Monday, July 27, 2009

AL-KISAH SI IKA..

Hari ni ika tak sekolah..Semalam PASTI kawasan Kapar buat majlis ikhtifal..semua parent dijemput hadir..Tapi kami tak p..Tau mesti padat di dewan Ahmad Razali..But majlis ikhtifal peringkat PASTI Al- Mawaddah (PASTI ika), kami pasti p sebab ika bakal buat persembahan macam tahun lepas..Oleh kerana itu hari ini ika cuti..

Dalam keriangan cuti, tak perasan pulak si ika ni ada kerja sekolah..Tapi biasanya elok ibu ika balik dari sekolah hari jumaat, mesti ika bawa buku sekolah untuk ditunjukkan pada ibunya yang dia ada kerja sekolah..Ntah, may be ika lupa..Yang ibu pun tak tengok atau check pe yang patut..Bz dan penat sebab urusan Folio bebudak SKI agaknya..Penat pun ye..Selalu tak macam ni..Bile terkesan semalam ika ada kerja sekolah, tak pulak terus buat..Memandangkan hari ini ika cuti, bolehlah ika buat..Yang tak terfikir, ika je yang cuti..Ibu dan papanya kerja..Jadi dia dah buang masanya menunggu kami balik kerja baru boleh buat kerja sekolah dia..Emmm....al-kisahnya....

Jadi petang tadi lepas balik sekolah mengofferkan diri seperti biasa untuk tengok2kan ika buat kerja sekolah..Ntah kenapa dia tak mahu.. Nak buat dengan papa dia kata..Tak boleh dipaksa..Tunggulah papanya balik..Emm..kalau dah papanya balik pun petang, nampaknya kena buat homework non-stoplah nampaknya..Walau sengantuk dan penat macam mana pun, seperti biasa ika dapat siapkan kerja sekolahnya mengikut masa yang diperuntukkan..Tak siap hari ni, mau sok tak sekolah..Tapi tak pernah dalam rekod ika tak sekolah sebab tak siap homework..Alasan cuti cuma mc je..Tadi pun ika berhenti kejap untuk mandi dan pergi mengaji..Padat jugak jadual ika yang baru berusia 5 tahun tu..Hebat anak ibu..Ika tetap kuat..

Elok balik dari mengaji terus di sambung kerjanya..Semoga berterusanlah sikapnya sampai besar nanti..Tak susah nak sekolah dan belajar..Kadang2 terfikir juga, betul ke cara ibu dan papanya mengajar ika erti belajar diusia yang muda..Sebab kanak2 seumur dengannya masih lagi leka bermain..Tak pelah..Nak cari ilmu kena usaha..Nak usaha kena dari akar umbi..Melentur buluh biar dari rebungnya..Ibu dan papa hanya mampu berdoa..Berdoa untuk kejayaan ika..Selebihnya terletak pada usaha ika...Lagipun ika kena tunjukkan contoh yang baik pada adiknya..
Tekunnya ika..dlam mengantuk2 still gagah untuk siapkan kerjanya..

He2..pecah rahsia..Papanya dah siapkan susu botol untuk ika..Pas siap homework, susu n tido..

Biarpun ika yang paling manjah dan suka nangis berbanding alya, ika tetap menunjukkan semangatnya yang kuat..Kalau dilihat luarannya,ika memang lembut dan pemalu..Tapi ika sentiasa menunjukkan peningkatan..Cuma kadang2 ika kurang yakin dengan apa yang dibuat..Malu sangat..Nak kena hantar berguru dengan uncle Wazir dia kot..Bagi terer berbicara, keletah berkata2 dan yang penting pandai melukis...He2..Uncle wazir sanggup??Uncle sanggup je..Si ika yang pemalu sangat tu yang tak sanggup agaknya..

Setiap ibu bapa malah guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 mereka..Tak kiralah berjaya dalam pelajaran atau bidang kerja yang bakal dilalui hingga akhir hayat mereka..Kalau mampu untuk dibelikan ilmu berkilo2 di kedai, pengetahuan dan kepandaian berbakul2 di pasaraya, ibubapa tak segan dan lokek untuk membelikannya..Tapi itu mustahil..Yang tak mustahil ialah usaha jitu dari anak2 sendiri yang bakal membuahkan kejayaan ..Untuk anak2 ibu dan papa we love both of u..Untuk anak2 murid cikgu..Cikgu sayang awak semua juga..

No comments:

Post a Comment