Saturday, April 25, 2009

Zulaikha HEBAT


Sudah seminggu ika menjalani latihan sukan. Dah naik gelap kulitnya..2,3 hari sebelum tu sibuk tanya..sukan pakai baju apa..Risau baju PASTI hijau dia tak ada agaknya..Hari ini papa yang siapkan dia, temankan, tolong sorak sampailah bawak dia balik rumah..Sebab dia maklum ibunya ke sekolah. Tak pernah dia merungut walaupun dia keletah berbicara. Cuma ditunjukkan dengan pelukan erat dan suara manja mengatakan dia rindu ibu. Sayunya..Tapi..Semangatnya cukup kuat..Walaupun tubuhnya kecil..jiwanya besar..Lihat sahaja renungannya sambil memeluk piala..Nak jadi atlet hebat seperti ibunya juga..Walaupun tanpa jeritan suara ibunya seperti sukan tahun lepas, dia tetap gagah..Malah membawa pulang kejayaan yang cukup membanggakan..Semua dilakukan untuk membuktikan pada ibu yang dia juga pandai berdikari walaupun penuh dengan manja dan air mata ( ciwek). Caiyok2..IKA HEBAT..IKA HEBAT..IBU BANGGA..

No comments:

Post a Comment