Sunday, April 26, 2009

KESAYANGANKU....

Aku berada sepanjang hari di rumah hari ini..Setelah bangun di awal hari sambil menemani suami bersiap2 untuk keluar mencari rezeki..aku teruskan tugasku sebagai suri rumah.Kerja2 profesional yang seminggu dah ku tinggalkan dek kerana menjalankan tugas di sekolah..oleh kerana agak lewat tidur malam tadi bz melayari internet, mem'print' gambar dan bersembang dengan suami yang sibuk melayan bola..mata terasa berat sekali..Aku lelapkan mata dengan harapan tidur yang tak sampai 15minit tadi bolehlah men'cover' ngantuk malam tadi..Sayup terdengar suara ika menyatakan suara perutnye..lapar..sepantas kilat aku bangun..biarpun mata masih ingin dipejamkan..Macam orang berperang kat dapur pagi tadi..Maklumlah..dah seminggu tak pegang sudip dan kuali..Gaya masak pun macam pertama kali masuk dapur..Makanan kegemaran ika MACARONI GORENG..Saje je aku buat 'trick' dan bergurau kate ibu masak maggi bile si kakak tu bertanya ibu masak ape..Selalunya ika dah dapat mengagak ape yang ibu masak biarpun hanya dengan menghidu bau tumisan rencah Makaroni goreng..Bukan main gembira..tergambar jelas di wajahnya yang di suka..Itulah dia Zulaikha yang ibu gelar Ika Roni..tak pandai sebut makaroni..Disebutnya masakroni..


Si adik (Alya) seorang yang berdikari dan 'fast learner'. Apa sahaja yang dipelajari, hanya dengan melihat karekter dan perbuatan kakaknya..Alya tak semanja ika..Dia banyak bermain sendiri daripada 'ngempeng'/menempel sepanjang masa dengan ibunya..Tetapi kadang-kala she's unpredictable..prilakunya sukar dijangka..itulah dia anak2ku..Masing-masing berbeza karekter..Apa pun..anda berdua kesayangan ibu..Puas memanusiakan murid di sekolah yang penuh dengan dugaan..penat,letih,lesu dan seribu macam perasaan ada..Bila tiba di rumah walau selewat mana ibunya pulang..Si Kenit berdua itu tetap menguntumkan senyuman dan menyambut kepulangan ibunya dengan mesra..Hilang segala duka..Itulah kuasa dan magik anak2 yang tak mempunyai dosa..Boleh meneutralkan kembali kita yang dewasa ini daripada not ok to very2 ok..Apatah lagi dengan sentuhan dan pelukan kasih mesra daripada mereka..Daripada lemah tak bermaya kerana kerja seharian menjadi kembali normal seperti sediakala..And thanks also to 'Abang' yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan sentiasa sabar serta menerima situasiku biarpun kadang-kala ia pahit untuk ditelan dan sukar untuk diterima..Demi kasih kau turutkan juga..
Esok rutin harianku akan berjalan seperti biasa semula..Pagi2 3beranak ni dah ku tinggalkan untuk meneruskan tugas sebagai guru pula..sekolah2..Balik ke rumah tak boleh dijangka..Yang pastinya esok tak boleh balik awal..Nak buat preparation Pameran Seni pulak..Kak Mazidah,Wazir..berkampung lagilah kite gamaknya..Dah jadi macam rumah keduaku..Tapi tak leh sehebat ;Tun Teja' dan 'Hang Jebat'..Lagi terer..sekolah bukan takat tempat mencari rezeki bagi mereka berdua..Lebih daripada itu..Malah mungkin juga School is their 1st home..Cuma Suami dan anak2 tak de je..Tapi aku pun nak jadi yang terbaik seperti mereka..Tun 'Terer' pun jadilah..Sekolah, sekolah, sekolah.. Itulah catatan hidupku..

No comments:

Post a Comment