Guru satu Malaysia sibuk mentelaah, mengulangkaji, membuat latihan menggunakan berbagai2 cara..Ada yang baca buku sampai naik lunyai buku rujukan tu..Ada yang membuat latihan dalam buku soalan2 contoh ( salah satu cara membaca )..Ada juga yang canggih sikit..Mengulangkaji melalui internet..Cari bahan bacaan, soalan2 untuk dibuat secara on line..Macam2 cara daa..Tapi kalau dah memang semakin berumur, aya ingatan pun makin lemah dan otak pun makin berkarat..Buatlah cara apa pun untuk mengulankaji..Tetap tak dapat ingat juga..Kalaulah dengan merebus buku rujukan dan diminum airnya boleh ingat segala isi2 buku tu..Dah lama kami buat..
Sebenarnya semuanya tergantung kepada diri sendiri dan kemahuan kita..Kalau nak berjaya, buatlah apa cara pun..Insyaallah boleh..Kalau memang dah set in mind, nak buat main2..Main2lah jadinya..Tapi ada yang main2, main terkena..Itu semua nasib..Dah kami diminta untuk mengambil ujian ptk bagi menguji tahap kecekapan kami..kami ambillah..Dan berita gembiranya kalau lulus dengan cemerlang, dapatlah naik tangga gaji..Al kisahnya si cikgu aryanti ni dah masuk 4 kali ambil ptk..Tak juga lepas2..Best result cuma III, III jer..bilanya nak jadi IV, IV ? Paling tidak pun, lepas satu paper IV pun jadilah..Ni tak, pernah sekali dapat I, III..Memalukan betul..Ada yang bertuah ambil sekali sahaja pun dah lepas IV, IV..Tak pun lepas IV untuk satu paper..
Ini tak boleh jadi..Kena ambil tindakan drastik nih..So, untuk ptk tahun ni bagai nak rak mengulangkaji..Rasa2 baca buku sahaja tak cukup..Latihan dalam buku contoh soalan pun dah buat tahun2 lepas..So, kebetulan dah pandai melayari internet ni, jawablah soalan2 secara online..Terima kasih kepada Kak Mazidah kerana sediakan bahan dan pautan adress laman web yang mengandungi maklumat dan bahan bacaan ptk dalam blog akak..Membantu sangat..Kebetulan pulak rakan2 dalam facebook pun ada bagi add ptk..sama2 cikgu pulak tu..sama2 nak study..Jadi persediaan kali ini taklah boring sangat..Makin canggih teknologi sekarang..Boleh tak pas nih mengajar melalui internet jer..Tak yah p sekolah?? He2..Gila ke apa yan ni..Tahun ni nak cuba Pengurusan HEM pulak untuk paper khusus..Dah berkali2 ambil p&P tak lepas2 juga..Saje nak test power..keh2..Tapi yang sedihnya, bahan bacaan dan buku nota langsung tak jumpe..Jadi macam pergi berperang tak pakai senjatalah..Belasah je..
Alhamdulillah jawab kertas khusus tak berapa bermasalah..Alhamdulillah boleh..Tengok sahajalah resultnya nanti..Yang tak puas hati langsung paper umum..Susahnya ya amat..Tak boleh nak kata..dah terbayang result ptk nanti tak I, II..Kompom tak boleh jawab..Soalan ada, jawapan tak ada..Mcama mana tu?? Jawapannya semuanya lebih kurang sama..mengelirukan..Betul kata kak Mazidah..terer tul LPM..Buat soalan yang jawapannya lebih kurang sama je..Pilih A salah, B salah..C dan D pun salah...Last2 main tembak je..Jeles tengok orang lain boleh buka buku..Awak bawa bahan fotostat..Tak dibenarkan..Manalah tahu..issshh..Nyesal tak sudah..Mujur tak ikut hati nak juga buka buku fotostat tu..Sebab nampak ada juga cikgu2 yang ingkar arahan dan cari juga jawapan..Mentang2lah pengawas yang jaga tak meronda..Berserah jelah yan..Harap2 ada miracle yang terjadi..Keh2..Tapi kalu tak lepas ada sekali lagi nak amik kot..Kali ni biar bawak buku..Ala nak tengok jawapan berkaitan penyata2 tu jer..Tak berapa nak ingat..Apa pun past is past..Let it be the history..Future is our vision..Look foward..
Crescent Moon Photos for 1 Safar 1446 AH
-
The month of Safar is the second month in the islamic calendar or hijri
calendar. This year, most muslim countries enter the first day of the month
of Safa...
3 months ago