Emm..dalam sibuk2 menanda folio sempat2kan juga tengok2 dan baca blog kawan2..Tentu2nye sambil mengupdate blog sendiri..Ngadap folio sepanjang masa bosan gak..Naklah cuci2 mata..Nampaknya kengkawan lain pun sibuk memanjang juga..Dengan pepriksaan, selesai periksa, kertas budak nak ditanda pula..Tu tak kira kerja2 sampingan lain yang menanti untuk diusik..Tak juga gerak2..Jadinya pandai2lah susun masa..Biar semua benda tak terlepas pandang..
Hal folio ni, tinggal 9 folio sahaja yang nak ditanda..Gara2 melayan anak2 nak tengok upin dan ipin dalam laptop nilah yang melambatkan sikit kerja..Ibunya pun joinlah sama bila video tu dah dibuka..Masa untuk anak2 juga perlu ada..Nah..sekarang, terimalah..Tak siap2 juga menanda..Sikit....je lagi..Tapi syukur..masih boleh celik mata lagi..Kalau gagah walau tengah hujan sekarang ni, katil pun dah memanggil2..ajak tido..Cubalah untuk teruskan menanda..Bagi siap..Sebab esok malam banyak lagi yang nak dibuat sebagai persediaan nak ke SMK Meru untuk pentaksiran berkelompok..Lagi pun, kain dan baju dalam bakul tu dah berhari2 tak berlipat..Sampai dah ulang sekali lagi pakai..Tak ambil kat almari pun..Tuang, amik mana yang nak disarung pas tu masukkan balik baki yang belum dilipat..Dahsyat kan??Buat malu je..
Semoga esok hari yang bakal dilalui makin mudah..Dah agak lapang sikit sekarang..Fail panitia pun dah dikemaskini..Tinggal kewangan ( nak berbelanja ) belum berkesempatan..Order barang2 yang perlu je..Emmm..Esok mesyuarat panitia..Ape nak dimesyuaratkan ye..Tak tahu nak cakap pe..Sikit....je lagi nak habis tahun 2009..Kalau dah selesai folio ni..lega rasanya..Macam melepaskan batu besar yang duduk di kepala..
Sekali lagi terima kasih buat suami dan anak2 yang sangat2 memahami..Khas buat papa yang sanggup jaga anak terutamanya alya yang tengah demam lagi dan beli juga makan makanan cap kedai..Sangat membantu dan memudahkan kerja yan..Untuk anak2, sabar ye..SIKIT......JE LAGI.....
Crescent Moon Photos for 1 Safar 1446 AH
-
The month of Safar is the second month in the islamic calendar or hijri
calendar. This year, most muslim countries enter the first day of the month
of Safa...
3 months ago
No comments:
Post a Comment