Sunday, August 9, 2009

MACAM DALAM GUA DAA....

Sepanjang hari kami 4 beranak ni dok kat rumah..Dari sabtu hinggalah hari ni..Emm.naik jemu jugalah..Memandangkan hubby tak sihat, mengalah je lah..Tak ke mana2 pun..Keluar ke kedai pun tidak..Cuma dapat kunjungan daripada abang ipar sekeluarga petang semalam..Dengar je adiknya tak sihat, cepat2 long datang ke rumah menjenguk..Rupa2nya anak long pun demam..Sian, sama2 demam..Yang tu lagi budak kecik..Lemah je tengok atin..Abang kira ok lah orang dewasa..Tak delah nampak tak bermaya je..Tapi kalau diikutkan hajat birthday papa ni, nak dilayan bagaikan raja..Lebih dari hari2 biasa..Emmm..raja betullah..Memang Allah makbulkan hajat hubby..Kena berehat betul2..Si dayang nilah yang kejut makan ubat, p kedai cari lauk untuk dimasak buat hidangan tengahari..Mujur makan je tak bersuap..Sebab dayang ni sibuk juga dengan kanak2 riang 2 orang tu..Menu tambahan special yang tak ada hari2 biasa pun dimasak..BUBUR AYAM..

Emmm...hati yang memendam ni dah menjeri2 je..nak keluar, nak jalan2..nak p cuci mata...Tapi tak boleh..Abang tak sihat..Buang karen je jalan2 kalu nanti dia muram je..Mujurlah kat belakang tu rumah mak..Adelah gak keluar kejap2 amik tu lah, amik nilah, tolong mak menumis sayurlah..Kalau tak mahunye kami ni keras dalam rumah..Mujur jugalah ada internet, broadband ni..Dapat gaklah melayari internet, tengok2 blog, godek2 facebook, chatting dengan kawan2 bertanyakan khabar..Kalau tak mesti boring tahap 8 nye..Sepanjang masa dok dalam bilik je..Selesai makan dan solat je lepak bilik..Nak layan astro pun cerita ntah ape2 ntah..tu yang memanjang dok kat bilik..Dah serupa gua daaa..Tapi ni gua ber-air-cond..Sejuk tu....Macam hotel 5 star..

Baru rabu lepas adik tolong pasangkan air-cond..Thanks to im sebab percepatkan proses pemasangan air-cond yang kalu diikutkan hari ni baru nak pasang..Serba serbi tentang air-cond semuanya im yang uruskan..Dari pembelian hinggalah pemasangan..Sebab dia kerja buat wiring..Air-cond yang bagus pun dialah yang tahu..Sape2 nak buat wiring rumah, pasang dan service air-cond, panggillah adik yan ni..He2..promote nampak..Kalu ikut kami,nampak yang cantik design je. terus beli...Pasal Function bantai je..Kerja Kami pulak, cuma sediakan sahaja ongkosnya..Alhamdulillah semuanya dikongsi bersama..Berkat ikat perut..he2..dapatlah gak pasang air-cond kat dalam gua ni..He2..Nak bagi anak2 selesa..Tido pun lebih lena..Memandangkan cuaca sekarang yang tak menentu dan panas memanjang..Belilah satu..

He2...tengok hubby makin ok..Ada chance nak keluar ni..walaupun ke kedai depan..Dah dari pagi tadi tido sampai kul 2ptg baru bangun..mesti abang dah ok..Penangan makan ubat, tido je memanjang..Mujur kami 3 beranak ni pandai cari hiburan masing2..Tak delah boring sangat2..walaupun boringlah jugak sikit2..Nak p makan kenduri pun tak jadi..Makan tengahari tak lagi sebab tak de menda yang nak dimasakkan..cuma makan makaroni goreng diulang2..he2..Alasan makin kuat untuk keluar cari makanan nih..apa lagi..Bersiaap..Hu2..tak jadi, datang balik lak sakit kepala abang..Kenalah masak pe yang ada..Baru teringat mak bagi ikan 3 potong..Im memancing kolam malam tadi..Emmm..bertapa lagilah dalam gua..Redha..Di sinilah kebahagiaanku bersama suami dan anak2..

No comments:

Post a Comment