Friday, June 26, 2009

BANYAKNYA KERJA...

Tak tahu nak mula yang mana dulu..Buat yang ini, teringat yang itu..Buat yang itu teringat nak buat yang ini..Jadi kenalah rancang kerja betul2..Minggu lepas baru sudah dok sibuk2 settlekan markah budak2 seni..Alhamdulillah..Semuanya dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan..Jadi tak delah rasa berhutang dengan budak2 atau sekolah..

Ni..kerja kursus pulak dah menunggu untuk ditanda, disemak dan dibetulkan pe2 yang patut..Yang bertambah banyak kerja sekarang ni, kena buat dan adakan fail pentaksiran..Aduh..Lemahnya nak buat semua tu..Fail sekolah pun tengok kadang2..Nikan pulak nak buat fail baru..Tiga fail pulak tu..Emm...terima jelah..Dah tugas guru..Siapa kata tugas guru mudaah??Siapa kata guru tak banyak kerja..Kami ni serba boleh, mengajar, pengkeranian, kerja membersih pun kami buat..Kalau cikgu seni, merangkap tukang cat..Cubalah yangb berkata tu, ambil alih tugas kami. Kalau tak pening2, mahu botak kepala banyak berfikir..

Pe pun terimalah semu tugas yang diberi dengan redha dan buat yang terbaik..Bak kata Kak Mazidah, kita puas dengan apa yang kita buat..Sekurang2nya kita tahu kesusahan dan kepayahan seorang guru lebih2 lagi kalau dah jadi orang atasan..Faham tugas orang bawahan..Sentiasa berfikiran positif dan bersikap tenang seperti yang selalu suami tersayang nasihatkan..Tak nak nanti dek kerana tugas2 yang menimbun ni, tak terbuat tugas2 ibu dan isteri..JANGAN!!!!Bahagikan masa sebaik2nya..

Anyway, wish me good luck..Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya..Insyaallah...

No comments:

Post a Comment