Saturday, July 25, 2009

LEGA RASANYA..

Dah berbulan2, berhari2,setiap masa dan saat diperuntukan untuk memberikan yang terbaik kepada murid2 di sekolah bagi memastikan folio dan hasil kerja mereka siap mengikut masa yang telah diperuntukkan..Penat, tak larat, pening kepala, lemah badan semuanya ada..Semangat sahaja yang masih belum luntur..Inilah tugas guru..Alhamdulillah semuanya selesai dan berjalan dengan lancar..Sesi penilaian dan pentaksiran KRSV secara berkelompok di SMK Meru jumaat lepas berjalan dengan lancar..Kalau sebelum ni pikul beban dan tanggungjawab, bila selamat ditaksir oleh Cikgu Azrita hari tu, lega rasanya..Macam batu besar yang duduk atas kepala ni baru je dilepaskan...

Hilang semua penat, mengantuk sebab tak cukup tidur..Malah malam sebelum keesokan harinya ditaksir, langsung tak tidur..Buat persediaan terakhir untuk ke Meru..Fail PBS nak dibawa juga disamping hasil artifak juga folio bebudak tu..Mulanya nak bawa waja ke meru..Besar sikit ruang dalam kereta untuk dimampatkan dengan harta2 pelajar seni SMKSKI tu..alih2 bertukar planning..Fikirkan senang nak bawa sebab tekan je..( auto ) berbanding tukar2 gear dan tekan clutch kereta waja..Mujur ada hubby yang membantu loading harta2 tu ke dalam MyVI..Kalau tak, mau patah pinggang ni angkat sorang2..Pangorbanan seorang guru..
Em..sampai sekarang harta2 tu masih statik dan tak bergerak dok dalam kereta tu..Isnin kang terus bawa balik ke sekolah untuk dipindah naik semula ke dalam Bilik Seni tingkat 4 tu..

Jadi sekarang masanya untuk mengqada' apa yang patut diqada'kan..He2..Qada masa dengan anak2 dan suami...Masa tidur dan rehat yang tak cukup..Dan qada'lah apa sahaja yang sewaktu dengannya..Yang pasti. pagi tadi dah penuhi selera ika yang suka sangat makan makaroni goreng..Berselera dia makan..Sebut sahaja nak masak makaroni goreng, bukan main suka dia..Petang tadi pun sempat masak untuk hubby yang nak pergi kerja shift malam..Gembira rasanya dah make sure perut abang dah diisi sebelum pergi kerja..Dan untuk alya, hari ni..dapat ngempeng lebih sikit..Malam pun tidur dah boleh berpeluk dengan ibunya..Maklumlah..selalu dah 3,4 jam anak2 mauk tidur barulah si ibunya masuk menyusul..

Untuk kerja2 tertangguh di sekolah yang perlu diselesaikan, cikgu aryanti dah bersedia ni..Insyaallah akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin..Tak mau dah M.C2..Banyak hari dah dihabiskan untuk berehat sekiranya tak sihat..Tahun ni, banyak betul cuti..Kira rekod barulah..Tak pernah2..Kalu ikut sebelum ni, dalam setahun cuma 1,2 hari je cuti..Tapi tu tak kira cuti bersalinlah..Dalam keadaan mengadung pun still kuat dan gagahkan juga berjalan walaupun dah dekat hari nak bersalin..sampai turun tanda di sekolah ( mengadungkan Alya )..Kengkawan pun perasan..Gara2 penat menguruskan folio bebudak agaknya..Alhamdulillah sakit2 kecil je..Masih boleh menangani stress kot.kalutak..Bahaya..

Semoga aku sentiasa sihat dan kuat untuk hari2 mendatang..Amin..

No comments:

Post a Comment