Ajal dan maut di tangan Tuhan..Bila, di mana dan macam mana semua sudah tertulis..Kita sebagai hamba-NYA haruslah redha..Terima dengan hati yang terbuka segala ketentuan yang diberikan..MATI adalah adat selepas menikmati hidup di dunia..Hanya bersediakah kita untuk menghadapinya..Memang tak terjangkau di fikiran bagaimanakah kita mati dan nasib apakah kita nanti..Semuanya terjawab dan boleh digambarkan melalui amalan kita di dunia..Banyakkah saham dan simpanan yang disimpan untuk di claim di akhirat nanti..Ada dividenkah amalan kita tu..Hanya Yang SATU sahaja mengetahui jawapannya..Kita merancang, Allah menentukan..
Petang semalam aku mendapat berita kematian ibu kepada bekas anak muridku tahun 2008..Innalillahiwaninnalillahirajiun...Sebatang kara si Nazrul Shahfiq yang juga dikenali sebagai Pak Tam oleh kawan2nya..Bapa pun sudah lama meninggalkannya..Kini hanya tinggal kakaknya yang juga bekas murid SMKSKI sebagai tempat berpaut, mengadu kasih, susah dan senang ditanggung berdua..Semoga mereka berjaya mengharungi hari2 tanpa mak dan ayah dengan jayanya biarpun diusia yang belum pun mencecah 25 tahun...Itulah dia resam kehidupan..Yang pergi tak kan kembali..Yang hidup kena teruskan..
Sempat ziarah Nazrul dan kakaknya bertemankan Kak Jaimah..Suram, sedih dan lesu wajah budak2 tu..Tak ada yang dapat kami bantu melainkan dengan memberikan kata2 semangat untuk mereka meneruskan kehidupan..Aku bertuah kerana masih mempunyai mak dan abah..Mereka??Itulah percaturan yang Allah dah tentukan..Insyaallah ada hikmah disebalik semuanya..Mentari keriangan dan kegembiraan akan menyinar semula dalam kehidupan kamu berdua..Cikgu doakan kamu dapat mendapat ketabahan hati dan Allah sentiasa mempermudahkan urusan kamu..
Untuk yang masih mempunyai ibu dan bapa, sayangilah mereka dan berbaktilah selagi mereka hidup..Yang sudah kehilangan, kirim2kanlah doa anak yang soleh sebagai tanda ingatan kepada yang sudah pergi..Untuk Cikgu Hanafi..Tabahkan hati atas pemergian bonda tersayang malam tadi..Semoga roh ibunda dicucuri rahmat..
Crescent Moon Photos for 1 Safar 1446 AH
-
The month of Safar is the second month in the islamic calendar or hijri
calendar. This year, most muslim countries enter the first day of the month
of Safa...
3 months ago
No comments:
Post a Comment