Thursday, June 25, 2009

GILIRAN ALYA PULA DEMAM

Baru je beberapa minggu yang lepas alya demam..Ni dah demam lagi..Orang kata kalau demam, si kanak2 nak naik ke stage umur yang lain..Nak pandai sesuatu..Pe pun alasannya, sakit yang diberi Allah kepada manusia adalah sebagai ujian untuk melihat tahap kesabaran kita berdepan kesulitan dan kesakitan..Nak uji dan tengok waktu sakit sahajakah kita ingat Allah atau masa sakit masih lagi terlupa pada yang SATU itu..
Sedih je wajah alya yang tengah demam ni..

Mungkin alya nak tumbuh gigi..Mungkin juga kena hujan..Mugkin juga alya kepenatan sebab asyik main je..Tengah aktif..Bukan sahaja aktif pergerakan..Tapi juga mulutnya tengah keletah berkata2..Kalau naik motor dengan atuknya ke kedai, sepanjang jalaan dia akan menyanyi..Tak tahulah apa yang dinyanyikannya..Tak berbutir..Yang dengar hujung perkataan je..Hanya orang terdekat dengannya sahaja yang faham sebab selalu dengar alya dok ulang benda yang sama..Cuma alya kalau tak sihat dia nak berteman.Selalunya kalau ibu sekolah, neneklah tempat dia bermanja dan mengadu penat..

Mata alya kuyu, tanda orang tak sihat..Tapi masih nak aktif bermain dengan kakaknya..

Selalunya jugalah kalau anak demam, tak pernah lagi si ibu ni ambil cuti untuk berada di sisi mereka bila diperlukan..Cuma leh janji dengan anak2, ibu akan balik cepat..Ibu apelah aku ni..Serahkan je bulat2 pada emak..Mentang2 mak yang jaga..Dekat pula cuma beberapa langkah dari rumah sendiri..Kalau rakan2 kat sekolah tu, asal cuti je, mesti sebab jaga anak demam..Nak hantar kat nursery tak berapa percaya diorang jaga..Sebab si anak tengah tak sihat..

Emm..bukan pe, kadang2 fikir banyak kali kalau nak cuti..Fikirkan anak2 kat sekolah tak ditengok2 dan diajar..Ketinggalan nanti..Lagi2 tingkatan lima..Folio SPM nak kena siapkan..Kalau aku sendiri yang tak sihat baru cuti..Itu pun KALAU dah tak larat sangat nak ke sekolah..Barulah ambil cuti..So, kali ni biarlah ibu ini berkorban..Anak di rumah lagi lebih memerlukan si ibu lebih daripada segala2nya..Masa inilah juga si anak nak bermanja dengan si ibu kerana separuh hari si ibu dah dihabiskan di sekolah atas tuntutan tugas dan kerja..Mujur nenek dan kadang2 papa faham dan sentiasa ada sebagai ganti dan membantu pe yang patut..

Untuk alya, semoga cepat sembuh..Esok dan sabtu ibu dah kena pergi sekolah..Kenalah tinggal lagi..So untuk anak2 tersayang, today i'm al your's..

No comments:

Post a Comment