar kena pakai tudung sebab ika dah besar.Tanpa banyak soal, dia menjawab ya..Itulah ika..
Inilah hadiah2 ika..ika seronok sangat..
Lepas ni boleh buka mini library kat rumah Ika..Banyak buku ika..
Sambutan hari jadi tak delah se'grand' mana..Hadiah dibeli ikut kemahuan dan kesukaan dia.Tak lain buku, alat tulis dan warna..Bukan main seronok dia..Papanya dah janji nak belikan warna pensel baru sebab warna penselnya yang lama dah lunyai dek kerana rajin diguna..Tergambar keceriaan di wajahnya..Tak dapat cari di Klang Parade berpindah pulak ke The Store..Penat berjalan macam mana pun dia ikut je..Tak banyak bunyi..Semua kerana warna dia tu..Dan nenek juga acu ika awal2 lagi dah hadiahkan subang emas yang kiut sesuai dengan dia..Pandai acunye pilih..Terima kasih acu..Tahun depan hadiahkanlah gelang emas pulak..He2..
Yum..yum..cheese cake kegemaran Ika..
Tajaan kek dari secret recepi..Tapi tak beli whole cake..Insyaallah kalau ada rezeki lebih bolehla ibu beli banyak sikit..Boleh kongsi dengan kawan2 skali..Malam kami bawa ika keluar makan..Tapi bukanlah di restoran terapung macam kak Mazidah dan hubby..Restoran tomyam dekat2 sini je sebab dah malam.Tak leh jauh2..Nanti lewat balik..Lain kali ibu bawak pergi makan sirip yu macam Cik Mazidah ok..Besday papa ke..Ibu ke..( Papa kena belanjalah gamaknye)He2...

Apa pun ibu akan berikan yang terbaik untuk anak2 ibu dan keluarga kita..Yang pastinya Ibu bahagia dikurniakan Allah anak seperti ika..Dengan harapan ika boleh mengajar dan mendidik adik dengan cara ika sendiri dan menjadi contoh terbaik untuk adi2 nanti..ADIK2???He..macam ramai je tu..Tungguuuu..
Adik..tiru macam kakak..' Bisik ika dalam hati'..

Tuesday, May 12, 2009

AKU, FAMILY DAN SAHABAT

Hari kedua untuk minggu ini bermula dengan baik sekali..bangun pagi dalam keadaan yang segar dan bersedia fizikal dan mental..Seronok rasanya bergelar isteri dan ibu..Dapat menggembirakan hati suami dan melayan karenah anak2 setelah penat juga keletihan semalam..Moralnya, untuk memulakan hari ini dengan ceria, perlulah meninggalkan kenangan semalam yang indah dan seronok belaka. Walaupun hakikatnya banyak kisah duka..Pandai2lah cari ruang untuk merawat hati sekiranya semalam adalah hari penuh luka..
Berbakat sungguh bebudak ni..Taklah buta IT..Tahniah 4P3
Di sekolah perjalanan aku sebagai guru berlalu seperti biasa..Pagi masuk kelas ganti..Dapat 2 relief lagi..Tak pe,jangan merungut..Kerana ini hari mereka..Esok2 kalau tiba hari kita, orang berlapang dada untuk masuk kelas ganti kita sekiranya turn kita pula tak ada di sekolah..He2..'Batton bersambut ke esok??' Tengoklah..Kelas hari ini di makmal komputer..Nak ajar bebudak 4P3 macam mana nak buat power point..Aku dah agak dah..Bebudak tu memang terer..Terer lagi daripada cikgunya..Itulah murid kita..Jangan disangka mereka tak berbakat..Cuma perlu diberikan ruang dan peluang..Pandailah mereka bergerak sendiri..Kita sebagai guru hanyalah pemudah cara..Memandu mereka ke jalan yang betul agar mereka berjaya..
Jangan honeymoon je tingkatan 4 ni..Tahun depan lagi banyak keje..So, get use to it..
Makan hari ini aku bawa sendiri..Sedap pulak makan masakan sendiri yang dibawa dari rumah..Terasa lazat hingga menjilat jari..Walhal sambal udang jer..sayur pun tak ada..syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri..Sampai sekarang ni aku masih lagi kenyang dek kerana makan pagi tadi..Mungkin berkat berkongsi..Sikit aku pelawa pada kak Is, Kak Su..Sama2 rasa..Walaupun masakan tak sesedap dan sehebat mana, tapi mereka menerima dengan tangan terbuka..Tengok Kekanda Mazidah, macam tak bersemangat sahaja. Fikran melayang2 terfikirkan seseorang..Nak makan kat kantin pun dia tak larat..Macam mana pun perut perlu diisi..Memang aku dah tinggalkan bahagian untuk dia..So, akak..makanlah..' dalam hati, malu sebab masakan tak sedap' Tapi bila tengok dia makan sampai habis, terharu pulak..Dengan pertanyaan..Sedap ke tak??

Apa yang mengecewakan, tak dapat berkongsi dengan Si Jebat..Bilik Seni kosong tak berkunjung, tempat duduknya lesu tak ditunggu..Wahailah Wazir..sihat ke kat rumah tu..Aku pun tak bersemangat nak ke Bilik Seni..Macam mati je Bilik seni hari ini..Cuma pagi tadi Si Montel buka untuk kelas seni..Lalu depan Bilik Seni pun tidak..Apatah lagi membuka kunci..Harap esok, lusa dan tulat..Si penjaga, penunggu setia bilik2 seni ni dapat mengembalikan lagi keceriaan dan ke'havoc'an bilik seni..pulihkan semangat yang hilang..Kerana perjuangan kita masih belum selesai..
Lega hati...
Penutup hari kedua untuk hari ini berakhir dengan pelukan dan jeritan manja anak2 yang sentiasa ceria menunggu kepulangan Si ibu..Masing2 dah wangi selepas nenek mandikan..Tinggal tunggu kepulangan yang tersayang Si Papa..yang masih bekerja dan berpenat lelah mencari rezeki untuk kami sekeluarga..Jumpa pukul 8 malam kang..Dan esok..Besday Ika yang ke 5 tahun..Apa yang ada....TUNGGUUUUU...


Sejuk mata.....