Rasanya semua orang dewasa yang pernah melalui zaman kanak2 pernah membuat lipatan kertas untuk dijadikan sesuatu bentu berfungsi..Paling mudah buat sampan dan roket..Zaman kita2 dulu manalah ada kapal terbang yang pakai remote control..Jadi dengan kreatifnya buatlah lipatan kertas yang ntah macam mana tetiba je jadi sebuah sampan kecil..Terus buh kat longkang yang airnya mengalir masa hujan..Seronok buat lumba2..Sampan sape menang..Kreatifnya juga kita ni sampai boleh buat bekas berbentuk kotak untuk dijadikan tempat membuang sisa rautan pensel..Dan macam2 lagi..
Tu zaman kanak2 kita..Bila dah dewasa mulalah kita melupakan permainan kita..Sama ada terlupa atau buat2 lupa..Termasuklah ibu pada ika dan alya ni..Bila anak buat permintaan untuk buat sampan..Alamak..lupalah..Macam mana ye..Ibu buatkan roket terbang..Em...macam terer je buat..Lipat asana, lipat sini..Semua tak kena..Tukat kertas lain, tak jadi gak..Tapi try jelah..Tak nak mengecaBila sampai kemuncak untuk eksperimen..Gagal..He2..buat malu je sampai terpaksa minta anakk buah tolong ajarkan balik cara2 nak buat sampan dan roket..Oleh kerana tak nak bebudak kita lupa zaman kanak2 merekalah aku buat origami bersama2 mereka..Mula2 bila ditanya origami..Masing2 tak tahu..Apa tu..Menatang pe gaknya..Em..mereka tak sedar yang origami dah jadi mainan mereka sejak kecil dulu..Cuma masing2 dah mula lupa..Bila diberi arahan, masing2 buatlah lipatan masing2..Macam2 yang keluar..Yang menarik pun ada..Tak kurang yang lipat jadi apa2 ntah..
Yang pastinya melalui seni origami daapat dilihat tahap kesabaran dan ketekunan murid dalam membuat origami..Taka sangka dalam kalangan murid2 ni ada yang berbakat dan komited dalam membuat lipatan2 kertas hingga terhasillah origami yang tak terfikir di minda kita..Cikgunya pun sampai minta diajar buat bentuk2 yang mereka dah hasilkan..Tak lokek pulak murid2 ni nak berkongsi ilmu dan kepandaian mereka dengan cikgunya..Em..nampak lebih terer daripada sifu ni..Tak pelah..Masing2 punyai kelebihan dan kehebatan masing2.. Yang mampu dikatakan..Im impressed..
Sampai keluar peluh jantan si cikgu ni nak hasilkan lipatan berbentuk dinosour..Rumit....sangat..
Tapi dek kerana nak belajar punya pasal..Layannnn..Dan hasilnya alhamdulillah..dengan harapan, lepas ni dapatlah ajar anak di rumah dan perkembangkan lagi ilmu dan sebagai persediaan untuk mengajar origami kepada murid2 di masa2 akan datang..Mana tahu dapat mengajar bebudak khas..tentu mereka seronok sangat..He2..
Crescent Moon Photos for 1 Safar 1446 AH
-
The month of Safar is the second month in the islamic calendar or hijri
calendar. This year, most muslim countries enter the first day of the month
of Safa...
3 months ago
No comments:
Post a Comment