Saturday, June 20, 2009

ALHAMDULILLAH...

Syukur yang teramat sangat ku panjatkan kehadrat Allah kerana memberikan aku kekuatan dan kesabaran untuk terus mencuba dan lagi dan lagi membuka blog dan membuat catatan di dalam blog ini..Banyak nak diberitahu, banyak nak dicoretkan dan banyak nak diluahkan..Semua yang aku lalui sepanjang lebih kurang 3 minggu tidak menulis blog ku simpan dan terkunci rapat dalam mindaku ini..Sabar..Jangan mengalah..Bak kata ( tulisan ) dalam blog aku oleh kak mazidah..SABAR..Dengan kegatalan tangan ini, perasaan nak mencuba walaupun kadang2 takut hilang apa sahaja yang ada dalam laptop ini, berkat doa jugalah akhirnya berjaya..Dah naik malu bila bak minta tolong Kak Mazidah ( sebenarnya Abang Aminur rashid - suaminya ) tengok2kan laptop aku ini apa yang tak kena..Dah naik jemu agaknya laptop ni ni hantar ke sana ke mari..Namun dari riak wajah dan tutur Kak Mazidah, sikit pun tak menampakkan dia jemu membantu adiknya ni..Thanks 4 being such a nice person and always willing 2 help people as usual.. Bertuahnya mengenali dia..

Banyak yang terlepas nak dikongsikan dengan kawan2 bloger..Cerita sepanjang cuti sekolah, di kampung, sambutan birthday ke 29 dengan hubby and anak2..Tak lupa kejutan hari jadi daripada 5P2..Dan sambutan belated birthday dari kawan2 tersayang juga anak 6A3..Semuanya manis2 belaka..Walaupun agak sedih kerana internet broadband celcom aku tengah demam walaupun dah berkali2 di hantar kepada yang pakar malah ke celcom center..dengan kenangan2 yang cukup manis dan indah sepanjang 3 minggu ini, telah dapat mengubah suasana sugul di hati ni kepada begitu bahagia..

Moral of the story, boleh pandai2..Tapi jangan pandai2 sangat..Kerana tangan Ika jugalah laptop ini jadi demam..Jadinya sampai sekarang ika tak berani kacau laptop yang tengah terbuka ditinggalkan ibunya 2,3 saat je..Tak ada nak menyalahkan sesiapa..Cuma aku perlu lebih berhati2..Kerana lapotop ni demam jugalah.. aku punyai kekuatan untuk bergerak ke sana ke mari tanpa suami menemani untuk berusaha membaik pulih broadband dan laptop ni..Dengan tak sarapan pagi dari kelas tambahan terus ke klang, ke celcom center dan balik rumah hampir2 pukul 3..aku gagahkan juga..Macam tak cukup pinggan makan kat rumah mak..Mujur mak dekat. Dah siap masak..Tak delah susah2 cari..

So, untuk simpanan dalam blog dan tatapan rakan2 bloger..sedikit gambar sebagai ganti cerita sepanjang cuti sekolah dan hari2 yang dilalui tanpa blog dan internet..
Nilah sepupu2 ika dan alya yang ceria2..
Hujung minggu pergi bazaria kat shah alam bawa mentua dan adik ipar..
Di pagi yang busuk..Semua tak mandi lagi..Kat kampung cuti sekolah yang lepas.. Sepetang bersama ipar duai dan anak2 di halaman rumah mak yang mendamaikan..

1 comment: