Tuesday, April 28, 2009

MAAFKAN AKU SEMUA..


Cerita hidupku di sekolah hari ini cukup teratur...Masuk kelas seperti biasa dan dapat menjalankan tugas2 yang lama tertunggak secara terancang..Kira hari ini hari yang agak memuaskan..Kalau tidak ..selalu semua kerja rasanya tak jalan. Buat yang ini, teringat kerja itu..At last semuanya terbengkalai..Sibuk membuat persediaan bilik pameran tak sedar masa dah melangkaui pukul 2 petang..Nak luahkan salah, tak diluahkan pun salah..Kenangkan janji pada Hubby nak balik sebaik sahaja sekolah tamat..makin bersalah dibuatnya..Tapi mengenangkan bilik pameran belum pun mencapai 50% siap, apa yang nak dikatakan pada sahabatku Wazir ku telan sahaja..Layan je kerja yang ada..Capai juga apa yang sampai..Perasaan nak balik tak dapat ditahan2..Siksa betul perasaan bersalah ni..Cukup menyusahkan dan meresahkan hati..Bila tengok Si Wazir dah cool sebab dia kepanasan dek kerana tak ada kipas kat dalam Galeri, teruskan ku nyatakan hasrat hatiku.." Wazir..nak balik...Dah janji dengan suami nak balik awal kit ari ni..".Mujur Wazir faham..kerana dia mungkin dapat merasa apa yang bergelodak dalam jiwa aku ini.." Baliklah..dengan ringkas dia menjawab.." Biarpun nada suaranya ikhlas merelakan untuk aku balik..aku tetap rasa bersalah kerana tak bersama dia dan budak2s hingga ke akhir untuk menyiapkan bilik pameran untuk esok..Ku langkahkan kaki dengan perlahan biarpun terasa berat..Bye semua..Jumpa esok...

Syurgaku..Ibu pulang cepat hari ini..Letih dan penat hari ini kuranglah sikit berbanding penat semalam dan minggu lepas..sepanjang minggu lepas jugalah,suara hatiku sering menjerit.." Bilakah ini semua akan berakhir..." Tentu Si Jebat dan Tun Teja juga begitu..Apa yang menyedapkan hatiku adalah kata2 Si Jebat.. " tak pe..Khamis ini kita cuti.."( Karnival Seni 2009 ). Betul juga..bolehlah relakskan minda dan cuci mata di SMK Sri Andalas nanti.. Apa pun aku berdoa moga2 esok semua akan berjalan dengan lancar..Insyaallah..Esok..yan bawa stok minuman dan makanan..Kalau nak dibalas penat lelah Wazir dan budak2s dia..stok KFC percuma sepanjang tahun pun belum tentu dapat membayar semuanya...Kalau nak diukur budi Kak Mazidah,sedozen pita pengukur pun tak memadai untuk mengukurnya....Hanya Allah dapat membalas...kerana anda berdua insan hebat..Semoga Allah sentiasa permudahkan hidup anda berdua..Amin..

1 comment:

  1. Itu yang seronok berkerja bila saling faham memahami.... Tahniah...memang hebat dari dulu, cuma tahun ni tak de "jajan"

    ReplyDelete