Terima sahajalah apa yang sudah terjadi..Sudah memang ketentuan dan tertulis dalam coretan hidup oleh Yang Maha Esa..Sedih perkara yang biasa dilalui oleh manusia normal yang punyai hati dan perasaan seperti aku ni..Tipulah kalau kata aku langsung tak rasa apa2 atas apa yang terjadi..Kalau orang lain pun pasti melakukan perkara yang sama sekiranya melalui saat2 sukar seperti aku ni..Menangis..sedih..kecewa..Cuma penerimaan kita terhadap apa yang dah ditentukan olehNYA tu yang berbeza2 bagi setiap manusia..Tapi sebagai seorang muslim, aku dah diajar untuk menerima qada' dan qadar..
Al- kisahnya nak dijadikan cerita, semua ni berlaku dengan sekelip mata..Tak disangka2 dan diduga..Namun segala yang berlaku adalah dugaan semata-mata..Jadi sekarang ni masih mampu tersenyum dan berlagak sepaerti biasa..Menangis air mata darah sekalipun tak kan dapat memulihkan ia seperti sedia kala..Nak tahu apa dia???? Kereta Myvi yang tak sampai pun 2 bulan pakai tu dah hancur..Tang mana yang hancur tu?Emmm...bukanlah hancur semua..Cermin belakang kereta sahaja..Mujur body and bahagian2 lain tak pe2...Kira kalau sekali pandang memang tak dijangka kenapa ia tertutup elok di parking kereta bak besi buruk yang menunggu masa nak dilenyek2kan sahaja..
Kejadian berlaku tanpa disengajakan..Jumaat lepas Abah potong rumput menggunakan mesin di sekitar rumah kami..Entak kenapa hari tu tak seperti hari2 biasa..selalu bukan hanya abah potong rumput, adik pasang air-cond pun kami alihkan kereta..Takut terkena serpihan batu atau batu melantun kena cermin..Mujur cermin sliding door tak boleh tanggalkan..Kalau boleh, dah kami tanggalkan kalau abanh ak buat kerja..Cermin pintu sliding tu pun kebal betul..dah banyak kali terkena lantunan batu abah mesin rumput..tapi masih utuh hingga sekarang..Entah, kenapa hari tu macam malas je..Bak kata orang jawa Ayeemmm je..Buat dek je..buat2 tak tahu..Walhal dah dengar bunyi mesin rumput tu ngong-ngeng,ngong-ngeng mencantas apa sahaja yang ada depan matanya..
Sampailah satu ketika, tiba terdetik kenapa tak alihkan kereta??Nanti kena cermin baru tahu..Elok pulak kereta Myvi yang parking kat situ..Waja adik lelaki bawa ke Uitm kerana ada urusan kerja..Tinggalah sebiji kereta ala2 baru tu menunggu masa untuk dipecahkan cermin belakangnya sesaja..Tuan empunyanya tak faham2 bahasa..rileks je..Siap bergaduh2 manja dengan hubby..Abanglah alikan kereta..Yang si suami pulak, yanglah alihkan kereta..Last2..Si isteri mengalah..bangun dan capai kunci di dapur..Lambat beberapa saat sahaja sebab cari tudung yang nak disarung tak jumpa..DUPPPPP!!!! Berderau darah..Hati ni tak mahu percaya..percaya yang kereta dah kena batu..Kalau kena pun, kat body tak pe..Kuat bunyi tu boleh didengar kami di dalam rumah..
Perlahan2 buka tingkap tengok apa yang tak kena..Tanya abah kenapa??? Orang tua tu pun tak banyak bicara..Mungkin dia pun terkejut dan tak sangka yang batu melantun terkena cermin kereta..Semuanya berlau dengan sekelip mata..Allah dah tentukan, kereta baru yang nak kena..Nak tengok reaksi dan penerimaan hambaNYA ni macam mana..Marah ke, sedih ke, memberontak ke..Dan yang penting macam mana reaksi si anak pada abahnya..sabar2...Tenang2..Semua dah jadi..Menangis jugalah..rasa macam tak percaya..tapi kena percaya juga..Retak seribu cermin kereta tu, retak jugalah hati aryanti ini..Suami???Dia pun speachless..terkedu..Bukan masanya nak meyalahkan sesiapa dan menuding jari siapa punya angkara..yang penting kita kena redha dan muhasabah diri..Tentu ada hikmah disebaliknya..Allah punya kerja..
Sekarang ni dok fikir nak cekau duit dari mana??? 2 minggu lepas baru beli air-cond..Baru jugalah pasang angan2 nak beli microwave oven hujung bulan ni memandangkan nak berpuasa minggu depan ni..1 Bulan nak ditempuh bangun pagi masak lauk untuk sahur..jadi kalau ada microwave senanglah sikit kerja..agak2 tak sempat atau tak larat nak masak, main panas2kan je..Jimat masa dan tak perlu banyak proses cuci mencuci ( Kuali dan pinggan )..Al- maklumlah, mengantuk sangat sebab bangun pepagi masak lauk bersahur, sampai pernah cikgu aryanti ni terlelap beberapa saat kat traffic light dan yang paling mengerikan, pernah terlelap beberapa saat ketika memandu..Mujur jalan kampung dan bawa slow..tak kalu..sayonara..Emmm..nampaknya kena tangguhkan dululah impian tu..Silap2 haribulan berkubur lagilah impian tu seperti tahun2 lepas..Tahun depan gali balik impian tu dan cuba pastikan ia tercapai..Insyaallah..
Pun begitu penerimaan suami dan berjanji untuk sama kongsi rm gantikan cermin kereta tu, membuatkan aku hampir2 terlupa yang Myvi kesayangan tu baru sahaja mengalami kerosakan..Adik lelaki yang tak tahan tengok kakaknya menangis pun faham dan berjanji untuk hulurkan sedikit bantuan untuk membayar 1/2 dari kos pemasangan cermin yang baru..Katanya, takpelah bahagian abah biar dia bayar kerana dia satu2nya anak lelaki abah dan pada dia sahajalah disandarkan harapan..Nak minta abah ganti, memang tak mungkin..Tak kanlah anak sampai hati nak minta duit abahnya semata2 untuk membayar apa yang berlaku secara tidak sengaja..Redha..Ada rezeki ada..Tak ada, tak pelah..Biar je kereta tu dok diam saje..Nampaknya kenalah naik kereta manual untuk jangkamasa yang agak lama..Back to normal..
Crescent Moon Photos for 1 Safar 1446 AH
-
The month of Safar is the second month in the islamic calendar or hijri
calendar. This year, most muslim countries enter the first day of the month
of Safa...
3 months ago
No comments:
Post a Comment