Friday, July 31, 2009

ALWAYS GIVE AND TAKE..

Emmm.. esok abang patutnya cuti..Tapi kena kerja..Cover rakan sekerjanya..Jadi, kami kena tinggal lagi..Nak buat apa esok dengan anak2 ye..Tengah fikirkan ni..Nak jalan2, homework ika banyak yang nak dibuat..Alya pulak, demam lagi..Sian dia..Sebulan sekali mesti demam..Tak tahulah nape..May be alya tak selasak yang disangka..Nampak je agresif..Tapi bila dah demam, sedih je muka dia..Kalau ikutkan hati ni, tak bagi je abang kerja.Tapi ni jelah peluangnya nak kerja lebih masa..Dapatlah cari rm extra sikit..Bila ditanya boleh tak abang kerja..Mulut pun kata ok jer..Tapi dalam hati ni sebenarnya tak bagi..Kalau boleh cuti2 weekend macam nilah nak berkepit sepanjang masa dan spent time bersama..Tapi dalam kehidupan berumah tangga kita harus saling tolak ansur....Hari ni kita kena faham situasinya ..Esok lusa si suami pula akan faham keadaan kita..
Alhamdulillah aku dipertemukan dengan insan yang bernama Muhammad Arif Bin Rahman..Sentiasa faham aku..Seorang yang penyabar dan rajin membantu memudahkan kerja2 mengurus rumah tangga terutamanya mengurus anak2..Kalau si isteri tak sempat nak masak, abang tak pernah paksa kerana dia sentiasa faham si isteri adakalanya keletihan setelah seharian bekerja..Malah adakalanya, abanglah yang masak juga melayan anak2 makan sementara menunggu ibu ika dan alya ni pulang..Hebat suamiku..abang jugalah yang paling rajin mengemas dan membersihkan rumah kalau si isteri ni tak sempat2 nak buat..Pinggan yang digunakan untuk makan pun dicucinya sendiri..Yang rajin cuci botol susu anak pun abanglah juga..
KAU YANG KU SAYANG..TIAP SAAT DAN TIAP KETIKA..
Yang paling hebat ialah dia yang paling setia..Setia menanti hinggalah aku menamatkan pengajianku di Uitm selama 4 tahun dan kini aku sah menjadi isterinya..Dan sehingga kini jugalah abang masih setia..Setia melayan karenah, kehendakku dan setia untuk menemaniku sampai bila2..Syukurlah abang rajin bekerja..Jadi dia tak pernah meminta2..Kadang2 je rasa tak ok bila abang nak kerja lebih masa..Sebab masa tulah perasaan manja ni datang tiba2..Tapi realitinya, kita kena faham yang hidupnya bukan untuk kita sahaja..Dia perlukan masa dan ruang untuk diri..Bekerja, mencari rezeki untuk menyara keluarga dan isi poket sendiri..So, jadi isteri kenalah faham..Hari ni hari abang, sok lusa tiba hari yan..Sebab yan pun bekerja dan kadang2 sibuk juga..Masa tu abang pula kena faham..So, kenalah ada sikap give and take..

No comments:

Post a Comment