Thursday, June 18, 2009

I'M BACK AND I'M GETTING OLDER..

Dah lama rasanya tak berblog sampai tak tahu cara nak buka blog atau melayari internet..Nak cakap macam mana dan nak mula dari mana..Lap top memang bermasalah..Jadi tak boleh buka blog atau buat catatan lagi..Sampai satu tahap malas nak ada broadband..Atas ikhsan Kekandaku..dapatlah mencoret sikit2..Baik pula hatinya nak bagi pinjam laptopnya untuk digunakan kat rumah aku..TQ kak..Ur The best..
Dah lama jari tak bercincin..Maklumlah jari dah gemuk..Tak muat cincin bertunang dulu..
Suka sangat dengan hadiah dari hubby yang diidam2kan..

Pe pun dah semakin tua semalam '29'...Jadi dah tanamkan azam baru untuk jadi yang terbaik untuk membahagiakan semua orang..Hadiah2 sebelum dan selepas ulangtahun aku..yang dari bandung, melaka oleh sahabat2 tersayang..Juga pemberian ikhlas suami tercinta dan anak2..Aku cukup bahagia..Terima kasih semua..Tak lupa anak2 5P2..Terima kasih atas kejutan yang cukup mengejutkan..Yang penting kek sponsor sedap.. Antara dalang2 yang buat keejutan tak bawa folio semasa kelas..


Emm..peace ye??Mujur tak kena libas sorang2 sebab lakonan tak bawa folio memang menjadi..



Senyum2 gak..Folio tetap kena siapkan walaupun sambutan hari jadi Agong sekalipun..


Nilah dia perancang utama surprise mini birthday party Cikgu Yan....


Sodapnye...Kek sponsor..Licin dimakan bebudak 5P2..

K..good bye..Tak tahu bila lagi nak berblog..tunggu jela masa yang sesuai..But i'm ok...peace..

No comments:

Post a Comment