Kereta Waja adalah yang jenis manual..Agak sukar sikit untuk membawanya..Tapi membawa kereta manual adalah satu cabaran dan ia menyeronokkan..Dapat tukar2 gear dan kita sentiasa berwaspada kerana takut tetiba je enjin kereta akan mati..Kalau tak de pe2, aku tak kisah sekiranya bawa kereta manual macam waja..Tapi yang membuatkan aku banyak bersabar..sampai sarat mengandung sembilan bulan pun masih larat drive manual car..( ngandungkan alya )..kaki dah cramp dan jam pun laratkanlah juga..Walhal hari nak bersalinkan alya dah terasa tak larat nak bawa kereta manual..Tapi gagahkan juga..Tak kisah, asalkan dapat sampai ke sekolah dengan selamat..
Banyak kenangan dengan kereta lama..Macam mana pun aku tetap sayang kereta wajaku..Hasil titik peluh, dengan duit back dated gaji tertunggaklah aku buat down payment beli kereta..Bulan2 abang sambung bayar..sampai sekarang..Alhamdulillah sepanjang naik waja ke hulu ke hilir dari rumah ke sekolah dan berulang alik ke kampung, tak pernah kami hadapi masalah..Berkat pesanan suami bila masuk kereta dan nak drive..lafazkanlah bismillah..Berserah pada Allah..Sampai sekarang jadi amalan..Insyaallah itulah yang akan diteruskan sampai bila2..
Emmmm...Tengok orang berkerta baru..awak pun nak berkerta baru juga..Tak kiralah maslah ekonomi yang semakin merundum ke tak..niat tetap diteruskan..Kenangkan jangkamasa panjang nanti nak ada baby lagi..Kenalah lalui fasa mengandung dan drive dengan kereta sendiri ke sekolah, alasan makin kuat nak beli kereta auto..Si suami pulak dah offer nak share bayar..Alhamdulillah..ringan sikit bebanan kewangan..Bertuah bersuamikan Muhammad Arif Rahman..He2..puji nampak..Puji ada makna tu..Si suami kejap nak pakai kereta tu, keluar design baru..berkenan pulak yang tu..Yang ni cantik, nak yang ni pulak..Si isteri dah pening kepala..Layan je..Tapi bila tahun lepas adik pakai MyVi S.E..Adalah gak try2 bawak kalau emergency..Eh! bestlah pulak..Auto, pakai tekan je..nak parking pun senang..Bagus ni kalau bawak anak2...Tambahan lagi kalau mengandung..He2..Cerite ngandung je..Tahun depan ke??Manalah tahu..He2..Alasan nak beli Myvi makin kuat bila tengok Si teja dan Jebat pun pakai Myvi..Apa lagi..Join the club le..
Tak sampai 3 minggu kereta dah keluar..Alhamdulillah.Rezeki Allah nak bagi..Syukur..Semoga dengan adanya dua kereta ni, memudahkan pergerakan ke sana dan ke mari..Lagi2 time hujan..Kesian abang nak pergi kerja..selalu mengalah..Si ika yang dihantar atuknye ke sekolah pulak..Mujur Acunya masuk office pukul 8.30pagi..Ada tak ada, mintalah belas manja pakai dulu sekiranya cuaca tidak dijangka..Lagipun bukan jauh sekolahnye.Nun depan selekoh sana je..So, esok nak bawa kereta baru ke sekolah..Bulan depan gaji dah mula kena potong untuk bayar kereta..Hu..Hu..Tinggal berapa hengget je..Kalau tak berhutang, tak berhartalah kita ye..Itulah resam kehidupan..Pandai2lah rancang kewangan dan masa depan..Jangan hutang keliling pinggang..Tapi hidup tak seperti orang..Sana sini MELAYUUU je kerjanya..Selamat memandu untuk aku esok..
Yang lama..Tetap ku sayang..Kelabu cerah menawan hati..
Yang baru..Akan ku sayang..Hitam pekat menawan kalbu
My new car key.
Yang lama..Tetap ku sayang..Kelabu cerah menawan hati..
Yang baru..Akan ku sayang..Hitam pekat menawan kalbu
My new car key.
No comments:
Post a Comment