Hari ini ada majlis dengan sahabat2 di Gold Course Klang..Pagi2 dah pergi mengikut arahan yang terterapada kad jemputan, pukul 7.15 mestia ada kat sana..So, 7.15 pagilah sampai..Ni nak balik kampung untuk nyambut puasa pertama di Jerantut..Dari Gold Course ke Jerantutlah..Tak boleh catat panjang2, nanti sampai kg, catat lagi..Nak p kemas beg..Hubby dah pesan pas hubby balik dari solat jumaat..Kami cabut..Sok sahur di kampung..Selasa baru balik sini..Pe pun hari ini cukup menggembirakan...Nak gambarkan kegembiraan?? Tengok dulu gambar2 ni..Bersambung.....
Hah..ni dah sampai d kampung..Alhamdulillah..Semuanya berjalan dengan baik..Perjalanan balik jam sedikit..Ramai yang balik kampung untuk menunaikan puasa pertama dengan keluarga..Kebetulan pula cuti hujung minggu dan cuti sekolah, makanya ramailah yang balik dan memenuhkan lebuhraya yang biasanya lengang saja..Perjalanan yang jauh seperti biasa tak terasa..Macam dari klang ke KL sahaja..dah biasa balik kampung..Cuma agak lambat sampai sikit sebab banyak berhenti..Al-maklumlah balik pun beramai2..Sekali balik dengan abang ipar dan biras..Satu kereta berhenti, kami pun ikut..Bila ada yang nak buat temujanji dengan Cek Toilet, kami pun join sama..Pukul 12 malam baru sampai..Alhamdulillah..
Cerita hi Gold Course pulak, memang panjang lebar kalau nak diceritakan..So, make it short lah..Seronok betul dapat jumpa Cikgu2 SMK Rantau Panjang..Rindu nak jumpa cikgu akhirnya terlerai juga..Ini kali ke 2 tahun ni dapt jumpa cikgu tingkatan aku ni dalam majlis rasmi..Kali pertama di HITC Klang Parade..Ni di majlis APC..Cikgu Abu Hashim..Bila bertemu terus cikgu kata, cikgu borek anak murid rintik..Alhamdulillah cikgu, kalau bukan kerana cikgu, tak delah saya di sini di tahap sekarang ini..Semua atas usaha dan tunjuk ajar cikgu yang tak jemu2..Terima Kasih cikgu..Buat rakan2 penerima APC tahniah..Anda semua memang layak and all of u are great teacher, great person and great friends..Semoga anda semua akan terus cemerlang..Insyaallah..
Crescent Moon Photos for 1 Safar 1446 AH
-
The month of Safar is the second month in the islamic calendar or hijri
calendar. This year, most muslim countries enter the first day of the month
of Safa...
3 months ago
No comments:
Post a Comment