Tuesday, August 11, 2009

USTAZAH UNTUK ANAK-ANAKKU..

Hari ini hari pertama mengajar ika mengaji iqra'..Mengaji mudah dengan iqra'..Macam ne leh jadi ustazah tak bertauliah ni??Emm...al-kisahnya adik sepupu yang mengajar ika mengaji nak pergi Mesir untuk melanjutkan pelajarannya..So, sekarang tengah kursus kat Masjid Meru..Jadi tak delah penggantinya yang nak mengajar ika mengaji dan bebudak yang datang mengaji lain tu..Ibunya dah mati kutu, bukan tak leh ajar anak2 mengaji..Insyaallah boleh.Kalau setakat mengenal dan menyebut serta membunyikan huruf, boleh...Tapi ibu ika ni garang sikit..Tak macam Cik Mama dia..Lembut dan penyabar..Ibu ika ni kalu sebutan si anak tak berbutir atau tak reti nak sebut/terlupa, mulalah nak marah..silap haribulan kena cubit..Mujur rotan tak ada..Nanti garang macam embahnya kat kampung ngajar papnya ngaji dulu2..

Menyesal pulak tak hantar ika mengaji awal2 tahun dulu..Ibunya ni fikir, masa tu ika kecil lagi..Pemalu pulak tu..So, nak built keyakinan ika, kena bina kat sekolah dulu..Bila ika dah ok berkawan di sekolah, barulah ika belajar satu lagi benda yang baru..Ibunya ni juga fikir, ika belum get use dengan school life yang memenatkan...Sebab dulu ika tido awal..Kul 8.30 malam dah tenyeh2 mata..esok paginya pulak nak bangun pergi sekolah..Mujur ika tak pernah meragam bangun pagi bile nak p sekolah..so, bila dah 1/2 tahun, everything going just fine..barulah tergerak nak hantar ika..Bila ditanya ika nak ngaji tak?? Dia kata nak..So, pertanyaan dah dijawab..Tinggal tunggu masa yang sesuai je..

Baru je ika bertukar ke iqra' 2, cik Mamanya dah terima tawaran untuk ke Mesir..Dulu ditolak..Tapi kini hatinya dah terbuka untuk belajar..Tak pelah..Ika pulak dah serasi dengan Cik Mamanya..Bila hantar mengaji semalam, patutlah clear je depan rumah Makcik..Sepasang selipar pun tak de..Selalunya penuh..Bebudak dah tak mengaji rupanya..Puas fikir,papanya pun kata, ibu jelah ajar ika.. Akhirnya ibu ika ni ambil keputusan untuk ajar je..Alhamdulillah nampaknye ok..Tak lah susah sangat..Sebab tak perlu ajar tajuwid..sebut je..alhamdulillah alya pun nak mengaji juga..Bagus juga ajar ika depan alya...Dia pun nak mengikut sama..Selalu dia tengok je kakaknye p mengaji..Tahu time kakaknye mengaji dan bile ditanya neneknya kakak kat ne..Tahu pulak dia menjawab, kakak aji..Pelat sikit..Kakaknya pakai tudung, dia pun nak pakai tudung..Malam ni alya dah duduk sama2 mengaji Iqra' 1..belasah je alya..Ikut je ibu sebut..Kakaknya pulak pandai pulak bagi kata2 semangat..Pannnnndai adik.. He2..alya mengaji pakai tudung kakaknya..Atas bertutup, bawah pulak berseluar pendek..He2..Anak..anak...Harap dapat teruskan sampai habis..Lagi2 nak masuk bulan puasa..Lebih afdhal...

Psss...Cik Tie. ( ustazah bertauliah ), ika dan alya nak ngaji dengan Cik tie leh??Nanti ibu hantar..Berapa bayaran??He2..

No comments:

Post a Comment