Tuesday, August 11, 2009

AIR MATA ADALAH PENAWAR DUKA..

Sekiranya kita bersedih, air matalah peneman setia..Tak kira masa dan tempat ia sahajalah yang menanti kita dengan sabar..Dan ajaibnya air mata mampu menghilangkan sedikit duka di hati kita..Tak salah sekiranya kita menangis dan menitiskan air mata..Baik lelaki ataupun perempuan, air mata adalah milik kita semua..Jangan kata lelaki tidak boleh menangis dan menitiskan air mata..Dan jangan kata pula hanya perempuan sahaja yang bersenjatakan air mata..Gunakanlah ia sebaik2nya kerana ia ciptaan Yang Maha Esa dan mempunyai fungsi dan peranan tersendiri dalam kehidupan manusia..

Kenapa manusia menitiskan air mata??Suka2?? Saje je nak test power?? atau memang kita ni ratu dan raja air mata?? Hanya diri sendiri yang mampu menilaikannya..Tapi orang tak kan sesaja menitiskan air mata..Lainlah kalau kita ni pelakon yang melakonkan watak sedih, babak2 nangis, kesat2 air mata dan mencurahkan air mata..Hingga digelarkan pelakon air mata..Sebenarnya dengan menangis dan menitiskan air mata, sedikit kedukaan di hati kita akan berkurangan..Tak delah selesai masalah dengan menangis..Tapi itulah perkara pertama yang kita buat untuk melegakan dan meredakan sedikit musibah yang melanda diri..

Jangan malu sekiranya kita menitiskan dan berkongsikan duka dengan sahabat atau sesiapa sahaja yang kita percaya..Masalah tidak akan selesai walaupun sedikit jika kita tidak cuba untuk memulihkan semangat kita dahulu sebelum melangkah dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu..ada yang berkata, sekiranya kita hilang kasih sayang, kita hilang separuh daripada hidup kita tapi kalau kita hilang semangat, kita akan hilang keseluruhan hidup kita..Jadi kita kena bersemangat dan bangkit untuk teruskan kehidupan kita walau apa jua dugaan yang perlu ditempuh dan bakal melanda hidup kita..

Percayalah ALLAH memilih hambaNYA untuk diduga..Dan dengan titisan air mata, sebenarnya ia mensucikan dosa-dosa kita..Kenapa ALLAH berikan kita sakit?? Itu tandanya ALLAH sayang kita..Supaya kita beringat dan sentiasa muhasabah diri..Bila kita berdoa dibolehkan untuk kita menitiskan air mata..Kenapa?? Sebab bila kita menitiskan air mata sebenarnya kita mengadu pada Yang Maha Esa..Dan ia membuatkan kita lebih dekat lagi kepadaNYA..Menangislah sepuas2nya sehingga kesakitan kita terasa makin reda..Tapi, jangan sampai bengkak mata..Buruk pulak nanti jadinya..He2...sebab kesan terlalu banyak mengeluarkan air mata nanti jadi buta macam kassim selamat..Hik2..ye ke??Tak lah..Cuma bila kita menangis ye2..Ia memberikan kesan kepada diri kita...Tambah stress, buah pinggang mengecut dan tidak dapat berfungsi dengan baik dan memjejaskan kitaran normal organ dalam kita..Ai...macam doktorlah pulak..So, used it wisely..Bila perlu gunakanlah ia..Ok..ceria2kan hari anda dengan senyuman kerana senyuman ubat terbaik untuk kita selepas melalui tangisan dan air mata..Daaa...

No comments:

Post a Comment