Monday, April 27, 2009

BERJAYA AKHIRNYA....

Em...pagi2 dah kena bangun macam biasa..Pergi sekolah la ape lagi..Nak kate malas ye jugak..Mana taknye semalam je dapat rehat. Rase macam ari ni ari ahad..Mujur tak hilang ingatan..Hari ini perasmian minggu Seni&Geografi seperti yang telah dirancangkan..Perjalan ke sekolah terasa jauh tak seperti biasa..Masih berbaki ngantuk dan penat agaknye..Tapi bila masuk sahaja ke pintu pagar sekolah, macam dapat aura segar secara tiba2..Itulah guru, setibanya di sekolah wataknya terus berubah dari ibu yang manja kepada pendidik yang tegas..

Serba hijau kami hari ini..Al-maklumlah temanya pun alam semulajadi..Jadi macam segerombolan pokok bergeraklah tadi..Minum air kat kantin pun..air hijau(Kiwi)..He2..mujur nasi putih tak menjadi hijau.Macam mak pengantin dibuatnya..Sibuk mengalahkan wedding planner. Mujur kawan2 ada untuk membantu. Masing-masing tahu menjalankan tugas seperti yang diagihkan..Tak perlu diingat2kan..Itulah dia penangan gabungan guru Seni dan Geografi..Bisa gegarkan dunia..Kalau bukan kerana Kak Mazidah, kami tak akan ada hala tuju. Hasratnya untuk mengajar Seni secara tidak langsung menjadi ahli panitia Seni sangat dialu2kan..Aku percaya kekandaku itu punyai sentuhan seni yang tersendiri..Wazir..tak boleh disangkal kehebatannya..Bagi sajelah kerja apa..bidang apa juga..Dia serba boleh..Bak kata pepatah 'Bagai mengantuk disorongkan bantal'.Aku sebatang kara sebagai pencinta seni di SMKSKI..Kedatangan dua insan ini betul2 menjadikan aku insan bertuah..Thanks friends..


Majlis berjalan dengan lancar..Persembahan sangat menarik..Macam bangau leher murid2 SMKSKI dengan khusyuk memerhatikan keletah pelakon2 dan penyanyi kami..Ula..la..Tropika..Itu yang menjadi siulan murid SMKSKI lepas persembahan pagi tadi..Guru-guru juga agak terpegun diselang dengan gelak dan tawa melihat persembahan budaks KRK hasil tunjuk ajar sifu Wazir..Terasa bahagia pula dunia biarpun minda dan badan dah cukup letih membuat persiapan perasmian hari ini. Hebat dan menghiburkan..Itulah kata2 yang tepat untuk persembahan tadi..Semoga di kita akan terus sukses pada tahun2 akan datang..Insyaallah...

Sampai rumah pukul 6petang tadi..terus bergegas buat apa yang patut sebelum Hubby balik dari kerja..macam kilat..laju je tangan capai apa yang patut..Kemas rumah sikit2, siram pokok bunga dan yang paling best dapat masak untuk makan malam..Tak lupa melayan Si Kenit dua orang tu..Ni..Mata dah mengantuk..penat hilanglah sikit..Bolehlah juga menghela nafas lega..Perasmian dah lepas..Tinggal nak tunggu perasmian Pameran Seni kat Galeri Ilham Kreatif..Esok masih panjang. Persediaan bahan dan bilik pameran akan diteruskan..Perjuangan kami belum selesai..Kawan2 kuatkan semangat ok..Hari ini dah balik pukul 6. Esok pukul berapa pula...??????Buat anak2..redha jelah yea..And thanks sebab memahami ibu..

No comments:

Post a Comment