Tuesday, July 7, 2009

DUA HARI DIREHATKAN..

Alhamdulillah..kesihatan bertambah baik..Jenuh juga dok makan ubat 3 kali sehari ..Berbiji2 pulak tu..Tahan jelah..Nak baik..Nanti kalau tak betul2 sembuh, p sekolah esok, aku jugak yang susah..Kali ni memang betul2 rehat..Hubby pun tak ada di rumah..Kerja..Jadi sepanjang masa lepas makan ubat tidurlah..Itu yang dinasihatkan oleh doktor..Oleh kerana dah kebah sikit demam ni, dapatlah p amik ika balik sekolah tadi..Dapatlah tengok gelagat dia tercari2 ibu atau atuknya yang ambil..Semalam tak dapat jemput ika..Atuknya yang jemput..Jadi dah terlepas 1 peluang melihat anak pulang dari sekolah..Tak pe, masih banyak masa lagi..

Kesilapan hari ini yang tidak disengajakan ialah tidak memberitahu pihak sekolah yang aku hari ini mc lagi..Tak pernah2 dapat mc 2 hari..Pertama kali dalam tempoh berkhidmat 6 tahun di SMKSKI, nilah baru dapat 2 hari cuti sakit..Emmm..tu yang jadi terlupa sangat2..Rasa bersalah dan macam2 perasaan lagi..Biasanya tak jadi macam tu..Kalau aku mc, bukan kepada guru yang buat relief aku sms, juga kepada pengetua, pk1, kwn2 rapat..Takut info tak sampai..Tapi hari ini...masaaallah..Tak perasan missed call daripada kak is dan sms daripada kak Shaskinah..Barulah aku tersedar yang aku lupa nak inform..Mulalah gelabah..Takut Puan Amiah marah, relief lambat dibuat dan menyusahkan si pembuat relief..Cepat2 call pejabat dan beritahu kak zana hari ni cuti lagi...Ampuuunnn....Maaaaffff..Tak sengaja..Mungkin kerana masih kurang sihat pagi tadi..Tu yang lupa..Yang teringat hari ni kena siap2kan ika ke sekolah..Inilah yang pertama dan yang terakhir..Aku janji..

Perasaan hari ini, macam biasalah kalau orang dah cuti..Mulalah tak tahu nak buat apa kat sekolah nanti..Malas sikit tu..confirm ada..Tipulah kalau aku cakap tak ada..Betul tak kawan2??He2..Macam mana pun aku tetap sedia untuk apa sahaja..Yang penting masa 2 hari rehat yang diberi ini dah cukup untuk aku memulihkan tenaga..Anak2 juga memahami ibunya tak sihat..Masing2 main sendiri..Suami pulak kebetulan kerja siang..Jadi tak delah sibuk2 nak masak..Malam dia balik, tak banyak karenah..Faham si isteri tak dapat berikan perhatian lebih2..Takut berjangkit..Kalau dua2 demam..susah..
Si kakak pandai melayan adikknya main..

Esok dengan harapan aku dapat bangun dengan penuh bersemangat dan meneruskan tanggungjawab aku sebagai guru di sekolah..Yang kat sekolah ( anak murid ) dah tentu2nya bersorak sakan kalau si cikgu tak datang..Boleh dikira yang sedih atau kecewa cikgunya tak dapat hadir untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran..Pe pun..tunggu...im comingggg...
Peneman ibu di rumah..Tak banyak ragam..
Menceriakan dan meriuhkan suasana rumah yang suram dan sepi..

No comments:

Post a Comment