Semalam ipar dan mentua berbicara nak masak ape agaknya sebagai juadah berbuka..Daging ada tapi puasa pertama yang lepas dah masak kari..So, dengan tak segan tak silu pun, si aryanti ni pun mencadangkan, apa kata kita masak daging masak black papper..Perghhh..sedap tu..Emm...dengar je cadangan aku tu, terus mak dan adik ipar kata, boleh gak..masaklah..Hari ini yan jadi tukang masak..Si suami pulak kata boleh ke?? Biasalah, si isteri di rumah jarang masak..Kalau masak pun berkala..Di sini seronok nak masak..Ramai yang nak menghabiskannya..Banyak mulut yang ready nganga je..Adik beradik ramailah katakan..Tak masuk lagi cucu mak abah..Penuhlah kalau kami ni naik bas ramai2..He2..
So, menu petang semalam daging masak black papper dan sayur cendawan tumis campur udang dan bunga kantan..Terangkat beb..Kat sini ramai pulak anak dara jadi ramailah kaki tangan yang membantu apa yang patut..Menu tambahan kuih popia goreng pembuka selera dan onde2 buah melaka pemanis mulut..Huh! memang licin..Yang bestnya masak kat sini, tak de sapa nak argue kenapa masak macam tu, kenapa tak masak macam ni..mak mentua serah bulat2 pada aku..Tu yang syok je masak macam kat umah sendiri..hilanglah gabra dok diperhati..tak delah rimas orang tengok betul ke tak betul masak..sebab aku bukannya chef hebat..main potong, campak2 je..Janji leh makan..Dan dekorasi tu penting..Kasi naik selera..
Bau sahaja dan mengundang lapo orang berpuasa yang sedia ada..Seronok bila adik ipar datang menjengah tengok apa yang dimasak dek kakak iparnya nih, sampai dia kata, tak sabar nak berbuka..Alhamdulillah semuanya siap tersedia tepat pukul 7.15..Bagi sayur dan lauk panas2 untuk orang berpuasa..Betullah orang kata seronoknya menyediakan makanan untuk orang berpuasa..Juadah habis dimakan, sendawa tanda kenyang dan gembira dan aku pun tumpanglah pahala orang yang berpuasa ni..Cuma last komen, pedas..Dah nama black papper..Padaslah dia..May be kerana belah mentua tak berapa pandai sangat makan pedas..Anaknya Muhamad Arif ni je yang dah get used dan terlepas dengan makanan2 pedas..Dulu tak tahan juga..Bila si isteri suka macam tu..dia telan je..untuk bersikap adil, si isteri ni cubalah kurangkan sedikit rasa pedas tu..kalau tidak dulu, masak je mesti pedas terbakar..he2..
Crescent Moon Photos for 1 Safar 1446 AH
-
The month of Safar is the second month in the islamic calendar or hijri
calendar. This year, most muslim countries enter the first day of the month
of Safa...
3 months ago
No comments:
Post a Comment