Wednesday, May 6, 2009

IKA..OH! IKA..

Zulaikha punyai banyak persamaan denganku..Nak kata wajah iras2 atau ikut muka aku..bolehla..Dari segi perwatakan..ika seorang yang pemalu..Macam ibu gak kot..Bile tak kenal oranglah..Tapi kalau dah kenal..lebih kuah dari sudu..Apa yang sama dan yang pasti tanpa dapat nafikan lagi..Ika minat benar dengan melukis..Pada aku, itu mungkin kebiasaan dan normal bagi kanak2 seusia dengannya..Jadi tunggu dan lihat sahajalah nanti..Pantang dapat pen atau pensel..Ada sahaja yang dilukisnya..Yang abstrak, potert wajah..alam semulajadi..

Dan aku cukup bersyukur kerana tanpa dipaksa suara kecilnya bersuara ' ibu ika nak sekolah' dan dalam usia yang sangat muda seawal empat tahun,dia sudah menunjukkan minat untuk ke sekolah, belajar menulis, mengenal huruf dan angka malah menghafal surah2 lazim serta doa dan juga bacaan dalam solat..Balik sahaja dari sekolah..ada sahaja benda baru yang dipelajarinya akan dilagukan semula..Nasihat dalam bentuk nyanyian dan sebagainya..Sejuk telinga ibu mendengarnya..Malah yang lebih menerujakan, Ika akan mengajar adiknya satu persatu huruf rumi, jawi dan nombor supaya adiknya keletah berbicara dan bijak sepertinya satu hari nanti..
Tempat Si Kenits berdua tu menonjolkan bakat diri malah peluang Si Kakak mengajar Si Adik..
Setiap hari Ika akan bertanya 'Kenapa Ika dah tinggi??, Kenapa Ika lari laju??' Kenapa itu?? Kenapa ini..Tak habis ibunya memberikan jawapan, akan keluar lagi soalan..Dan lagi, dan lagi..Sampai mati kutu dibuatnya..Itulah dia anak..Kalau dah ibunya tak boleh berkata apa..terpaksalah iakan sahaja..Minat Ika yang paling ketara ialah melukis dan mewarna..Walaupun lukisannya tak secantik mana..Tapi Ika tetap yang terhebat di hati ibu..Setiap kali ada kerja sekolah yang dibekalkan cikgu sekolahnya..pasti ada ruangan yang perlu dilukis..Apa lagi tunjuk hebatlah dia..Bila sekali tengok..macam nak tergelaklah pulak..Geli hati..Tapi bila 2,3 kali tengok..lukisannya bisa mencuit hati si pemerhati..Itulah hasil lakaran tangan insan kecil yang suci dan tak mengerti..Apa sahaja yang terlintas difikirannya..tanpa berfikir panjang dilayan sahaja titik2 dan garisan yang terlukis dan bersambung2 hinggalah membentuk sesuatu objek yang memberikan makna yang tersendiri baginya..

Yang paling ika suka ialah melukis ahli keluarganya termasuk atuk dan nenek..Mungkin dia cenderung untuk melukis potret wajah..Siapa tahu satu hari nanti Ika boleh melukis wajah ibu dan papa untuk dijadikan hadiah buat kami..Insyaallah..Ibu yakin Ika boleh lakukannya..Ibu berdoa semoga ika akan berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak yang solehah, insan berhati mulia, baik budi pekerti dan tahu menjaga diri..Amin....
Nak lukis gambar atuk..Nilah di hasilnya..Orang tua kena pakai songkok pada ika agaknya..
Ini nenek..nenek mesti rambutnya bersanggul..

Lakaran Ibu dan adik..Pandai ika membuat perbezaan antara dewasa dengan kanak2..
Lakaran papanya..agak ke depan perutnya..Mungkin bagi ika ia sama dengan karektor papa...
Lastly..Inilah lakaran diri ika..sentiasa tangannya terbuka menggambarkan dia sedia menerima dan belajar apa sahaja asalkan ia mendatangkan manfaat kepada dirinya dan keluarga..
Apa yang pasti..Si Kecil Ika tidak pernah diajar untuk melukis..Apatah lagi tunjuk ajar khas dari ibunya..Sikit2 buat syarat adalah..Tapi dia banyak membuat eksperimentasi dan mencuba sendiri..Begitu juga dengan membaca dan mengira..Semuanya dari sekolah dan dipraktikkan di rumah untuk menjadikan ika lebih faham dan tentunya untuk membuatka ibu juga papa bangga dan gembira dikurniakan anak sekreatif ika..Kaulah Buah hati kami..

No comments:

Post a Comment