Perjalanan balik dari kampung pagi tadi bermula daripada pukul 11pagi hinggalah 3.30 petang agak memenatkan buat co-pilot yang asyik tertidur berbanding hubby yang gagah bersengkang mata untuk meneruskan perjalanan biarpun dalam situasi berpuasa..Terima kasih sayang kerana tak merungut..malah bila di offer, biar yan drive jelah hari ini..Abang dok sebelah pulak..Risau si suami mengantuk..He refused..but he still ok..gagah seperti biasa n never say tak boleh..Tu yang respect padanya..
Sebenarnya perjalanan balik taklah mengambil masa yang lama..Kalau tak menyinggah, 3 jam pun dah boleh sampai..Sebelum balik Selangor sempat singgah kedai emas di Jerantut..He2..tindik telinga alya..Dah lama main tarik tali dengan alya..Puas pujuk dia tindik..tapi lama2 termakan juga pujukan ibunya..senang je..Ibu tindik, kakak tindik, ibu dan kakak cantik..adik tak tindik tak cantik..He2..menangis jugalah dia..Biasalah tu..budak2 takut..at last pancing dengan bola mickey mouse..Senyaplah dia dari menangis tu...Yang buat lagi lambat sampai, kami p beli barang dapur sikit sambil menyinggah solat zohor di Tesco..Sebab kebetulan lalu kat situ..Dapatlah membeli pe yang patut..Maklumlah dapur masak sebelum ni di kampung..Di syurga dunia umah sendiri zero..tak de pe2 yang boleh dijadikan lauk untuk berbuka petang kang..Sambil membelek2..Ternampak pulak kelibat kawan2 sekolah..Kak Bib dan Kak Arbaiyah..Masing2 pun shopping beli barang dapur..Penuh nampaknya troli..Cuma sempat bertegur sapa dengan Kak Kib je..Kak Arbaiyah tak terkejor..Laju bebenor..
Sampai umah kemas2 kit..terus masak n rehat kejap..Sempatlah masak sambal udang..yang tak sempat sayur...Tunggu nak ditumis je..Belum sempat, emak dah datang hantar sayur campur..Nyum2..alhamdulillah..rezeki..sayur yang dah siap dipotong tadi tu buat sayur sahur nanti..Jimat..Lauk?? Tengoklah sekreatif mana cek yan ni..kalu leh nak jadi kreatif macam Cik Mazidah tu..Boleh ker?? Alhamdulillah, hubby makan dengan penuh selera..Berbuka dengan cara sederhana..Lagipun yang puasa si dia sahaja.Tak adelah yang ngidam tu ngidam ni..Yang penting ada petai pembuka selera..selesai berbuka, si isteri bertanya..Tarrawih malam ni??? Insyaallah..Hummmmhhh..jawapan yang paling seronok didengar..Maklumlah dah drive 4 jam tadi..Tak penat ker??? Daripada berkata tak..ada harapan si hubby mengumpul pahala malam ni..Insyaallah..Ika?? Dengar papanya nak tarrawih..Laju je ika kata dia nak ikut.
Hari ini dalam sejarah ..Ika p tarrawih..Tapi bukan dengan papanya..Dengan acunya..Papa saf lelaki..Budak pompuan tak leh join..Kalu dia ngantuk, payah nanti..tanya acu..Biasanya dia p.Lagi2 ada kawan..Dulu si ibu nilah yang menjadi peneman..teman berebut saf dekat dengan kipas ( he2 )..la ni tak leh p...Tak kanlah sampai hati..Bak kata ika, ibu pergilah solat tarrawih di surau..Tinggal adik pada nenek..Biar nenek jaga..Hai..banyak cantik..Awak sedap beribadah, mak kat rumah sibuk jaga anak kita..Tak boleh..tak pelah..Dulu ibu dah puas tarrawih di surau..la ni biar kat umah je..Dah de tanggungjawab..pe pun ibu sangat bangga dengan ika..Balik tarrawih tadi tak ngadu ngantuk pun..Tanya ok ke??Tak ngantuk?? Ok jawabnya..Lepas tu tak banyak bunyi..terus minta susu..Nak tido..Ni..si ika dah selamat mimpi..sok tarrawih lagi?? Insyaallah..
Crescent Moon Photos for 1 Safar 1446 AH
-
The month of Safar is the second month in the islamic calendar or hijri
calendar. This year, most muslim countries enter the first day of the month
of Safa...
3 months ago
No comments:
Post a Comment