Semalam aku tak sekolah gara2 sakit perut..Nak kata melantak macam2 kat kenduri..Tak..Ntahlah mungkin perut ni nak meragam..2,3 kali dok buat temujanji dengan toilet je..Mau kalau ke sekolah, bebudak dan kengkawan kena cari Cikgu Aryanti ni kat dalam tandas..Kejap2 hilang..Atau tuan empunya perut ni penat..Tu yang nak berehat..apa lagi, suami senyum lebarlah si isteri ada di rumah time di cuti..So, peluang yang ada aku gunakan untuk hantar ika sekolah..Follow papa je..Lagipun naik kereta..Jadi taklah terasa sakit sangat..Dapatlah jumpa cikgu ika dan berbincang atu berbual2 pe yang patut tentang ika dan pembelajarannya di sekolah..
Lepas sarapan sebaik sahaja hantar ika ke sekolah, kami 3 beranak terus pergi klinik..Nak check pe2 yang patut..kotlah ada yang tak kena..He2..Em..check tak sampai 5 minit, dah keluar dari bilik doktor..Udahlah salah check..Ada ke si doktor tu letak stetoskop ( ala..benda yang doktor letak kat dada kalau nak check orang sakit tu ..) kat perut alya..Perut aku yang sakit..Alya pulak di checknye..Alya pun satu, ibunya nak check doktor, dia pun sibuklah nak ngendeng..Alhamdulillah..Mujur tak de pe2...Yag penting tak ada penyakit kronik..He2..Menakutkan..So, Dapatlah MC sehari..Dalam hati, tak dapat dua hari ke??
Elok je, perut dah tak meragam..Mulut ni pulak nak makan macam2..Biasa mulut ni..Nak makan cheese cake by secret recipe dan ice cream Mc D..Si suami, tak cakap banyak, janji lepas solat kita p..Apa lagi girangnya dalam hati..Dah terbayang kat rumah betapa sedapnya desert2 yang ada tu..Nak makan nasi tak lalu..Kebetulan pulak si papa gaji..pe lagi..Sedang elok sangatlah..Emm..destinasi kami ke Jaya Jusco sahajalah..Benda yang nak dicari ada dalam satu tempat..Pergi JJ makan dua benda tu semata2..Anak2 pulak leka bermain kat playground yang disediakan..Seronok pulak tengok anak happy.. Sampai lupa awak tu baru je MC pagi tadi..
Hilang sakit dan penat tengok anak2 gembira bermain di JJ petang tadi..
Selesai menunaikan solat terus balik rumah..dalam perjalanan nampak pulak cahaya lampu Fun Fair yang kat dalam cerita Mighty Joe Young..10 batu dahtboleh nampak..Ika pe lagi..Ibu, nak pergi fun fair..Si adik pun sibuklah nak pergi Sum Pair katanya..Kami je yang faham bahasa dia..Elok nak teruskan perjalanan, sunyi sepi pulak..nape ye..Em..Dah tidur pulak dia..Adik pun on the way..So, cancel..Lain kali je..Sesampai je di rumah..Ternampak pulak kelibat bebudak bertudung berlari keluar dan masuk rumah makcik sebelah rumah mak..Adik sepupu yang bakal ke mesir, ajar bebudak kawasan rumah yang mengaji..Eh!kan malam ni cuti ngaji..Dalam hati berkata..Tak pelah malas nak fikir..lagipun ika dah tidur..Malam semalam aku tak boleh lepaskan peluang my favourite drama ' Prision Break ' Every monday..MONDAY????Patut pun bebudak tu ngaji..Hari ini kan ke hari isnin..Em...Si papa dan si ibu ni pun dah hilang ingatan seminit dua..Mentang2 sama2 cuti..
So, hari ini ke sekolah seperti biasa..Menjalankan tugas yang dah tertangguh semalam..Yang penting hari ini aku dah set kat mind..Today is Tuesday. Jangan salah masuk kelas sudah..dan yang penting juga hari ni nak balik awal sebab pepagi lagi sebelum pergi sekolah ika dah pesan ' ibu balik pukul 1 ye..' Ika rindu ibu..Em..Secepat yang mungkin aku balik..Pukul 3 sampai rumah..Dah habis cepat dah tu..Singgah kedai beli mee goreng dan mee hailam panas2 untuk hidangan tengahari suami dan anak2 tersayang yang membuatkan aku lambat sikit kot..Tak pelah..Hari ni perjalanan hidup berjalan seperti biasa..Esok pun diharapkan begitu juga..Cuma megharapkan lebih banyak lagi bibit gembira untuk menceriakan kehidupan..Insyaallah..
Crescent Moon Photos for 1 Safar 1446 AH
-
The month of Safar is the second month in the islamic calendar or hijri
calendar. This year, most muslim countries enter the first day of the month
of Safa...
3 months ago
No comments:
Post a Comment