Monday, July 6, 2009

KE MANA PERGINYA SI YAN..

JUMAAT - 3 Julai 2009

Jumaat petang, elok sahaja waktu persekolahan tamat, akulah orang pertama yang laicik dan cabut balik..Tak sabar2 rasanya nak balik..Hati dah memang di rumah..Sampai je di rumah..pack barang..Dah kata nak bawa diri..Betul2 lah ni..Bukan cobaan..Memang nak pergi.Tapi bukan sorang dengan family..Mak, abah dan adik beradik yang lain pun join..Dah lama plan untuk bawa mak abah bercuti..Jadi yang terdekat,pergilah Pulau Pangkor..Bukan nak bawa diri ke mana pun..Tak delah nak larikan diri dari masalah..Saje nak berehat..Lagipun cuti sekolah hari tu tak ke mana2..Jadi terlaksanalah plan nak bercuti..Tu yang tak menulis dalam blog berhari2..Mesti kengkawan bloger tercari2...He2..kan dah bagi hint2 nak bawa diri..
Lokasi perjalanan inilah yang paling aku suka sebab lalu sawah padi..Luas mata memandang.

Memang nostalgia sepanjang perjalanan ke Lumut Perak...Al-maklumlah dulu 4 tahun belajar di UiTM cawangan Perak..4 tahun jugalah berjauhan dari keluarga dan pakwe ( hubby sekarang )..dan 4 tahun jugalah menuntut ilmu demi membawa balik segulung ijazah kebanggaan mak dan abah..Sepanjang jalan tak henti2 berbicara..Dah lain tempat tu, dah berubah tempat ni..Dah maju dan banyak bangunan baru..Saje je adik lelaki bawak pusing2 sekitar rumah kedai bekas UiTM Manjung sebelum terus ke Lumut..Tempat belajar adik lelakiku 'Im' juga di sini..( IKM lumut )..






Lot kedai bekas tapak UiTM Manjung..Di atas dulu kedai runcit tempat membeli keperluan..






Yang paling berubah, lot kedai UiTM Manjung yang digelar UiTM rumah kedai..Aku batch terakhir yang menamatkan pengajian di UiTM Manjung..UiTM Perak dah bertukar lokasi di Sri Iskandar..Kini semuanya dah berubah..Di tempat itulah aku berbasikal ke kedai untuk membeli keperluan pengajian, berjalan kaki untuk ke kuliah yang dekat tak sampai 10 langkah..Dan di public phone itu jugalah aku menghubungi mak dan melepaskan rindu.. Di situ jugalah adikku meminta duit untuk belanja..Macam2 lagi nostalgia di Manjung..Syukur aku berada di tahap sekarang..Tak sia2 belajar 4 tahun dan mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan..





Walaupun dah letih berjalan, sempat juga memberikan pose..he2..








Mak dan abah relax..Jadi tuan dan puan besar hari ini..




Kenangan semalam bersama keluarga setibanya di Lumut yang banyak meninggalkan nostalgia bagiku..





Lumut juga dah banyak berubah..Makin cantik dan menarik..Sesuai untuk lokasi percutian..Tak salah aku memilih lokasi percutian..Menginap di hotel berhadapan jeti 1 malam sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor pada keesokan paginya..Excited sangat nak bawa anak2 dan mak abah berjalan2..
Menunggu suami dan adik lelaki survey hotel..
Dulu pergi lumut bersama anak, kini bersama cucu.
ika dan alya sempat possing dengan acunya setibanya di Lumut..Sabar menanti sambil menikmati keindahan pemandangan senja di Jeti Lumut..

SABTU - 4 Julai 2009


Pertama kali naik bot..Mujur tak ada yang mabuk lauk dan muntah2.

Terlaksana impian ika dan alya nak naik bot..Selalu dapat tengok bot bergerak di Tanjung Harapan je..Hari ni..antara saat bahagia bagi kami sekeluarga..Tergambar keceriaan dan kegembiraan di wajah mak, abah dan adik-beradik..Inilah masanya kami sekeluarga berkumpul dan merapatkan lagi hubungan. Sebelum ni masing2 sibuk bekerja. Sampai kadang2 tak sempat pun nak berbual atau bertegur sapa..Saja juga bawa mak dan abah berjalan..Dulu nak berjalan susah..Tak ada kenderaan..Mak hantar aku mendaftar di UiTM pun sewa kereta orang..Boleh dikira..2 kali je mak dan abah datang tengok di UiTM sepanjang 4 tahun dulu..Banyak kos yang nak dibelanjakan kalu nak pergi sana..Kami bukan orang senang..Kini masing2 dah berkereta..2 kereta MyVI memecut laju menuju ke destinasi..
Dulu sendirian di Lumut..Kini berempat..
Sebelum check out, sempat bergambar dalam bilik hotel yang tak seberapanya..Bolehlaaa..
Pak Lang ika dan alya paling banyak menyumbang dan sponsor itu ini sepanjang percutian..TQ















Alya yang ketakutan dipukul ombak..Acunya paksa alya mandi laut..Menangis dia..

Memori sepanjang di Teluk Nipah..Tak dapat digambarkan kegembiraan mereka..Lihat sajalah..
Masa untuk merehatkan minda...














Sempat ika buat homework..Siap pulak kedua2 buku..Tahniah anakku..Kalu tak, balik sok..mau dia tak buat..Alya pun join sama..














AHAD - 5 Julai 2009
Sebelum balik dah plan nak mandi manda awal pagi..Em..Tak kesampaian..Hujan yang turun membataskan pergerakan..Tak dapatlah aku merasa mandi laut...Semalam sekadar tengok2 je..Adik bongsu pun agak kecewa..Tak pe, lepas ni kita p Cherating atau Pulau Redang pulak..Tak pun buat masa terdekat ni..lepaskanlah gian kat wet world..Ok??Tak pun datanglah balik untuk spend honeymoon dengan Hadi pas kahwin nanti...He2..















Masing2 dah penat..Selesai perjalanan family trip untuk tahun ni..Tahun depan leh plan lagi..Insyaallah.. Harap2 akan ada rezeki lebih..

Tiba di rumah agak lewat..6 petang baru sampai..Menempuh jalan jam yang agak lama di tanjung karang..Akhirnya dengan selamat sampai juga..Dapat juga merehatkan minda dan menghabiskan masa bersama yang tersayang..Sepanjang perjalanan balik, aku bersin tak berhenti2..Badan dah rasa sejuk semacam..Nak demam ke??Hai..orang mandi laut pun tak pe2..Yang jadi pemerhati kat tepi pantai yang demam?? Tu yang MC hari ni..Dapat pulak MC 2 hari daripada doktor..Alhamdulillah..dapatlah berehat dan pulihkan tenaga untuk mengajar rabu nanti...Kelas Folio lagi..Semangat2...
p/s: Lepas makan ubat ni..Nak tidur dan berehat..Doktor kata, Ubat ni buat orang jadi mengantuk..Jadi layaaan..

































































































No comments:

Post a Comment