Semalam MC sebab sakit lutut lagi..Dah selalu sangat sakit lutut..Tapi dah lama tak sakit..Ni dia datang lagi..Bukan faktor usia..Ada yang kata muda2 dah sakit lutut..Mengaku juga..He2..tapi faktornya lebih kepada masa remaja dulu aktif bersukan..Acara apa yang aryanti ni tak ambil..Asal ada pertandingan olahraga?? Sukan sekolah, merentas desa, mewakili sekolah di peringkat MSSD untuk acara padang jarak jauh dan hoki juga..Emm..tamak?? Tak..Cuma nak mencuba..At last bila dah tak aktif..inilah impak jangka panjangnya..
Bidang perguruan yang memerlukan banyak pergerakan ke sini dan ke sana..Mendaki sekolah tingkat yang paling tinggi iaitu tingkat 4..Apa ada kat atas nu?? Bilik Seni SMKSKI lah..Dari tahun pertama hingga tahun ini dah masuk tahun ke 6 aku mengajar di SMKSKI, selama itulah puas aku mendaki rumah kami atas bukit tu..Tinggi tak tinggi, tanyalah cikgu2 SKI dan cikgu2 sekolah baru..Tak de maknanya kerajaan nak bina sekolah rendah2..Mungkin akan datang tingkat 5 pun ada..Tak tahulah kalu masa akan datang ada lif atau eskelator..Bertuahnya badan..Ada yang tersepit kat lif gamaknya.. Dari tahun pertama mengadungkan ika turun naik bilik seni tu dah jadi perkara biasa..Tak merungut pun..Cuma bila penat sebab bawa baby yang terlebih muatan ni barulah, mengadu..penatnya....
Sampaikan masa mengandungkan alya, still lagi sabar dan setia mendaki tangga yang tak pernah kurang tu..Hinggalah pada haru turun tanda nak bersalinkan alya pun , masih turun 4, 5 kali untuk naik ke bilik seni ambil barang dan jemput para pentadbir untuk ke pameran seni buat julung kalinya yang paling grand kehadiran Wazir untuk memeriahkan dan meramaikan ahli panitia seni yang tak sampai 3 orang ahlinya..Hinggakan wazirlah yang menjadi saksi cikgu arynti ini pucat lesi dek kerana menahan sakit nak bersalin..Tapi dia steady je and berkata tahan yan tahan..Baby jangan keluar dulu..Berkat naik turun tangga ini jugalah agaknya yang memudahkan aku bersalinkan alya..Pagi sakit sikit, tengahari sakit banyak..petang dah bersalin..Orang di sekolah pun tak habis mesyuarat lagi..Alhamdulillah...
Tapi kesan sampingan dek kerana aktif bersukan, banyak pergerakan and carry baby masa naik tangga turun tangga sekolah, menjadikan lutut aku sakit tak terkata..Memang ada masa2nya..Tapi bila dah kena..Satu malam tak boleh tido..Nak beli E-BANE macam dalam iklan yang Jalaluddin Hassan pakai, macam tak leh percaya je..Iklanlah katakan..So, pergi jelah check doktor..Doktor kata bukan tulang reput..Syukur...Cuma sendi lutut haus kerana banyak movement..Lagi2 kerjaya guru..( Pengorbanan guru tu..) tambah lagi dengan sejarah gemilang bekas olahragawati sekolah dolu2..He2..terima sahajalah kesakitan yang ada..Lagipun bukan tak biasa..Cuma kadang kala nak berehat bila kesakitan yang dialami teramatlah sangat..Kesakitan mungkin bertambah dek kerana seminggu mencuba gaya kasut buatan parazzi..2 inci tingginya..Bru 2 inci..Em..akibatnya, hari ini ke sekolah dan sepanjang masa memakai selipar cap crocodlie yang cukup selesa..So, untuk menahan kesakitan dan memperbaiki sendi tisu lutut yang ada, kenalah telan ubat yang paling aku tak suka 2 kali sehari secara berterusan..Harap berbaloilah dengan makan ubat andainya semuanya pulih seperti sedia kala..Insyaallah..
Crescent Moon Photos for 1 Safar 1446 AH
-
The month of Safar is the second month in the islamic calendar or hijri
calendar. This year, most muslim countries enter the first day of the month
of Safa...
3 months ago
No comments:
Post a Comment